Sunday, May 31, 2009

Lagi 5 minit....

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 20 comments
Labels:
Gambar hiasan dari CIHR


"Itu anak lelaki saya" kata seorang wanita berbangsa China sambil menunjuk ke arah seorang budak lelaki yang sedang bermain papan gelongsor.


"Dia nampak seperti seorang budak yang cerdik" kata seorang lelaki berbangsa Melayu.


Wanita dan lelaki itu berada di satu taman permainan kanak-kanak. Mereka menemani anak masing-masing yang bermain di situ pada suatu petang.


"Itu anak lelaki saya" kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah seorang budak lelaki yang bermain buaian.


Kemudian, lelaki itu memandang ke arah jam tangannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk mereka pulang.


"Hafiz, jom kita balik" kata lelaki itu sambll menggamit anak lelakinya.


"Ala abah..Hafiz nak main lagi.." kata Hafiz.


"Tapi hari dah senja ni.." kata lelaki itu kepada anaknya.


"Boleh la abah..lagi 5 minit ye" kata Hafiz merayu.


Lelaki itu mengangguk dan Hafiz terus berbuai di situ. Cukup 5 minit lelaki itu memanggil lagi anaknya, Hafiz.


"Abah, lagi 5 minit, boleh?" Hafiz merayu lagi.


"Ok, last chance..lagi 5 minit. Lepas ni..kita kena balik ye..Hari dah nak malam. Abah kena solat maghrib" kata lelaki itu.


"Ho..ho.....awak memang seorang ayah yang sabar.." kata wanita China itu dengan bahasa yang sedikit pelat.


Lelaki itu tersenyum.


"Halim, abang kepada Hafiz mati dilanggar oleh sebuah kereta pada tahun lepas ketika menaiki basikal di kawasan ini. Saya tidak pernah ada masa untuk bermain dengan Halim kerana sibuk mencari duit. Bila dia dah tiada, saya terasa menyesal kerana tidak sempat meluangkan masa bersamanya. Kalaulah boleh saya berundur kembali ke masa lalu, saya ingin membetulkan keadaan tapi itu tidak mungkin terjadi. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama kepada Hafiz. Saya ingin meluangkan lebih banyak masa bersamanya." kata lelaki itu.


"Abah, jom kita balik" kata Hafiz.


Lelaki itu memimpin tangan Hafiz dan mereka sama-sama berjalan pulang.



Life is all about making prorities. What is your priority? Give someone you love 5 more minutes of your time today...



Self improvement

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:

Relationship

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:

Parenting

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:

Motivation

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:

Moral

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:

Health

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:

Child Development

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:

Terimakasih...Gha dan Along79

Sunday, May 31, 2009 by Tirana · 6 comments
Labels:
Salam mesra....

Hari ini saya paparkan dua lagi hadiah yang saya terima dari rakan blogger, Gha dan Along79.


Hadiah dari Gha

Photobucket
Gha, terimakasih atas pemberian hadiah ini. Untuk berkenalan dengan Gha, boleh klik di sini. Blog Gha cantik, warna purple. Masuk ke situ, insyaAllah cerah mata..hehehe



Hadiah dari Along79


Photobucket
Sebenarnya saya baru lagi kenal Along79. Baru semalam dia tinggalkan msg di shoutbox. Saya masuk ke blog Along79 pagi tadi sebagai membalas kunjungannya. Wow..blog dia penuh pantun..hehehe..ada pantun 2 kerat..pantun 4 kerat dan pantun 6 kerat. Sesiapa yang meminati pantun boleh lah klik di sini untuk melawat blog Along79. Along79, terimakasih ye atas pemberian hadiah ni walaupun baru kenal.




Saturday, May 30, 2009

Cabaran mendidik anak masa kini...

Saturday, May 30, 2009 by Tirana · 23 comments
Labels:
Entri tentang TTB dimasukkan oleh co author saya, SAS (terimakasih, SAS). Saya cuma ingin membuat perbandingan di antara zaman saya membesar dengan zaman anak-anak saya membesar (sekarang). Sudah tentulah jauh bezanya umpama langit dengan bumi.


Anak-anak saya sekarang, celik saja mata, di depan mereka sudah ada TV, komputer dan perbagai lagi teknologi moden. Saya dahulu, sehingga saya melangkah keluar dari rumah ibu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri (sekitar usia 17/18 tahun) di rumah saya tiada TV, komputer apalah lagi. Yang ada cuma radio buruk. Selain daripada tidak mampu, arwah ayah dan ibu saya berpendapat, TV tidak membawa manfaat yang banyak kepada anak-anak mereka. Sedangkan pada masa itu, apalah sangat rancangan yang ada di TV berbanding sekarang. Kalau ada cerita P.Ramlie masa tu, memang heboh satu kampung..hehehe.. Itu saja rancangan yang saya tahu ada di TV masa itu. Itupun sebab dihebohkan satu kampung. Berbanding dengan sekarang, pelbagai rancangan yang hebat-hebat (read as merosakkan) ada ditayangkan di TV. Pun begitu, saya tidak tahu adanya rancangan TTB sehinggalah beberapa bulan lepas. Itupun ketika saya browse channels, saya terjumpa rancangan tersebut. Tengok juga sekali dua untuk ambil tahu.


Saya cuba menyorot kembali ke zaman kanak-kanak saya supaya saya dapat memahami jiwa anak-anak saya. Secara semulajadi, kanak-kanak memang suka kepada hiburan..suka mendengar lagu dan muzik. Saya pun tidak terkecuali malah sehingga sekarang pun saya masih meminati muzik (bukan lagu). Dengan hanya berbekalkan radio buruk, saya menghafal lagu-lagu yang sedap di dengar. Itu saya dulu. Siap simpan satu buku yang mengandungi senikata lagu. Siap melalak dalam bilik air, di dapur dan sebagainya..hehehe.. Di sini, ibu saya memainkan peranannya. Nak dikatakan ibu melarang 100% daripada mendengar radio, tidak juga malah kadang-kadang ibu pun dengar radio juga jika ada rancangan yang bercorak agama. Seingat saya ibu tidak pernah menggalak saya menyanyi. Ada waktu-waktu saya melalak, ibu menegur dengan cara berhemah sekali.. Ibu mengingatkan saya tentang adab dan kesopanan seorang anak gadis. Suara seorang anak gadis tidak molek di dengar oleh jiran tetangga apalagi dalam keadaan melalak. Ada masanya juga saya memberontak. Ibu hanya memberi kata dua. Jika saya memilih untuk menyanyi, saya kena berhenti belajar dan ibu akan kahwinkan saya..hehehe.. Saya pulak ketika itu, allergic dengan perkataan "kawin" (tapi sudahnya saya kawin dalam usia yang muda juga.hehehe..). Saya bernasib baik jadi anak bongsu. Abang-abang saya jadi contoh terbaik untuk saya bilamana mereka masuk Universiti. Sekurang-kurangnya itu membuatkan saya memilih untuk belajar dari menyanyi. Saya masih boleh menyanyi tapi hanya untuk diri sendiri. Ibu amat memahami jiwa saya yang suka kepada muzik tapi masih ada batas-batas yang saya perlu patuhi.


Berbalik kepada pengaruh di TV di zaman sekarang. Saya merasa keperitan berhadapan dengan anak-anak saya. Jika cabaran boleh diukur dengan angka, cabaran ibu saya dulu 1, cabaran saya sekarang mungkin 10. Ini dalam kes hiburan (belum campur kes-kes lain). Sebab apa? Sebab pengaruh itu ada di dalam rumah sendiri...ada TV, ada computer, ada mobile phone dan sebagainya. Kadang-kadang saya menjadi serba salah. Nak hindarkan dari membeli tv, komputer dan handphone, susah juga. Bimbang anak-anak tersisih daripada kawan-kawan sebab rata-rata kawan-kawan mereka mempunyai alat-alat tersebut. Berbeza dengan zaman saya dulu. Rata-rata kawan saya sama level dengan saya, sama-sama tidak ada tv, tidak ada komputer dan tidak ada handphone. Bimbang anak-anak saya merasa rendah diri dan tidak diterima oleh kawan-kawan. Dari sudut psikologi, ini pun tidak baik juga untuk perkembangan anak-anak. Mahu tidak mahu, saya terpaksa berhadapan dengan cabaran tersebut. Untuk menongkah arus, rasanya tidak mudah juga.


Untuk menghadapi cabaran yang hebat itu, saya perlu menyediakan diri saya dari pelbagai sudut. Namun yang penting sekali kesedaran. Kesedaran bahawa pentingnya anak-anak didisiplin dan dididik dengan baik. Bila saya ada kesedaran, maka saya akan berusaha melengkapkan diri saya dengan pelbagai alat (tools) bagi menghadapi cabaran tersebut. Saya harus ada kemahiran dan ilmu yang luas sebab anak-anak sekarang semakin cerdik. Jika saya tidak berkembang seiring dengan teknologi sekarang, bagaimana harus saya berhadapan dengan cabaran itu? Saya belajar tentang komputer sebab anak-anak saya bijak menggunakan komputer. Jika saya tidak belajar sedikit sebanyak tentang komputer, sudah tentu saya tidak akan tahu apa yang mereka buat dengan komputer itu. Bagaimana saya nak pantau jika knowledge saya pasal internet zero? Jadi ibubapa sekarang perlu berkembang seiring dengan perkembangan teknologi masakini. Sekurang-kurangnya ambil tahu.


Bila saya menonton TTB, saya dapati ramai peserta adalah anak-anak orang melayu. Ada juga anak-anak dari bangsa lain tapi tak ramai. Kenapa boleh jadi begitu sedangkan rata-rata orang melayu adalah beragama islam. Secara tidak langsung, kitalah yang sebenarnya bagi galakan pada anak-anak jika kita yang bersusah payah menemankan mereka ke sana. Anak-anak yang berusia dalam lingkungan sekolah rendah, saya rasa nak isi borang untuk menyertai ujibakat rancangan tersebut pun belum berapa boleh jika tidak ada bantuan dari ibubapa apalagi untuk sampai ke lokasi di mana rakaman rancangan tersebut diadakan. Siapa yang membawa mereka ke sana? Tentulah kita. Rancangan itu terbuka, tidak ada paksaan untuk menyertai tapi kenapa kita memilih untuk membenarkan anak-anak kita menyertainya. Semuanya bermula daripada kita. Oleh itu, ibubapa perlu berhati-hati. Gunakan kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan. Fikir kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang sebelum membenarkan anak-anak kita menyertai apa juga rancangan realiti TV.


Friday, May 29, 2009

Wajar ke Tom Tom Bak tidak ditonton kanak-kanak?

