Sunday, February 06, 2011

Angsa dan telur emas



Salah satu cerita dongeng rakyat yang masih saya ingati hingga kini ialah kisah angsa dan telur emas. Kisah ini buat pertama kali saya dengar dari Arwah Cikgu Othman, guru kelas saya ketika darjah satu. Kisah yang menjadi teladan buat anak-anak kecil seperti saya pada waktu itu kerana ia mendidik supaya tidak menjadi seorang yang tamak kerana sikap tamak itu selalu membawa kepada kerugian.


Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu  rugi,
Bagai anjing dengan bayang.


Seorang petani memiliki seekor angsa betina. Setiap hari angsa betina itu akan mengeluarkan sebiji telur. Pada suatu pagi, seperti biasa, Sang Petani masuk ke reban angsa untuk memungut telur. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu yang berkilauan. Setelah diamati dan diteliti, ternyata benda yang berkilauan itu ialah emas tulen.


“Tidak mungkin angsa ini bertelurkan emas. Mungkin ada seseorang yang tercicir emasnya di sini” fikir Sang Petani.


Sang Petani mengambil telur emas itu dan menyimpannya. Dia menunggu kalau-kalau ada orang yang datang mencari emasnya yang tercicir.


Keesokan pagi, Sang Petani bertambah terkejut. Ada lagi emas di reban angsanya. Begitulah yang terjadi pada hari-hari yang seterusnya. Akhirnya Sang Petani yakin bahawa angsanya telah mengeluarkan telur emas.


Sang Petani membawa telur emas dan menjualnya kepada tukang emas. Kehidupan Sang Petani itu telah berubah menjadi senang. Angsa betina itu ditatang seperti minyak yang penuh. Kini, kemewahan telah menyelimuti kehidupan Sang Petani dan keluarganya. Itu membuatkan Sang Petani berubah sikap menjadi tamak dan tidak sabar.


“Angsa ini mengeluarkan telur emas setiap hari. Tentu didalam perutnya dipenuhi dengan banyak telur emas. Mengapa aku mesti menunggu hari demi hari untuk mendapatkan telur-telur emas itu. Baik aku sembelih saja angsa ini dan keluarkan semua telur emas yang berada di dalam perutnya. Dengan itu aku semakin cepat menjadi kaya raya”


Itulah yang difikir oleh Sang Petani. Lalu dia mengambil sebilah parang dan menyembelih angsa tersebut. Kemudian dia membelah perut angsa itu. Apa yang didapati olehnya? Tidak ada sebiji pun telur emas di dalam perut angsa itu. Timbul kekesalan di hati Sang Petani namun sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Angsanya telah mati kena sembelih. Tiada lagi telur emas setiap pagi.


Mungkin cerita ini kita boleh jadikan analogi. Di manakah letaknya ‘telur emas’ dalam diri kita? ‘Telur emas’ ialah hasil usaha kita yang dikeluarkan dalam bentuk material seperti kekayaan dan wang ringgit dan mungkin juga dalam bentuk non material seperti penghargaan, kesempatan dan sebagainya. Ketika kita mula bekerja misalnya, kita melakukan usaha hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun dan akhirnya akan muncul ‘telur-telur emas’ tersebut.


Di mana pulak letaknya ‘angsa’? ‘Angsa’ mungkin boleh disimbolkan kepada kemahiran, kepandaian, pengetahuan, keterampilan, ketekunan, keberanian dan sebagainya. Semua itu berpangkal kepada diri kita samada secara fizikal, emosi, rohani dam pemikiran. ‘Angsa’ juga boleh disimbolkan kepada orang-orang yang penting dalam kehidupan kita seperti pasangan, anak-anak dan ibubapa kita. Dua kategori ‘angsa’ ini akan membantu kita untuk menghasilkan ‘telur-telur emas’ hari demi hari, sedikit demi sedikit.