Friday, May 29, 2009 by mySAS · 24 comments
Labels:



Rancangan Tom Tom Bak ini ada juga memberikan kebaikan, ada yang menyatakan sebab-sebab di’haram’kan rancangan tersebut di rumah mereka. Saya sempat berdiskusi dengan beberapa orang yang tidak suka dengan rancangan ini, dan antara rumusan diskusi tersebut ialah:

1. Rancangan tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menanamkan budaya berhibur yang keterlaluan dalam pemikiran kanak-kanak. Budaya hidup tanpa tujuan-melainkan berhibur ini juga biasa disebut sebagai ‘hedonisme’. Sedangkan Allah ada menyebut di dalam al Quran yang bermaksud, “Adakah kamu mengira bahawa hidup ini adalah untuk keseronokan dan permainan?”. Itu adalah tempelak Tuhan kepada hamba yang tidak tahu tujuan asal manusia.

2. Jika dari kanak-kanak lagi asyik disogok dengan menyanyi, mimik penyanyi, tarian gelek, berlawak, cakap lepas, kurang ajar dengan orang tua + berkelakuan tak senonoh + lucah (walaupun sekadar lakonan, tetapi diketawai oleh semua penonton), maka itu bukan mengajar anak tentang kehidupan.

3. Benar, tampil di atas pentas boleh meningkatkan keyakinan diri, tetapi faedah ini hanya untuk orang yang membuat persembahan, BUKAN kepada penonton. Lagipun, keyakinan diri ada konsep yang subjektif. Jika anda membuat persembahan gelek di atas pentas, anda mungkin yakin menari gelek di tempat lain, tetapi belum tentu yakin untuk menjawab soalan guru di dalam kelas, belum tentu yakin berhujah dan berpidato, belum tentu yakin mengutarakan pandangan dalam perbincangan kelas. Kalau yakin gelek punggung, tapi otak dibina- bagaimana hendak membina tamadun negara ini? Dengan anak-anak yang YAKIN DIRI untuk gelek dan menyanyi? Namakan tamadun dunia yang dibina oleh penyanyi, penari dan pelakon? Yunani? Babylon? Greek? Rom? Moghul? Delhi? Ming? Zhou? Aztec? Abbasiyyah? Renaissance?Semua tamadun dibina dengan daya berfikir yang tajam dan berkualiti.

4. Jika benar pun hendak memberi peluang anak naik ke pentas, kenapa dibiarkan menyanyi lagu-lagu cinta? Memuji kekasih, bentuk tubuh yang seksi, kerinduan yang tidak dapat ditahan, kecewa kerana putus cinta, dan bermacam lagi lagu yang tak patut didengari (apatah dinyanyikan) oleh kanak-kanak. Adakah mereka sudah layak mencari bakal suami dan isteri? Kita nak mereka kawin umur berapa tahun?

Alangkah baiknya jika TTB menapis lagu-lagu. Biarlah mereka menyanyi lagu yang membina motivasi dan minda. Ada ribuan lagu lain yang boleh mereka nyanyi dan membina keyakinan diri. Adakah kita hendak melahirkan generasi yang korup pemikirannya? Kalau tarian tu, zapin dan rodat tiada masalah. Ini sampai tarian gelek erotik dengan lenggok tubuh ala-ala coyote ugly. Apa idea yang kita hendak tanamkan dalam pemikiran anak-anak kita? Menjadi penari gelek itu bagus untuk masa depan yang cemerlang?

5. Kanak-kanak adalah kain putih. Tahap pertimbangan mereka adalah rendah. Mereka mudah menerima idea yang diterima. Semasa persembahan TTB, apabila kanak-kanak cakap merapu, semua penonton tepuk tangan, senyum dan ketawa. Keluarga di rumah juga buat perkara yang sama. Apa maknanya? Itu maknanya ‘pengiktirafan sosial’ yang tinggi. Tepuk tangan dan senyum ialah tanda penerimaan dan perhatian. Kanak-kanak mahu diterima. Mereka inginkan perhatian. Secara mudah, kalau mereka nak perhatian; mereka perlu pandai menyanyi, menari, gelek, merapu, cakap lepas, kurang ajar, dan ala-ala lucah. Mereka tidak perlu fokus dalam kelas, buat latihtubi, menghafal pelajaran, buat kerja rumah, fahami semua aspek dalam bab yang dipelajari, cekap menjawab soalan algebra, ingat proses fotosintesis, tahu falsafah Nebuchadnezzar, dan mereka tidak perlu solat 5 waktu. Ini belum cerita tentang PENGIKTIRAFAN dan PERHATIAN.


Letih kekadang fikirkan benda ni/SAS


Contact

Friday, May 29, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:
If you have any questions, comments, suggestions, reactions, or just a friendly message to the author of this blog, please feel free to contact. InsyaAllah..I will try to reply to you as soon as possible




Your Name
Your Email Address
Subject
Message
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]


Terimakasih...XOXO, Pearls dan Zyma...

Friday, May 29, 2009 by Tirana · 2 comments
Labels:
Alhamdulillah..dapat hadiah lagi... Seronoknya kumpul hadiah..hehehe.. Terimakasih pada XOXO, Pearls dan Zyma atas pemberian hadiah-hadiah di bawah...


Hadiah dari Zyma


Photobucket
Lovely blog? Alhamdulillah..kalau Zyma berfikir begitu. Blog saya ni biasa-biasa saja..




Hadiah dari XOXO

Photobucket
Sweetest blog? Hehehe..tadi lovely sekarang sweetest pulak. Alhamdulillah juga jika XOXO berfikir begitu.. Setakat ini, saya bersyukur dengan anggapan-anggapan yang baik daripada pengunjung terhadap blog "The Precious Moment". Saya tahu ada pemilik-pemilik blog yang teruk kena perli dan sebagainya.



Hadiah dari Pearls


Photobucket
Pearls, thanks for being my friend...




Sikap, asas kepada kejayaan...

Friday, May 29, 2009 by Tirana · 12 comments
Labels:
Ada seorang peladang di Afrika yang berasa puas hati dan gembira. Pada suatu hari seorang lelaki yang bijak telah datang kepadanya.


"Jika kamu mempunyai berlian sebesar ibu jari, kamu boleh mempunyai bandar sendiri. Jika kamu mempunyai berlian sebesar penumbuk, barangkali kamu boleh mempunyai negara kamu sendiri."


Pada malam itu, peladang itu tidak dapat tidur. Ada perasaan tidak puas hati timbul dalam dirinya. Itu membuatkan dia tidak gembira. Dia asyik memikirkan kata-kata lelaki bijak itu.


Pada keesokan paginya, dia membuat persiapan untuk menjual ladang miliknya, menguruskan hal keluarganya dan keluar mencari berlian. Dia mencari berlian di seluruh Afrika tetapi tidak bertemu. Dia juga mengembara ke Eropah namun masih tidak berjumpa dengan berlian. Akhirnya dia sampai di Sepanyol dengan keadaan emosi, fizikal dan kewangannya yang tertekan. Dia terlalu kecewa hingga membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Barcelona.


Manakala, di tempat asalnya, pemuda yang membeli ladang daripada lelaki Afrika tersebut sedang memberi minum binatang ternakannya di sebatang anak sungai yang mengalir melalui ladang itu. Tiba-tiba pemuda itu ternampak sesuatu yang berkilauan di seberang sungai. Dia mengutip batu -batu yang cantik dan berkilauan itu untuk dijadikan perhiasan di ruang tamu rumahnya.


Pada suatu hari lelaki bijak datang bertandang ke rumah itu. Dia bertanya tentang peladang Afrika yang pernah tinggal di situ dahulu.


"Dia belum pulang. Kenapa kamu bertanya tentang dia? kata pemuda itu kepada lelaki bijak.


"Saya pernah memberitahunya tentang berlian. Batu-batu ini adalah berlian." kata lelaki bijak.


"Tidak, ia hanya batu biasa yang saya kutip dati tebing sungai. Mari kita pergi tengok. Di sana ada banyak lagi" kata pemuda sambil membawa lelaki bijak itu ke tempat di mana dia terjumpa batu-batu yang berkilauan.


Mereka mengutip beberapa ketul batu berkilauan tersebut untuk dianalisa. Terbukti bahawa ianya memang berlian. Mereka mendapati bahawa ladang tersebut sebenarnya diliputi oleh berekar-ekar berlian.


Cerita di atas saya petik daripada buku "You Can Win". Sebagaimana yang saya katakan dalam entri sebelum ini ( Your POWER), sikap merupakan asas kepada kejayaan biar dalam apa bidang sekali pun. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard mendapati bahawa apabila seseorang mendapat pekerjaan:
  • 85% daripadanya adalah kerana sikap mereka
  • 15% daripadanya adalah kerana kepintaran mereka
Samada kita sedar atau tidak, segala usaha (hampir 100%) tertumpu untuk mendapatkan kepintaran yang cuma contribute 15% itu sehingga usaha untuk mendapatkan sikap yang positif yang menyumbang sejumlah besar kepada kejayaan diabaikan.


  • Bolehkah seseorang menjadi eksekutif yang baik tanpa sikap yang positif?
  • Bolehkan seseorang menjadi pelajar cemerlang tanpa sikap yang positif?
  • Bolehkan ibubapa, guru, jurujual, pekerja dan majikan berjaya dalam peranan masing-masing tanpa sikap yang positif?


Saya hentikan entri ini dengan persoalan-persoalan di atas. InsyaAllah, akan ada sambungannya nanti. Doa-doakan saya ada masa dan kesempatan untuk menulis. Sambil-sambil membaca, fikirkan juga pengajaran daripada kisah berlian di atas. Maafkan jika bahasa saya tidak begitu memuaskan (dah lama tinggal bangku sekolah). Saya bukan pakar bahasa. Saya menulis mengikut kefahaman dan bahasa saya sendiri. Harapan saya agar tulisan saya dapat difahami dengan mudah dan berkesan...insyaAllah.


Sumber rujukan : You Can Win by Shiv Khera


Wednesday, May 27, 2009

Your POWER...

Wednesday, May 27, 2009 by Tirana · 38 comments
Labels:

Dalam satu pesta, ada seorang penjual belon. Ada ketikanya dia melepaskan belon yang berwarna hijau, merah, biru dan lain-lain warna ke udara. Ini dilakukan untuk melariskan penjualan belon-belon tersebut. Belon yang berwarna-warni yang naik ke udara akan menarik perhatian pengunjung pesta tersebut terutamanya kanak-kanak.


Ada seorang kanak-kanak kecil menghampiri penjual belon itu lalu bertanya, "Jika belon yang berwarna hitam dilepaskan, apakah ia boleh terbang ke udara juga?"


Penjual belon itu menjawab, "Yang membuatkan belon itu terapung ke udara bukanlah warnanya tetapi isi yang ada di dalam belon tersebut."


Cerita di atas saya kutip dari buku yang saya baca baru-baru ini, iaitu "You Can Win" yang ditulis oleh Shiv Khera. Belon itu merupakan simbolik kepada manusia. Manusia dapat mencapai "kejayaan" kerana kekuatan yang dimiliki dari dalam dirinya sendiri.


Mari kita lihat apakah kekuatan atau POWER yang boleh membuatkan seseorang itu "berjaya"


P - Positive
Sikap positive merupakan asas kepada semua kejayaan. Justeru, mulai hari ini, ubah sikap-sikap yang negative, yang bersarang dalam diri kita sejak sekian lama..tukar kepada sikap-sikap yang positive.


O - Optimis
Dalam kehidupan, kita sering berhadapan dengan situasi yang sulit, terpaksa mengalami kegagalan dan sering juga bersemuka dengan orang-orang yang memberi komen negative kepada kita. Ini semua akan menjadikan sedikit rasa kecewa, hampa dan bersikap pesimis. Ayuh bangun...jangan terus-terusan dihantui oleh rasa-rasa yang negative itu. Cuba lagi. Gagal dan menerima kritikan negative dari persekitaran itu adalah perkara biasa tapi yang luar biasanya ialah keyakinan yang ada dalam diri kita. Jadilah seorang yang optimis.


W - Willingness
Setakat yakin saja tidak cukup. Kita harus ada kemahuan dan tindakan untuk melakukan sesuatu bagi mencapai kejayaan. "Will is not enough, you have to do it"


E - Enthusiasm
Manusia, jika tidak mempunyai enthusiasm ibarat kereta yang kehabisan minyak. Kereta secanggih kereta "knight rider" sekali pun jika tidak ada daya penolakan, ia tidak akan bergerak. Sama juga seperti kita, impian yang cantik, mind set yang positif tetapi jika tidak ada daya penolakan, kita tidak akan bergerak ke mana-mana. Dan daya penolakan itu ialah enthusiasm.


R - Recharge
Bateri handphone perlu di charge semula apabila lemah. Sama juga dengan kekuatan kita. Kesulitan dan keperitan kadang-kadang melemahkan kita. Apa yang harus kita lakukan? Recharge semula kekuatan itu. Dengan apa? Recharge dengan sesuatu yang mampu mengembalikan semula kekuatan yang telah hilang itu. Mungkin dengan membaca buku-buku motivasi, fokus pada kejayaan-kejayaan yang lalu, hembuskan kata-kata semangat ke telinga kita, do'a serta sujud kepada Allah. InsyaAllah ia akan dapat meningkatkan kembali tahap kekuatan kita.


Usah bimbangkan tentang latar belakang kita. Apapun tahap pendidikan kita samada lulusan dari universiti atau pun tidak, memiliki rupa paras yang cantik atau pun tidak, itu sebenarnya bukan penentu kepada 'kejayaan' kita. Kejayaan kita lebih banyak bergantung kepada POWER yang ada dalam diri kita sendiri.


Mari sama-sama kita mengembangkan POWER yang ada dalam diri kita....

Tuesday, May 26, 2009

Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?

Tuesday, May 26, 2009 by Tirana · 18 comments
Labels:
Sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini. Selamat membaca...




DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.


Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.


Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.


Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.


Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.


* Tentukan batas waktu


Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.


Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.


Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.


Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.


* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.


Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.


Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.


Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.


* Perbaiki keterampilan bercinta


Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.


Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.


* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.


Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
  • Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
  • Atau adakah semua wanita materialistik?
  • Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
  • Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.


* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.


Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.


Penulis artikel di atas : NOOR HASLIZA NUSI
Dikirim oleh: Mohd Naim Mohd Zain (Tmn2Syurga)



Terimakasih...AsyiQ

Tuesday, May 26, 2009 by Tirana · 6 comments
Labels:
Salam pagi...

Entry ini khas untuk AsyiQ sebab ini merupakan jawapan kepada tag yang diberi oleh ustazah comel kepada saya... Sementara ada mood nak jawab, lebih baik jawab segera...jika bertangguh, bimbang terperam lama nanti.


a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

Ok.. nampak ni ye..dah pampang kat sini.. Nanti letak dalam almari bersama awards yang lain pulak.

Photobucket


b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Pemberi award ini ialah Asyiq. Sebenarnya tak banyak yang saya ketahui tentang Asyiq sebab kenal dan berhubung dengan beliau melalui blog ini sahaja. Apa yang saya ketahui ialah Asyiq seorang ustazah. Sesuai dengan jawatanya sebagai seorang ustazah, blog beliau dipenuhi dengan ilmu-ilmu keagamaan cuma sesekali beliau akan bercerita tentang diri dan keluarga...sama macam blog saya ni juga..tak banyak cerita peribadi..hehehe.. Bagaimana Asyiq dan saya mulakan persahabatan melalui alam maya ini? Saya tidak pasti dari mana Asyiq dapat link untuk blog saya. Cuma satu hari dia tinggalkan komen yang lebih kurang begini bunyinya (ingat-ingat lupa..hehehe) "Blog seperti inilah yang saya cari-cari..penuh dengan ilmu pengetahuan". Ini berlaku sebulan dua yang lalu. Selepas daripada itu saya membuat kunjungan balas ke blog beliau. Saya dapati blog beliau juga tak kurang hebatnya. Di situlah mulanya persahabatan kami dan mudah-mudahan persahabatan ini akan berkekalan walaupun cuma di alam maya.


c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

Sebenarnya saya dah pernah buat soalan ini. Jadi saya "copy n paste" dari jawapan yang lalu. Jangan marah ye Asyiq..Fakta biasanya tak berubah..hehehe

  1. suka membaca...buku-buku saya sentiasa ada di atas katil...ini kes membaca sambil berbaring..baca satu mukasurat, mata dah terpejam..hehehe..
  2. suka menulis...walaupun tak pandai..hehehe
  3. suka memasak tapi tak suka makan.
  4. suka menjahit tapi tak ada masa nak duduk depan mesin jahit.
  5. suka makan laksa penang dan ais kacang
  6. suka pergi kedai buku
  7. saya pentingkan keikhlasan dan kejujuran dalam persahabatan.
  8. kecantikan rupa paras bukan menjadi ukuran kepada saya untuk menjadikan seseorang itu sahabat saya...yang pentingnya ialah kecantikan fikiran (beautiful mind) dan kecantikan jiwa (beautiful soul)
  9. perasaan saya akan pudar bila berdepan dengan orang yang suka membanggakan dirinya sendiri.
  10. wang memang diperlukan tetapi ia tidak dapat membeli segala-galanya.


d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Saya memilih teman yang baru saya kenal. Di antaranya ialah...

  1. Balqis
  2. Zyma
  3. Izat
  4. Siti Nuriza
  5. G-Ha
  6. Izza

Monday, May 25, 2009

Sup batu...

Monday, May 25, 2009 by Tirana · 23 comments
Labels:


Ada tiga orang askar yang keletihan kerana baru pulang dari berperang. Mereka tersangat kelaparan ketika melintasi sebuah perkampungan. Penduduk kampung tersebut menyembunyi makanan yang mereka ada disebabkan musim perang dan hasil tanaman yang tidak begitu menjadi. Ketiga-tiga askar tersebut menyedari akan hal itu dan mereka berbincang sesama mereka.


"Nampaknya ladang-ladang kamu tidak meninggalkan sesuatu pun untuk dikongsikan dengan kami. Tak mengapa...kami akan berkongsi sesuatu dengan kamu iaitu rahsia memasak sup batu" kata askar pertama kepada penduduk kampung tersebut.


Penduduk kampung tersebut menjadi teruja untuk mengetahui rahsia memasak sup batu. Mereka mula menghidupkan unggun api dan meletakkan periuk besar di atas unggun api tersebut. Di dalam periuk itu dimasukkan air. Ketiga-tiga askar tersebut kemudiannya memasukkan tiga ketul batu ke dalam periuk yang berisi air itu.


"Ini akan menjadikan sup ini sedap tapi ia akan menjadi lebih sedap jika dimasukkan sedikit garam dan sedikit daun sup" kata askar kedua.


"Kita bernasib baik. Saya ada menyimpan sedikit garam dan sedikit daun sup di rumah" kata salah seorang penduduk kampung yang berada di situ. Dia pun berlari pulang untuk mengambil garam dan daun sup.


"Sup kita menjadi semakin sedap tapi ia akan menjadi semakin lazat jika dimasukkan sedikit daging, ubi kentang dan sayur-sayuran lain" kata askar ketiga.


Ketika penduduk kampung mendengar kata-kata askar tersebut, mereka masing-masing pulang ke rumah untuk mengambil apa yang mereka ada dan apa yang mereka sembunyikan. Akhirnya di dalam periuk itu terhasillah sup batu yang mengandungi daging, ubi kentang, karot dan lain-lain sayuran. Rasanya memang lazat sekali.


Ketiga-tiga orang askar tersebut serta penduduk kampung makan sambil menyanyi sehingga ke malam. Keesokan paginya, di saat ketiga-tiga orang askar itu terjaga dari tidur, mereka mendapati, seluruh penduduk kampung mengelilingi mereka bertiga. Di tangan penduduk kampung itu, masing-masing memegang sebuku roti dan sepotong keju.


"Kamu bertiga telah menghadiahkan sesuatu yang amat bernilai pada kami iaitu rahsia memasak sup batu yang lazat. Kami berterimakasih dan kami akan sentiasa mengenang pemberian itu" kata salah seorang daripada penduduk kampung.


"Sebenarnya tidak ada rahsia yang istimewa tentang sup batu itu. Ia adalah hasil daripada satu perkongsian dan perkongsian itu yang membuatkan kita semua dapat menikmati sup yang lazat semalam. Perkongsian itu yang membuatkan kita semua berasa gembira" kata askar pertama.


Ketiga-tiga orang askar itu kemudiannya meneruskan perjalanan mereka. Mereka telah dibekalkan dengan roti dan keju oleh penduduk kampung tersebut.


"Sharing is loving". Ungkapan ini sesuai untuk menggambarkan cerita di atas. Perkongsian sebenarnya banyak membawa kebaikan dan faedah. Saya tidak bercadang untuk menghuraikan satu persatu tentang kebaikan tersebut. Saya tinggalkan itu untuk difikirkan oleh teman-teman sekelian.


Perkongsian bukan saja dalam bentuk material, malah kita boleh juga berkongsi sesuatu yang berbentuk non material seperti ilmu pengetahuan, tenaga, pendapat dan lain-lain. Apa yang penting dalam perkongsian ialah keikhlasan.


Sunday, May 24, 2009

Terimakasih... Kin dan Zahirah

Sunday, May 24, 2009 by Tirana · 12 comments
Labels:
Hari ni nak langsaikan hutang yang tertunggak sejak beberapa hari lalu. Saya paparkan di sini pemberian dari dua orang teman, Kin dan Zahirah. Terimakasih banyak-banyak kepada mereka berdua atas pemberian ini.


Hadiah daripada Kin

Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini:
  1. Letakkan logo award ini di blog anda.
  2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
  3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan ispirasi dan mesra dari blog anda.
  4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
  5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Ini dia rupa hadiah dari Kin

Photobucket


Saya panjangkan hadiah ini kepada top referrer blog "the precious moment" sebagai penghargaan. Walaupun dalam syarat di atas minta 10 orang aje...hehehe..hari ni saya terlebih baik hati untuk senaraikan lebih dari 10. Semoga pemilik-pemilik blog yang disenaraikan di bawah sudi menerima hadiah ini daripada saya.






















Hadiah daripada Zahirah

Hadiah ini Zahirah anugerahkan kepada semua follower blog beliau. Saya salah seorang yang menjadi pengikut gadis comel ini..hehehe.. Terimakasih ye dik..