Situasi Sang Petani membelah perut angsa kerana tidak sabar dan tamak untuk memiliki ‘telur emas’ sekali gus ternyata sering terjadi di persekitaran kita. Contohnya, seseorang yang ingin naik pangkat dengan cepat  atau ingin menjadi kaya dengan cepat lalu dia bekerja tanpa henti sehingga kesihatannya dan keluarganya terabai bermakna dia membunuh ‘angsa’ untuk memiliki ‘telur emas’ dengan cepat.


Kita mempunyai kemahiran, kepandaian, semangat, keberanian dan sebagainya yang akan selalu menghasilkan ‘telur emas’ setiap hari. Namun dapatkah kita pastikan akan adanya ‘telur emas’ setiap hari jika kita tidak memelihara ‘angsa’ kita dengan baik? Sikap tamak dan tidak sabar akan membunuh ‘angsa’ kita. Dan apabila ‘angsa’ kita telah terkorban, maka ketika itu kita akan dihantui oleh rasa kesal. Justeru, untuk memastikan akan ada ‘telur emas’ setiap hari dan mengelakkan dari kekesalan, maka kita hendaklah memelihara ‘angsa’ kita dengan baik. 
 
 
 

16 comments:

  1. that's a good analogy, saya suka. thnx 4 sharing

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak tirana... moga akak sihat2 saja.

    mati2 fida ingatkan cerita pencuri yang mencuri angsa, ada bulu angsa melekat kat rambutnya, bla bla bla, dia kantoi...rupanya kisah lain, yang lagi hebat, yang membawa maksud mendalam berkenaan kehidupan seharian kita. Thanks akak..sudi berkongsi...

    ReplyDelete
  3. seandainya sang petani mau lebih bersabar ya,,kesabaran memang memberikan dampak yang luar biasa.

    ReplyDelete
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    KEtabahan dan kesabaran membuahkan hasil meskipun berpenat lelah

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,
    Memetik kata anak-anak murid Ana - itulah.. tamak lagi.. Cubalah sabar sikit.. :)

    ReplyDelete
  6. bersabar byk kelebihannya, itulah ada org kata, enjoy life to the fullest, mgkn ada signifikannya, ek

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak..

    pengajaran dari cerita ini ialah kita perlu banyak bersabar dan selesaikan urusan satu persatu..jangan kelam kabut..huhuhh

    ReplyDelete
  8. Kak Tirana,

    Lama menyepi, kesabaran merupakan elemen penting dalam kehidupan. Begitu juga proses. Sesuatu perkara akan sempurna bila prosesnya sempurna.

    ReplyDelete
  9. salam
    masa sekolah rendah dulu
    buku2 cerita mcm ni jadi rebutan kt library...

    ReplyDelete
  10. yeap bersabar dan jangan sekali2 hilang pedoman. huhuhu

    ReplyDelete
  11. menarik apabila Kak Tirana kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Terima kasih dengan perkongsian.

    ReplyDelete
  12. Kalaulah sipetani tu sabar,sanggup tunggu angsa dia bertelur sebiji sehari entah2 bertahun2 dia boleh kutip telur emas.

    Terima kasih kongsi pengajaran.

    ReplyDelete
  13. salam dari Kajang...

    Kami budak baru belajar kalau salah tolong tunjukan !

    Apa kabar ?

    ReplyDelete
  14. dahlah tamak...haloba pulak...akhirnya papa...adess!

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum pn tirana
    saya suka cerita ini
    pertama kali diceirtakan masa saya darjah 1
    masa tu saya dan kawan2 sibuk bertanya,
    kat mana nak cari angsa emas seperti dlm ceita ini,cikgu?
    bila dah dewasa, barulah faham,ia adalah analogi menarik utk kehidupan ...
    terima kasih cikgu
    terima kasih kak tirana atas ingatan ini

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum pn tirana,slam ketabahan ummu ucapkan buat puan sekelurga,tahu situasi puan melalui Fida.wassalam

    ReplyDelete