Photobucket



Saturday, May 23, 2009

Harga segelas susu....

Saturday, May 23, 2009 by Tirana · 20 comments
Labels:
Salam rindu untuk semua...


Lama rasanya saya tidak menulis cerita di blog ini. Alhamdulillah..hari ini saya diberi kekuatan untuk berkongsi satu cerita yang pernah saya baca (saya lupa di mana saya baca cerita tersebut). Cerita ini agak famous dan saya rasa ramai yang pernah terbaca cerita ini di mana-mana. Cerita yang memberi keinsafan kepada kita..cerita yang insyaAllah dapat kita ambil sedikit pengajaran. What comes around goes around. Dalam melakukan sebarang kebajikan, apa yang dituntut sekali ialah keikhlasan yang mutlak. Memang mudah bercakap tentang keikhlasan tapi tidak mudah untuk mempraktikkannya dalam kehidupan. Mulut kita kadang-kadang berkata kita ikhlas tapi hati kita masih terselit secebis rasa (walaupun tidak banyak) mengharapkan sesuatu dengan kebajikan yang kita hulurkan. Mudah-mudahan cerita ini dapat mendidik hati kita supaya menjadi seikhlas-ikhlasnya ketika berbuat sesuatu kebajikan.. InsyaAllah.


Ada seorang budak lelaki yang hidup dalam keadaan sangat daif sekali. Ia membantu ayah dan ibunya untuk mencari wang bagi menyara kehidupan dengan menjual air minuman dari rumah ke rumah.


Suatu hari, ketika dia menjalankan pekerjaannya menjual air minuman itu, perutnya terasa amat lapar sekali. Sejak semalam perutnya tidak diisi dengan sesuatu yang mengenyangkan. Jualan air minumannya tidak begitu memberangsangkan. Di dalam koceknya tidak ada wang yang cukup untuk membeli makanan. Rasa lapar itu sudah tidak dapat ditahan lagi. Budak lelaki tersebut bertekad untuk meminta sedikit makanan dari rumah yang berikutnya.


Tiba di hadapan rumah itu, dia mengetuk pintu. Seorang gadis kecil muncul di muka pintu. Memandang kepada gadis tersebut, budak lelaki itu malu untuk meminta makanan sebaliknya dia hanya meminta segelas air untuk menghilangkan dahaga. Gadis itu memahami bahawa budak lelaki itu sedang kelaparan lantas dia membawa segelas besar susu..


Budak lelaki itu minum dengan perlahan. Dalam hatinya berkata-kata, "Dengan apa harus ku bayar harga susu ini.."


Gadis itu seolah-olah mengetahui apa yang difikirkan oleh budak lelaki tersebut lantas berkata, "Kamu tidak perlu membayar harga susu itu. Ia adalah pemberian ikhlas dari saya. Ibu sering berpesan kepada saya supaya sentiasa ikhlas dalam membuat kebajikan"


Budak lelaki itu kemudian menghabiskan susunya dan berkata, "Terimakasih atas pemberian ikhlas kamu." Dia pun melangkah pergi untuk meneruskan pekerjaannya menjual air minuman.


Bertahun-tahun kemudian, seorang wanita muda telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami sakit yang kronik. Para doktor di daerah itu tidak sanggup lagi untuk merawatnya lantas wanita itu dihantar ke hospital di bandar di mana terdapat lebih ramai doktor pakar yang mampu merawat penyakit kronik wanita tersebut.


Dr Howard, seorang doktor yang terkenal di bandar itu telah dipanggil untuk melakukan pemeriksaan ke atas wanita muda tersebut. Ketika Dr Howard memandang wajah wanita itu, tiba-tiba beliau teringat kembali kepada gadis yang memberi segelas susu kepadanya. Wajah mereka sungguh mirip sekali. Melalui rekod perubatan, Dr Howard mengetahui bahawa wanita muda itu berasal dari daerah di mana dia menjalankan pekerjaan menjual minuman ketika kecil dulu.


"Tidak salah lagi, wanita yang terlantar ini adalah gadis yang memberi segelas susu kepada aku dulu" kata Dr Howard dalam hatinya.


Mulai hari itu, Dr Howard memberi perhatian yang khusus pada wanita tersebut. Beliau cuba sedaya upaya untuk mengubati penyakitnya. Dr Howard memastikan wanita muda itu mendapat rawatan, ubat-ubatan dan jagaan yang terbaik. Segala perbelanjaan rawatan akan ditanggung oleh Dr Howard sendiri.


Setelah beberapa bulan berusaha, akhirnya wanita itu pulih daripada penyakitnya. Pada hari wanita itu akan keluar dari hospital, Dr Howard datang bertemunya. Beliau menulis sesuatu di atas sekeping kertas dan menghulurkan kepada wanita tersebut. Wanita itu kelihatan teragak-agak kerana pada sangkaannya kertas itu adalah bil hospital yang harus dibayarnya.


"Dengan rawatan yang begitu baik sekali, tentu bayarannya tinggi juga.. Dengan apa harus ku bayar bil hospital ini" kata wanita itu di dalam hatinya.


Dr Howard memandang wajah wanita tersebut sambil tersenyum. Dia masih menghulurkan sekeping kertas itu. Mahu tidak mahu, wanita muda tersebut terpaksa menerimanya. Dengan berat hati, wanita tersebut memandang dan membaca apa yang tertulis di atas kertas itu.


"BAYARAN SEGALA RAWATAN TELAH DIBAYAR DENGAN SEGELAS BESAR SUSU - DR HOWARD"


Di saat itu, airmatanya mengalir....

"Tuhanku...terimakasih.. Cinta dan kasih sayang MU telah memenuhi alam ini melalui hati dan tangan insan yang mulia.."



Terimakasih...Sakura dan Ayu..

Saturday, May 23, 2009 by Tirana · 3 comments
Labels:
Salam mesra untuk semua...


Lama juga saya peram tag ini. Tag dari Sakura dan Ayu. Sakura dan Ayu bagi tag yang sama pada saya jadi saya jawab serentak untuk kedua-duanya. Minta maaf banyak-banyak sebab lewat jawab ye..


Saya pun dah lupa soalan sebenar tag cuma yang saya ingat tag itu meminta saya paparkan wallpaper komputer saya. Inilah dia rupa wallpaper komputer saya. Saya suka alam semulajadi. Hijaunya flora memberi kedamaian kepada minda saya..birunya air dan langit menyuntik rasa tenang kepada emosi saya.



Saya harap Sakura dan Ayu berpuas hati dengan jawapan tag ini dan terimakasih banyak-banyak kerana sabar menunggu jawapan dari saya..hehehe..



Friday, May 22, 2009

Computer Vision Syndrome - CVS

Friday, May 22, 2009 by Tirana · 9 comments
Labels:
Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog TPM...


Selama beberapa hari email saya terbiar dan hanya dipantau oleh anak perempuan saya. Alhamdulillah subuh tadi berkesempatan untuk check email yang bertimbun..buang yang mana tidak perlu dan simpan yang mana berguna. Ada satu email yang menarik perhatian saya dan saya ingin kongsikan dengan teman-teman. Ia berkaitan dengan mata, sepasang pancaindera yang Allah kurniakan kepada kita. Beberapa hari, saya tidak dapat celikkan mata. Ketika itu baru terasa bahawa besar sungguh nikmat mata yang Allah anugerahkan kepada kita dan sungguh wajar kita menjaganya dengan baik sekali.


Kepada sesiapa yang terpaksa bekerja dan berhadapan dengan komputer lebih daripada 2 jam, ilustrasi ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Ia berkaitan dengan CVS iaitu Computer Vision Syndrome.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Original article from: Seanne
Sent to me (via my mailing list - tmn2syurga) by: Asyate.Asning@my.ey.com



Thursday, May 21, 2009

Alhamdulillah...saya semakin sihat...

Thursday, May 21, 2009 by Tirana · 39 comments
Labels:
Assalamu'alaikum pada semua kawan-kawan yang masih sudi berkunjung ke sini...

Saya rasa genap 7 hari saya meninggalkan blog ini buat sementara waktu kerana keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Kali terakhir saya masuk ke blog sendiri ialah hari Jumaat lepas. Pagi Jumaat itu, saya telah mula terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya. Tapi masih boleh berjalan, memasak, ambil anak-anak dari sekolah dan sebagainya. Sebelah malam keadaan semakin teruk. Suami saya sampai balik dari JB pukul 5 pagi. Mungkin pada pengamatan dia, keadaan saya masih terkawal jadi pagi Sabtu, dia cuma mendapatkan beberapa jenis ubat. Keadaan saya sekejap ok..sekejap tak ok. Isnin petang, saya di bawa ke hospital untuk check up. Procedure check up macam biasa..ambil darah..scan perut..check mata, check telinga and so on. Suami saya suspect saya kekurangan darah tapi bila check, blood count was not bad. Selepas buat test, doktor tak dapat tentukan apa puncanya saya terasa dunia ini bagai berpusing (memang dunia berpusing..hehehe). Beberapa hari saya tidak boleh celik mata. Asal celik aje mata, semua yang di sekeliling saya nampak macam berpusing dan rasa nak terkeluar semua isi perut. Dan memang saya banyak muntah masa tu.. Doktor bekalkan beberapa jenis ubat. Sepatutnya kena masuk ward tapi suami saya tahu sangat saya ni tak suka duduk di hospital jadi dia minta tempoh untuk beberapa hari. Jika keadaan semakin teruk, dia akan bawa saya semula ke hospital untuk beberapa siri ujian yang lain seperti MRI (dengar pun dah gerun..hehehe).Pagi Selasa, sekali lagi suami saya ambil darah (2 botol). Mungkin untuk buat test lagi agaknya.


Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik..semakin pulih, dah berselera untuk makan semula. Dah hilang semua pening cuma keletihan saja yang masih tinggal. Walaupun penyakit saya masih dalam kategori misteri tapi alhamdulillah tiada penyakit kronik yang dapat dikesan. Blood test semuanya normal. Kalau menurut ibu, saya cuma tersilap makan sebab ibu pun pernah mengalami keadaan yang sama (penyakit keturunan kot..hehehe). Kata ibu, ada beberapa jenis makanan yang sepatutnya saya elakkan. InsyaAllah..saya akan patuh pada pesanan ibu (sebab dia ibu saya..dan dia amat mengenali saya, anaknya) walaupun ibu bukan seorang doktor tapi pengalamannya banyak.


Saya ucapkan terimakasih kepada semua kawan-kawan yang mendo'akan saya. Saya difahamkan, ada kawan-kawan yang buat entry khas untuk mendo'akan saya. Terharu sungguh rasanya. Setakat ini, saya belum berkesempatan melawat blog kawan-kawan. Biarlah saya berehat untuk seketika untuk menghilangkan keletihan dan mendapatkan kembali tenaga yang telah hilang.


Sepanjang saya terlantar, blog ini dijaga oleh co author saya, Rbain. Semua entri dalam tempoh itu dibuat oleh Rbain (credit untuk beliau). Terimakasih saya ucapkan pada Rbain yang telah bersusah payah menulis. Saya yang minta pada dia supaya blog ini di 'update' walaupun saya terlantar. Sekurang-kurangnya blog ini tidak bersawang..hehehe.. Sebenarnya, blog ini ada dua orang co author iaitu Rbain dan SAS. Sekiranya apa-apa berlaku pada saya, mereka berdua yang akan menjaga blog ini, insyaAllah.


Sekali lagi saya mengucapkan terimakasih pada semua kawan-kawan yang tidak jemu-jemu bertanyakan khabar saya serta mendo'akan agar saya kembali pulih. Dan insyaAllah, saya akan kembali pulih cuma dalam waktu yang terdekat ini, saya tidak dapat menulis (berkarya) seperti selalu dan juga mungkin tidak akan dapat menjenguk blog kawan-kawan seperti biasa. Maafkan saya...

Wednesday, May 20, 2009

Tips untuk menghadapi kegawatan ekonomi

Wednesday, May 20, 2009 by Rbain · 5 comments
Labels:
Persiapan bagi memastikan kita dapat menghadapi kemelesetan ekonomi global ini.

Antaranya:
    • Persiapan disudut kerohanian
    • Persiapan disudut perancangan kewangan
Yang dimaksudkan dengan persiapan disudut kerohanian ialah: Meyakini dengan sebenar yakin bahawa rezeki seseorang itu adalah dari Allah S.W.T dan ia telah ditetapkan.

Melaksanakan perkara-perkara yang disarankan oleh Al-Quran dan Hadis untuk menambahkan keberkatan dan penambahan rezeki.

Antaranya:

    • Memperbanyakkan istighfar diatas kesalahan yang telah dilakukan.

    • Memperkukuhkan taqwa dalam diri.

    • Mengukuhkan hubungan silaturrahim.

    • Memperbanyakkan bersedekah.

    • Membantu fa'kir miskin.

    • Meninggalkan maksiat.

Perancangan kewangan ialah mengutamakan kaedah berhikmah ketika berbelanja.

Contohnya:

    • Membeli barang keperluan secara pukal dengan menyenaraikan nama barang sebelum keluar membeli.

    • Elakkan dari membuat hutang baru.

    • Elakkan dari membeli barangan mewah seperti perabot dan lain-lain.

Ringkasan khutbah oleh Ustaz Mumamad Farhan bin Wijaya (Masjid Negeri Shah Alam pada 6hb Mac 2009)


















Tuesday, May 19, 2009

5 Powerful Reasons to Eat Slower

Tuesday, May 19, 2009 by Rbain · 9 comments
Labels:


One of the problems in our daily lives is that many of us rush through the day, with no time for anything … and when we have time to get a bite to eat, we gobble it down.

That leads to stressful, unhealthy living.

And with the simple but powerful act of eating slower, we can begin to reverse that lifestyle immediately. How hard is it? You take smaller bites, you chew each bite slower and longer, and you enjoy your meal longer.

It takes a few minutes extra each meal, and yet it can have profound effects.

You may have already heard of the Slow Food Movement, started in Italy almost two decades ago to counter the fast food movement. Everything that fast food is, Slow Food isn’t.

If you read the Slow Food Manifesto, you’ll see that it’s not just about health — it’s about a lifestyle. And whether you want to adopt that lifestyle or not, there are some reasons you should consider the simple act of eating slower:


  1. Lose weight. A growing number of studies confirm that just by eating slower, you’ll consume fewer calories — in fact, enough to lose 20 pounds a year without doing anything different or eating anything different. The reason is that it takes about 20 minutes for our brains to register that we’re full. If we eat fast, we can continue eating past the point where we’re full. If we eat slowly, we have time to realize we’re full, and stop on time. Now, I would still recommend that you eat healthier foods, but if you’re looking to lose weight, eating slowly should be a part of your new lifestyle.

  2. Enjoy your food. This reason is just as powerful, in my opinion. It’s hard to enjoy your food if it goes by too quickly. In fact, I think it’s fine to eat sinful foods, if you eat a small amount slowly. Think about it: you want to eat sinful foods (desserts, fried foods, pizza, etc.) because they taste good. But if you eat them fast, what’s the point? If you eat them slowly, you can get the same amount of great taste, but with less going into your stomach. That’s math that works for me. And that argument aside, I think you are just happier by tasting great food and enjoying it fully, by eating slowly. Make your meals a gastronomic pleasure, not a thing you do rushed, between stressful events.

  3. Better digestion. If you eat slower, you’ll chew your food better, which leads to better digestion. Digestion actually starts in the mouth, so the more work you do up there, the less you’ll have to do in your stomach. This can help lead to fewer digestive problems.

  4. Less stress. Eating slowly, and paying attention to our eating, can be a great form of mindfulness exercise. Be in the moment, rather than rushing through a meal thinking about what you need to do next. When you eat, you should eat. This kind of mindfulness, I believe, will lead to a less stressful life, and long-term happiness. Give it a try.

  5. Rebel against fast food and fast life. Our hectic, fast-paced, stressful, chaotic lives — the Fast Life — leads to eating Fast Food, and eating it quickly. This is a lifestyle that is dehumanizing us, making us unhealthy, stressed out, and unhappy. We rush through our day, doing one mindless task after another, without taking the time to live life, to enjoy life, to relate to each other, to be human. That’s not a good thing in my book. Instead, rebel against that entire lifestyle and philosophy … with the small act of eating slower. Don’t eat Fast Food. Eat at a good restaurant, or better yet, cook your own food and enjoy it fully. Taste life itself.

Original article can be read from here

Monday, May 18, 2009

Message kepada Pengunjung 2

Monday, May 18, 2009 by Rbain · 28 comments
Labels:
Kepada semua teman yang budiman,

Petang tadi saya dapat berita dari Sis Tirana minta saya tolong doakan dia kerana keadaan kesihatan beliau semakin bertambah berat walaupun disebelah paginya dia memberi tahu beliau sudah agak pulih. Siang tadi dia sudah berjumpa dgn Datuk Dr Jamelah di Hospital Ampang Putri dan kemudian dibawa berjumpa seorang neurologist. Setakat ini doktor masih belum dapat pastikan penyakit beliau. Neurologist minta Sis Tirana dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani beberapa ujian tetapi Dr Farouk suami Sis Tirana minta tangguh untuk sehari dua untuk melihat tindak balas ubat yang doktor berikan. Kalau tiada perubahan barulah beliau akan benarkan Sis Tirana dimasukkan dan tinggal di dalam wad untuk menjalani ujian.

Saya berjanji pada Sis Tirana untuk terus berdoa untuk beliau dan dan bermohon teman-teman lain yang bersimpati untuk melakukan perkara yang sama agar beliau dapat kembali sihat seperti sedia kala. Semuga beliau tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

Give

Monday, May 18, 2009 by Rbain · 8 comments
Labels:
There is a body of water in Israel that is actually below sea level. Water constantly trickles INTO it, but, because of the law of gravity, nothing can flow OUT of it. Do you know the name of this famous lake? It's called the Dead Sea. It's called this because the mineral deposits have accumulated to such an extent that no living thing could survive in this water. The water is literally dead.

Contrast this to what happens with "living water." When you think of the term living water" the image that comes to mind is a rushing river or bubbling spring that is FLOWING. It's filled with life and movement. It doesn't just "receive," but is also giving" simultaneously. There is LIFE there.

There's a valuable illustration here. Many of us believe that we need to RECEIVE more of something in order to be happy. Whether what we desire is money or love or something else, we think that we need MORE of it in order to be fulfilled. As a result of this, we begin to operate in fear and therefore don't GIVE anything because we're afraid that we won't have enough. The result? Like the Dead Sea, we become lifeless.

When we don't GIVE, we die.

Life is meant to flow. When a pool of anything stops flowing (giving), it becomes stagnant. Stagnant water breeds disease and death. It can't breathe. It can't receive any more. If nothing is flowing OUT, there's no room for anything else to come IN.

The solution? Give.

As you give, you WILL receive. It's a universal law. You see it at work in nature. You see it at work in the economy. You see it at work everywhere, because it's true.

We've somehow been deceived into believing that if we DON'T give, we'll have MORE. Or we're afraid that if we DO give, that we won't have anything left. On one hand, this seems to make sense. But it doesn't work. Because when we don't give, we shut off the flow of what's coming in.
 


If you truly desire to receive more of something, start giving it away. I know this sounds crazy, but it works. If you want someone to be kind to you, be kind to them. If you want love in your life, love someone. If you want money, give some money away. If you want joy in your life, give joy to someone else.

The universe only responds when we act. Take the first step and watch miracles begin to happen. Too often we're waiting for something to come to us first. Take the initiative. Give and you WILL receive.

The above article is by Dr. Tim Wright is the author and distributor of the book "Changing Your Emotions, Changing Your Life.

Untuk kita orang islam sedekah memiliki beberapa keutamaan bagi orang yang mengamalkannya

Pertama, mengundang datangnya rezeki. Allah SWT berfirman dalam salah satu ayat Alquran bahwa Dia akan membalas setiap kebaikan hamba−hamba−Nya dengan 10 kebaikan. Bahkan, di ayat yang lain dinyatakan 700 kebaikan. Khalifah Ali bin Abi Thalib menyatakan, ''Pancinglah rezeki dengan sedekah.''

Kedua, sedekah dapat menolak bala. Rasulullah SAW bersabda, ''Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah bisa mendahului sedekah.''

Ketiga, sedekah dapat menyembuhkan penyakit. Rasulullah SAW menganjurkan, ''Obatilah penyakitmu dengan sedekah.''

Keempat, sedekah dapat menunda kematian dan memperpanjang umur. Kata Rasulullah SAW, ''Perbanyaklah sedekah. Sebab, sedekah bisa memanjangkan umur.''

P/S. Alhamdulillah Pn Tirana beransur pulih tapi masih tidak cukup kuat untuk berada di hadapan komputer dan melayari internet. Mungkin beliau memerlukan rehat untuk beberapa waktu lagi. Insyallah bila keadaan mengizinkan beliau akan bersama-sama kita lagi. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan beliau.

Sunday, May 17, 2009

Message Kepada Pengunjung 1

Sunday, May 17, 2009 by Rbain · 35 comments
Labels:
Saya ingin menyampaikan pesanan dari Pn Tirana yang memaklumkan kepada saya bahawa dia sekarang sedang sakit sejak beberapa hari yang lalu. Beliau hanya menghabiskan masa dengan berbaring dan berehat di dalam bilik tanpa dapat berjalan kesana kemari kerana pening dan kurang tenaga kerana tidak ada selera makan dan sering muntah-muntah.

Beliau ingin memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk kemaskini laman blog "The Precious Moment" ini dan membalas email dan message dari teman-teman dan sahabat yang budiman. Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat mengunjungi laman blog teman-teman yang lain. Jika ada berkesempatan beliau akan melakukannya secepat mungkin.

Sama-sama lah kita doakan kepada Allah agar Pn Tirana yang kita kasihi dapat kembali sihat seperti biasa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Rbain, Ahad 17hb Mei 2009.

Friday, May 15, 2009

The danger of preconceived ideas…

Friday, May 15, 2009 by Rbain · 5 comments
Labels:
This is the story of Teddy Stoddard and his elementary school teacher Mrs Thompson…It is a story about the danger of preconceived ideas… and what happens when we decide to look at things another way. It is a story sure to touch your heart.

This story was sent to me today and I would like to share it with all of you. It was beautifully related in the video by Dr. Wayne Dyer, an internationally reknown motivatianal speaker.

Wednesday, May 13, 2009

Arus air, padang pasir dan awan...

Wednesday, May 13, 2009 by Tirana · 25 comments
Labels:
gambar hiasan dari wikipedia


Sekumpulan kecil arus air turun dari gunung. Ia melalui perjalanan yang panjang meredah hutan belukar, kampung dan akhirnya ia sampai di sebuah padang pasir. Matlamat arus air itu adalah lautan yang berada di sebalik padang pasir tersebut.


"Aku telah melalui pelbagai rintangan. Tentu tidak menjadi masalah bagiku untuk melintasi padang pasir ini"


Arus air cuba untuk melintasi padang pasir tersebut namun setiap kali ia mencuba, setiap kali ia akan tenggelam di celah-celah pasir itu.


"Mungkin ini sudah nasibku. Aku tidak berupaya sampai ke lautan yang luas itu"


Tiba-tiba arus air terdengar suatu suara yang seakan-akan berbisik. Itu suara dari padang pasir.


"Jika awan dapat melintasi padang pasir ini, tentunya arus air juga boleh berbuat begitu"


"Awan itu berbeza sekali dengan aku. Awan boleh terbang sedangkan aku tidak"


"Mengapa tidak kamu ubah diri kamu itu menjadi seperti awan. Lepas dan bebaskan dirimu menjadi wap air tentu kamu juga boleh terbang seperti awan itu."


"Tukar diriku menjadi awan? Oh tidak...Aku tidak boleh mengubah diriku ini..Aku belum pernah berbuat begitu. Tidakkah itu sesuatu yang menyakitkan? Menghancurkan diri sendiri untuk menjadi sesuatu yang lain dari kebiasaan?"


"Awan dapat membawa dirinya menyeberangi padang pasir dan kemudian melepaskannya dirinya sebagai hujan. Hujan pula akan membentuk arus air untuk meneruskan perjalanan. Begitulah pusingannya" kata suara dari padang pasir


"Bererti aku akan kembali menjadi seperti diriku sekarang?" tanya arus air.


"Sudah tentu. Pada hakekatnya, kamu tidak berubah. Kamu adalah air. Awan juga adalah air cuma dalam bentuk yang berlainan"


Arus air tadi mula berfikir. Kemungkinan juga, sebelum menjadi arus air, ia adalah awan yang membawa dirinya ke atas gunung dan turun sebagai hujan dan akhirnya menjadi arus air yang mengalir.


Akhirnya arus air itu mengumpul segenap keberaniannya untuk mengubah dirinya menjadi awan dan memulakan perjalanan melintasi padang pasir itu.



Tuesday, May 12, 2009

The most important part of our body...

Tuesday, May 12, 2009 by Tirana · 24 comments
Labels:
The story to ponder:


My mother used to ask me: "What is the most important part of the body?"


Through the years I would take a guess at what I thought was the correct answer. When I was younger, I thought sound was very important to us as humans, so I said, "My ears, Mother."


Mother said, "No Many people are deaf. But you keep thinking about it and I will ask you again soon."


Several years passed before mother asked me again. Since making my first attempt, I had contemplated the correct answer. So this time I told her, "Mother, sight is very important to everybody, so it must be our eyes."


Mother looked at me and told me, "You are learning fast, but the answer is not correct because there are many people who are blind."


Stumped again, I continued my quest for knowledge. Over the years, Mother asked me a couple more times and always her answer was, "No, but you are getting smarter every year, my child."


Then last year, my grandpa died. Everybody was hurt. Everybody was crying. Even my father cried. I remember that especially because it was only the second time I saw my father cry. My Mother looked at me when it was our turn to say our final good-bye to grandpa.


Mother asked me, "Do you know the most important body part yet, my dear son?"


I was shocked when she asked me this now. I always thought this was a game between her and me. Mother saw the confusion on my face and told me, "This question is very important. It shows that you have really lived in your life. For every body part you gave me in the past, I have told you were wrong and I have given you an example why. But today is the day you need to learn this important lesson."


Mother looked down at me as only a mother can. I saw her eyes well up with tears. Mother said, "My dear, the most important body part is your shoulder."


I asked, "Is it because it holds up my head?"


Mother replied, "No, it is because it can hold the head of a friend or a loved one when they cry. Everybody needs a shoulder to cry on sometime in life, my dear son. I only hope that you have enough love and friends that you will always have a shoulder to cry on when you need it."


Then and there I knew the most important body part is not a selfish one. It is sympathetic to the pain of others. People will forget what you said... People will forget what you did... But people will NEVER forget how you made them feel.


True or not, the story makes you stop and think. Be blessed. Be a blessing. Get your shoulder ready.


Author: Unknown
Sent by: My dear hubby through my email


Thank you to the author and to my dearest... for this lovely story...


Monday, May 11, 2009

Kisah ibu.....

Monday, May 11, 2009 by Tirana · 11 comments
Labels:
Cerita ini saya copy dari blog Chime.. Jangan risau..saya sudah minta kebenaran darinya dan dia telah mengizinkan. Berbanyak-banyak terimakasih kepada Chime dan Ustaz Zul Ramli kerana sudi berkongsi cerita yang sangat menginsafkan saya.....

Kisah 1


Badannya kurus menampakkan rangka yang kecil. Matanya hampir tertutup dengan tahi mata. Jalannya perlahan tidak teratur. Dia sakit - begitu jangkaan saya. Saya memegangnya perlahan-lahan. Dia menjilat-jilat - kelaparan.


"Kita ambik ya Anjang!!" Tanya anak saudara saya... ***yg seorang ini memanggil saya tanpa menggunakan gelaran Pak... Hanya Anjang sahaja - tidak seperti anak suadara lain memanggil saya Pak Anjang (hmmm rasa lebih suka dipanggil mcm ni... tak rasa tua sangat)***


"Boleh! ambik je." jawab saya. Saya dengan anak saudara yang ini memang ngam.


"Nanti Tok Ma marah..."


"Tak apa, biar Anjang cakap kat Tok Ma... Ambik dulu."


Anak kucing yang berwarna kuning keperang-perangan itu didakapnya.


Tiba-tiba dari celah meja di pasar petang itu muncul seekor kucing betina dan dua ekor anaknya. Daripada rupanya, saya boleh jangkakan itulah ibu kepada anak kucing yang sedang didakap anak saudara saya.


"Anjang...!! tu ibu dialah." Anak saudara saya menunjukkan kepada ibu kucing tersebut.


Saya angguk. Hati mula berbelah bagi. Hendak saya ambil atau tinggalkan sahaja anak kucing itu. Saya renung ke arah ibu kucing. Badannya merebeh bahagian perut. Kurus kering... matanya juga hampir tertutup - juga sakit barangkali. Dan saya renung pula pada anaknya yg berada bersebelahan dengannya. Warnanya juga kuning keperangan... juga kurus dan lemah.


"Macamana Anjang??" Anak saudara saya minta kepastian.


Saya diam berfikir. Merenung dan menimbang-nimbang, Ma di rumah tentu keberatan memberi izin sebab ini bukan kali pertama kami membawa anak kucing pulang. Di rumah telah ada 3 ekor anak kucing apabila coyote -ibu kucing kami, beranak 3 minggu yang lalu. Muka Ma pastinya berkerut. Bukanlah dia benci tapi Ma merungut justeru sukarnya menjaga makan minum dan kencing berak anak-anak kucing yang sedia ada. Itu tidak termasuk lagi kucing 'PATI' yang selalu bertandang ke rumah kami menagih makanan. Namun, tubuh kurus kering dan mata layu daif anak kucing itu seolah-olah merayu saya...


"Kita ambik..." kata saya pendek. Anak sauadara itu patuh. Kucing kecil kurus itu didukung dan di bawa pulang.


"Kenapa tak pilih anak kucing yang lagi dua tu?" anak sauadara saya betanya bijak.


"Kita terpaksa pilih, Biarlah dua ekor lagi tu, ibu dia yang jaga. Yang ni kita jaga..."


"Kenapa pilih yang ni?" Anak saudara saya masih bijak tutur tanyanya. Banyak pula soalnya. Tapi ya juga. Kenapa yang seekor ni jadi pilihan. Bukan yang dua lagi...


"Yang ni lebih kurus. Lebih sakit dan lebih lemah. Yang tadi tu nampak sihat. Biar emak dia jaga. Kita boleh jaga dia lebih baik daripada emaknya. Kat rumah kita ada banyak tempat perlindungan daripada panas dan hujan. Kalau tinggal kat pasal ni, nanti, kucing ni jadi lemah dan mati."


Sesampai di rumah anak saudara saya mula sibuk. Disiapkan susu, disediakan makanan berzat khusus untuk anak kucing. Si comel nama diberikan. Saya dan anak saudara ini mula sibuk dengan operasi menyelamat tersebut. Kucing-kucing lain hilang keistimewaan. Coyote dipindahkan ke sangkar kelas ke dua bersama anak-anaknya.


Keutamaan diberikan kepada si comel kerana keadaannya yang daif dan lemah. Setelah bersungguh berusaha, saya yakin Si comel akan berjaya diselamatkan. Nasibnya tentu lebih baik dari saudara kandungnya yang dijaga oleh ibu yang daif.


Dia akan selamat... InsyaAllah... begitu bisik hati saya.


Sehari, 2 hari, 3 hari... si comel masih begitu-begitu juga. Matanya masih tertutup. Badannya masih tidak ada perubahan.


Pukul 4 petang, hari kerja... handphone saya berbunyi. Anak saudara memberi salam dan menangis.... Si Comel mati.


Ketika balik saya melihat sangkar istimewa si Comel telah dihuni oleh Coyote dan anak-anak.


**********


"Anjang rasa, adik beradik Si Comel pun mati jugak ke?" tanya anak saudara saya setelah seminggu comel mati.


"Hmmm tinggal kat rumah, makan sedap dan berkhasiat pun si Comel boleh mati. Anjang rasa anak kucing yang kita tinggal kat pasar tu pun mati jugak."


"Betul ke Anjang?"... ... ...


Saya terusik dengan pertanyaan itu. Ingin juga saya pastikan.


Satu hari setelah beberapa minggu peristiwa itu berlalu, saya pergi lagi ke pasar itu. Anak saudara yang sama masih suka mengikut. Ma sudah menyelinap di sebalik kesibukan manusia membeli belah. Saya dan anak saudar berjalan di tepi gerai menjual sayur...


"Anjang, Anjang..." Panggilan anak saudara tiba-tiba mengejutkan.


"Kenapa?"


"Tengok tu..." Katanya sambil menunjuk ke satu arah.


Kelihatan anak kucing 'Saudara' si comel berlari-lari cergas bersama ibunya. Nampak sihat dan lebih gemuk. Begitu juga si ibu. Kelihatan lebih kuat dan aktif.


"Anjang betullah ni saudara si Comel." Kata anak saudara saya sambil mendukung anak kucing itu.


Saya diam. Rasa kesal, malu dan bersalah bertubi-tubi menimpa.


"Dia tak mati pun Anjang." Perlahan suara anak saudara menghiris hati. Ternyata keputusan saya memutuskan kasih sayang si Comel dengan saudaranya adalah salah.


***************************


"Nak tahu kenapa Anjang bersalah?" Akui saya dalam perjalanan pulang dari pasar.


Anak sauadara saya diam terus mencari-cari jawapan.


"Anjang bersalah sebab dah putuskan kasih sayang si Comel dengan ibu dia. Anjang fikir, si Comel boleh sihat semula hanya dengan makanan dan perlindungan. Anjang lupa, binatang pun perlukan kasih sayang dari ibunya."


"Ingat tu, kasih ibu tak boleh ditukar ganti..." tiba-tiba Ma saya mencelah.


Saya termenung sendiri... itu baru anak kucing... Bagaimana pula anak manusia yang diputuskan kasih dengan ibunya, Pasti lebih derita...


Hati terus diburu rasa bersalah. Memisahkan si comel dengan ibunya. Angkuhnya diri, apabila merasakan boleh gantikan kasih sayang ibu. Hakikatnya saya tidak layak menjadi pengganti ibu... sekali pun ibu bagi seekor kucing**


Kasih Ibu tiada gantinya....



***************************************************************


Kisah 2


(cerita ke dua ni saya sedut dari cerita yang ditulis dalam buku motivasi 'U-Turn Ke Jalan Lurus - tulisan ustaz Zul Ramli M. Razali... (berdasarkan kisah benar juga))


*** Seorang pemilik dusun durian bercerita, apabila datang musim durian, kerja yang paling sukar adalah untuk mengawal bunga durian daripada dirosakkan oleh haiwan. Dan haiwan yang paling sukar dikawal ialah monyet...


Apa yang dilakukan ialah mereka terpaksa berkawal seperti soldadu ketika darurat. Siang dan malam kena berjaga, kalau tidak musuh akan menang. Dengan selaras senapang bersama peluru daripada belerang panas, tembakan yang menjerit diseluruh lembah mencari sasaran. Mana-mana monyet yang kelihatan akan jadi mangsa.


Pada satu petang... seperti hari-hari lain dia keluar berkawal. Di hujung dusun kelihatan pokok duriannya bergoyang. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati pokok tersebut. Di sebalik sebatang pokok yang lain dia bersembunyi dan dengan jelas dia nampak dari arah belakang seekor monyet sedang lekan menikmati bunga durian, meratah dengan lahapnya. Tanpa berlengah dia mengangkat senapangnya membidik, nafas di tahan jarinya memetik picu
dan:


Dammmmmm!!!!


Bunyi tembakan bergema memecah sunyi petang. Bersama tembakan itu terdengar bunyi susulan jeritan monyet kesakitan. Peluru menembusi seluruh bahagian belakangnya. Dalam keadaan serba gawat itu sebelum dia benar-benar jatuh ke tanah, tangannya sempat mencapai satu dahan dan bertahan di situ...


Apa yang mengejutkan ialah bergayut di bahagian leher monyet itu, seekor anak monyet. Ertinya dia telah menembak seekor ibu monyet. Di atas dahan berlaku sesuatu yang menakjubkan dan menusuk kalbu. Ibu monyet sedang bertarung dengan nyawanya sendiri, darah menitis deras keluar dari tubuhnya yang terkoyak-koyak diterjah peluru. Di atas dahan itu kelihatan tubuhnya menggeletar kesakitan dengan raungan menahan bisa yang tidak tergambar.


Anak monyet yang ketakutan menangis dan mendakap kemas ibunya. Ketika inilah ibu monyet yang sakit memaut anaknya, menyusukan si anak dalam lelehan serta bau darah yang tepercik di serata dahan. Pada ketika yang lain apabila mulut anaknya terlepas dia meraung ketakutan, si ibu dengan segala kesukaran memautnya kembali dan memberinya susu.


Darah terus mengalir keluar dari tubuh ibu, ia kian lemah.


Ketika itu dengan tangan lemah diangkat anaknya dan dilatakkan di dahan lebih tinggi. Apabila seluruh kudratnya hilang si ibu rebah dan jatuh dari dahan yang tinggi menyembah bumi. Di tanah, matanya berkaca bercampur darah memerhatikan kepada anak yang terus ketakutan dan mati perlahan-lahan...


"Anak ku... cukup sampai di sini, itu sahaja yang ibu terdaya untuk menjagamu"... mungkin begitu kata hati si ibu...


Semua drama ini disaksikan oleh penjaga dusun... ada rasa yang sukar untuk diterjemahkan...


**********************************************************


Terimakasih kepada bapak atas pemberian mawar putih yang comel ini... Semoga bapak bersabar menanti kedatangan orang baru.. Kak Tirana do'akan agar semuanya selamat...insyaAllah..

Photobucket


Sunday, May 10, 2009

Detik itu...janji ibu...

Sunday, May 10, 2009 by Tirana · 51 comments
Labels:


Ayah dimasukkkan ke hospital buat pertama kalinya ketika saya masih kecil. Kata ibu, saya masih terlalu kecil untuk mengingati detik itu. Namun ketika kali kedua ayah jatuh sakit, saya berusia enam tahun. Saya ingat-ingat lupa bagaimana tubuh ayah membengkak. Di hospital, lengan dan perut ayah ditebuk untuk membuang air yang menyebabkan badan ayah mengembang. Setelah air dikeluarkan, tubuh ayah hanya disaluti oleh kulit dan tulang. Kurus sungguh ayah ketika itu seolah-olah rangka berjalan. Selepas menerima rawatan selama beberapa minggu di hospital, ayah dibenarkan pulang. Sejak itu ayah tidak betah bekerja kuat lagi namun seingat saya, ayah tetap turun ke sawah membanting tulang bersama ibu.


Beberapa tahun kemudian, ketika saya di bangku sekolah rendah, sekali lagi ayah diserang sakit teruk. Kali ini ayah enggan menerima rawatan di hospital. Dia hanya mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh seorang rakan doktornya.


Sakit ayah yang kronik tidak memungkinkan ayah bekerja di tengah sawah. Ibu menjadi serba salah ketika itu. Untuk ke sawah, ibu terpaksa tinggalkan ayah bersendirian di rumah. Kalau tidak ke sawah, bererti hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga. Mahu tidak mahu, ibu terpaksa juga turun ke sawah walaupun hatinya berat untuk meninggalkan ayah keseorangan dengan keadaan yang tidak sihat itu.


Ibu bangun seawal pukul empat atau lima pagi setiap hari. Bekalan dan sarapan untuk anak-anak ke sekolah disiapkan. Selepas itu ibu akan memasak pula makanan untuk tengahari. Selesai kerja-kerja di dapur, ibu akan menyediakan pula semua keperluan ayah. Setelah memastikan semua kerja rumah selesai, barulah ibu turun ke sawah. Sepanjang ketiadaan ibu, ayah ditemani oleh rakannya. Setiap hari, rakan ayah itu akan datang berbual-bual supaya ayah tidak kesunyian dan membantu sekiranya ayah perlukan sesuatu. Ibu tidak pernah meminta tapi rakan ayah itu yang menawarkan pertolongan. Ibu sangat-sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya ibu tidak terlalu bimbangkan keselamatan ayah di rumah.


Hari berganti hari, penyakit ayah tidak berkurangan malah semakin teruk. Akhirnya abang saya yang sulong (seorang guru dan telah berumahtangga ketika itu) mengambil keputusan untuk membawa ayah tinggal di rumahnya. Abang saya sebenarnya kesian melihat ibu yang telah kelelahan mengurus ayah yang sakit, anak-anak, rumahtangga dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja di sawah walaupun ibu tidak pernah mengeluh.


Kebetulan ketika itu cuti sekolah, jadi saya mengikut ibu dan ayah tinggal di rumah abang. Ayah semakin hari semakin lemah. Selera makannya langsung tiada. Jasad yang kurus itu sentiasa terbaring di atas tilam usang.


Pagi itu, terdapat sedikit perubahan pada diri ayah. Ayah kelihatan gelisah di tempat pembaringannya. Sekejap pusing ke kanan, sekejap pusing ke kiri, sekejap duduk, sekejap berbaring. Dan lagi, ayah asyik bertanyakan pukul berapa ketika itu.


Seorang kawan abang (seorang ustaz) kebetulan datang menziarahi ayah pada pagi itu. Melihat keadaan ayah yang resah gelisah, kawan abang itu datang mendapatkan ibu.


"Saya rasa...masa untuk Pak Cik pergi telah tiba...Namun ada sesuatu yang membuatkan Pak Cik berat hati dan tidak tenang.. Mungkin Pak Cik risaukan anak-anak yang akan ditinggalkannya. Mak cik bercakaplah dengan Pak Cik...berjanji akan menjaga anak-anak dengan baik. Mudah-mudahan dia akan pergi dengan tenang" kata ustaz muda itu.


Mendengar kata-kata ustaz tersebut, ibu segera mendapatkan ayah. Ibu memegang tangan ayah dengan erat.


"Jika sudah sampai masanya untuk abang pergi...saya lepaskan abang dengan rela.. Pergilah abang dengan tenang.. Usah bimbangkan tentang saya dan anak-anak. Saya berjanji akan menjaga anak-anak kita dengan baik. Mereka tidak akan saya biarkan kelaparan. Saya akan pastikan mereka terdidik dengan sempurna"


Ayah menatap wajah ibu dan mengukirkan senyuman. Itulah senyuman terakhir ayah buat ibu. Ayah selamat menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan ibu. Ibu sempat mengajar ayah mengucap. Ayah pergi dengan tenang sekali. Ibu tidak menitiskan airmata. Agaknya ibu tidak sanggup lagi melihat ayah menderita sakit. Ibu redha ayah pergi kerana itulah yang terbaik buatnya daripada ayah tersiksa menanggung kesakitan yang berpanjangan.


Setelah ayah tiada, bermulalah perjuangan ibu untuk membesarkan anak-anak. Ketika itu cuma dua dari lapan orang anak-anak ibu yang boleh berdikari. Yang lain masih belajar. Jika dulu, apa-apa saja keputusan yang bakal dibuat tentang sesuatu perkara, akan dibuat oleh ayah tapi kini ibu yang mengambil alih. Tidak mudah sebenarnya... Kini saya mengerti keperitan yang ibu alami bila saya memounyai anak-anak sendiri. Bukan mudah membesarkan anak-anak tanpa seorang suami di sisi tapi ibu telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali. Sememangnya ibu seorang wanita yang cekal, tabah, sabar dan bijak.


Ada beberapa orang insan (lelaki) yang menghulurkan tangan kepada ibu untuk menggantikan tempat ayah, namun ibu menolaknya dengan baik. Ibu seakan tidak yakin ada orang lain yang boleh menggantikan tempat ayah bagi anak-anaknya. Ibu bimbang kebajikan anak-anaknya akan terabai sekiranya ibu berkahwin. Ibu masih ingat janjinya pada ayah. Disebabkan janji itulah dan juga kerana kasih ibu pada anak-anak yang tidak berbelah bagi, ibu sanggup mengenepikan kebahagiaannya sendiri. Besar sungguh pengorbanan ibu.


Ibu berusaha tanpa mengenal erti putus asa untuk membesar dan mendidik anak-anaknya. Walaupun tidak semua anak-anak ibu berjaya sampai ke universiti, tapi semua anak-anak ibu berjaya menjadi "manusia" yang bertanggungjawab dan berdikari. Tidak seorang pun anak ibu yang hilang arah tujuan. Kini, ibu sudah boleh tersenyum dan hidup dalam ketenangan. Janjinya pada ayah tertunai sudah.


Pengorbanan ibu tidak dapat saya nilaikan dengan sesuatu pun di dunia ini. Dan sampai ke hari kiamat pun, saya tidak akan dapat membalas segala jasa dan pengorbanan ibu. Hanya do'a saja yang dapat saya titipkan setiap hari agar ibu tenang dan bahagia ketika menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Andainya telah sampai masa dan ketika untuk ibu melangkah pergi meninggalkan dunia ini, mudah-mudahan ibu melangkah dengan keadaan yang putih bersih bagaikan sehelai kain putih yang tidak tercemar dengan sebarang kekotoran. Mudah-mudahan Allah menyayangi ibu sebagaimana ibu menyayangi ayah dan anak-anak....

Terimakasih Danishahumaira dan Farah...

Sunday, May 10, 2009 by Tirana · 0 comments
Labels:
Sempena hari ibu, saya menerima dua keping kad dari dua orang teman maya.. Terimakasih Danishahumaira dan Farah. Happy Mother's Day to both of you and to all mothers....


Kad dari Danishahumaira
Photobucket



Kad dari Farah
Photobucket



Friday, May 08, 2009

Mangkuk pengemis...

Friday, May 08, 2009 by Tirana · 19 comments
Labels:
Gambar hiasan dari Turkish Gift


Pada suatu hari seorang Raja bersiar-siar di sekeliling kota dengan diiringi oleh seorang pengiring. Di pertengahan jalan Raja bertemu dengan seorang pengemis lalu baginda menyapa pengemis tersebut,

"Apa yang boleh Beta berikan kepadamu, wahai pengemis?"


"Yakinkah Tuanku dapat memenuhi permintaan patik?"

"Tentu sekali Beta dapat memenuhi permintaan kamu. Katakan saja apa yang kamu inginkan."


"Berfikirlah semasak-masaknya sebelum Tuanku menjanjikan sesuatu."


Raja berasa tercabar. Timbul rasa angkuh dan tidak senang bila mendengar kata-kata pengemis tersebut. Raja tidak menyedari bahawa pengemis yang berdiri di hadapannya itu bukanlah pengemis sebarangan.


"Sudah Beta katakan, Beta akan dapat memenuhi apa saja permintaan kamu. Beta adalah Raja di sini...Beta berkuasa dan kaya-raya."


"Ini dia mangkuk patik. Tuanku boleh isi dengan apa saja yang Tuanku suka."


Pengemis itu lalu diajak oleh Raja pulang ke istana. Setiba mereka di istana, Raja lalu memerintah pengiringnya supaya mengisi mangkuk pengemis itu dengan emas. Beberapa guni emas telah diisi ke dalam mangkuk itu tapi anehnya emas-emas tersebut tidak dapat memenuhi mangkuk pengemis tersebut.


Raja tidak ingin mendapat malu di hadapan rakyatnya. Baginda memerintah pengiringnya supaya terus mengisi mangkuk itu. Tidak cukup dengan emas, mangkuk itu diisi pula dengan intan, permata, wang dan apa-apa saja yang bernilai namun mangkuk itu tetap kosong seolah-olah ia berlubang di bawahnya.


Setelah hampir habis semua harta istana, Raja akhirnya menyerah kalah. Tiada satu pun yang dicurahkan ke dalam mangkuk itu dapat memenuhinya. Baginda segera memohon maaf dari pengemis itu atas sikap baginda yang angkuh tadi. Sebelum pengemis itu berlalu pergi, Raja memohon penjelasan dari pengemis tersebut atas apa yang berlaku.


Pengemis itu tersenyum dan dengan senang hati memberi penjelasan kepada Raja.


"Mangkuk ini sebenarnya simbol kepada keinginan manusia yang tidak terbatas. Itulah yang mendorong kita untuk sentiasa bergelut bagi memenuhi tuntutan kepada keinginan tersebut. Rasa ghairah memuncak di hati di kala kita menginginkan sesuatu. Setelah kita dapat apa yang kita inginkan, perasaan ghairah itu akan hilang seolah-olah apa yang kita perolehi itu sudah tidak bererti lagi. Di kala itu kita akan mencipta keinginan yang lain pula. Kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita perolehi. Kekuasaan menjadikan kita tamak."


"Adakah cara untuk menutup mangkuk yang seolah-olah berlubang di bawahnya itu" tanya Raja kepada pengemis tersebut.


"Tentu ada. Tutuplah mangkuk itu dengan bersyukur kepada Tuhan. Jika kita bersyukur, insyaAllah, Tuhan akan menambah nikmat kepada kita" ucap pengemis itu lalu berlalu pergi kemudian menghilang di celah-celah orang ramai.



Thursday, May 07, 2009

Cerita Tipah Tertelan Duit

Thursday, May 07, 2009 by mySAS · 11 comments
Labels:
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak. Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah." Si ayah : ?????

Arnab yang cerdik...

Thursday, May 07, 2009 by Tirana · 19 comments
Labels:
Gambar dari Wikipedia


Seekor arnab sedang berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba datang seekor rubah jantan hendak menangkapnya.


"Kalau kamu memang berani, ayuh masuk ke gua itu. Kita berlawan di sana. Yang kalah akan jadi habuan kepada yang menang" kata arnab kepada rubah.


"Berlawan di mana-mana pun boleh. Masakan seekor arnab dapat melawan seekor rubah. Aku yakin, aku yang akan menang" jawab rubah kepada arnab.


Mereka pun masuk ke dalam sebuah gua. Tidak lama kemudian, arnab keluar dari gua tersebut. Tubuh badannya elok seperti biasa, tiada yang cedera. Itu bermakna dia menang dan tidak menjadi habuan kepada rubah tersebut.


Arnab berjalan-jalan lagi di dalam hutan tersebut. Kemudian datang pula seekor serigala yang ingin menangkapnya. Seperti rubah tadi, arnab mengajak serigala beradu kekuatan di dalam gua. Serigala bersetuju untuk berlawan dengan arnab di dalam gua itu. Dia yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepadanya namun anggapan serigala meleset sama sekali. Arnab keluar dari gua itu tanpa sebarang kecederaan.


Arnab berjalan-jalan lagi di situ. Kali ini datang pula seekor beruang yang ingin menangkapnya.


"Kalau kamu memang kuat, ayuh kita beradu tenaga di dalam gua itu. Siapa yang kalah akan menjadi habuan kepada yang menang" kata arnab kepada beruang.


Sang beruang merasa tercabar.


"Aku tidak kisah berlawan di mana sekalipun kerana aku yakin aku akan dapat mengalahkan kamu dengan mudah" kata beruang kepada arnab.


Mereka pun masuk ke dalam gua itu. Beberapa ketika kemudian, arnab keluar dari gua itu. Tubuh badannya tidak menunjukkan sebarang kecederaan. Nampaknya arnab menang lagi dalam pertandingan itu.


Hari telah beransur senja. Tiba masanya untuk arnab pulang ke sarangnya.


"Hey harimau, keluarlah dari gua itu. Hari sudah senja. Esok saja kita teruskan permainan ini" kata arnab.


Harimau yang besar dan kekenyangan itu pun keluarlah dari gua tersebut.


"Kerjasama kita berjaya, aku kekenyangan sekali. Aku tidak perlu susah-susah mengejar mangsaku hari ini..Semuanya seakan datang menyerah diri. Dengan kekenyangan begini, dapatlah aku berehat dua tiga hari" kata harimau kepada arnab.


Apa agaknya moral dari cerita ini?

Terimakasih...Suzi

Thursday, May 07, 2009 by Tirana · 1 comments
Labels:
Belum selesai sesi menjawab tag. Masih ada lagi..hehehe.. Tag yang ini datang dari Suzi. Sebelum itu, Suzi ada menghadiahkan sesuatu untuk saya.. Jom kita tengok apa hadiahnya...Terimakasih banyak-banyak pada Suzi. Pohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk memaparkan hadiah dan menjawab tag.

Photobucket
Photobucket


Tag dari Suzi

1. When was your engagement?
October 19...


2. When is your marriage anniversary?
27 January 19....


3. How long have you known your spouse?
Tak kenal lama..dalam sebulan dua saja kemudian terus bertunang


4. How long you got engaged?
lebihkurang 3 bulan


5. Where did you meet your spouse?
Flinders Uni, Adelaide, South Australia


7. Do you have any children?
Yes I have.


8. How many?
4 orang, 3 boys..1 girl


9. Do you have any pets?
No, I don't..Tinggal di kondo, tak boleh bela apa kecuali ikan dalam akuarium.


10. Do you own or rent?
Rent

11. Do you live in the country, city/town?
Dalam bandar KL


12. What is your favorite activity you do together?
Menonton tv dan membaca


13. Do you have a favorite vacation spot?
Beach


14. How many siblings do you have including in-laws?
Saya ada 8 org adik beradik.... hubby 4 org adik beradik


15. What mosque do you attend?
Masjid wilayah


16. Is this the mosque you got marrried in?
No


17. What town is your current address?
Sri Hartamas, KL


18. Do you work or stay home?
Stay at home.


19. Where did you go for your honeymoon?
Honeymoon kat universiti..hehehe...masa kawin dulu, masih bergelar student so mana ada ongkos nak pergi honeymoon.


20. Leave a piece of marriage advice
Jujur dan ikhlas...give and take..


21. Nak tag sapa yer..
Tak nak tag sesiapa...(malas..hehehe)


Ok dah selesai jawab tag dari Suzi.. Masih ada lagi satu hutang dari Sakura..Nanti lain kali pulak...

Wednesday, May 06, 2009

Terimakasih Olin...

Wednesday, May 06, 2009 by Tirana · 2 comments
Labels:
Ni tag dari Olin pulak....Ada dua tag dari Olin...Terimakasih Olin... Ni jawapan kak tirana...

Tag 1

Syarat2 menerima award ini

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
memang saya seorang wanita tulin..hehehe..


2. Copy badge sebagai award anda

Photobucket


3. 7 SEBAB SAYA BANGGA JADI WANITA
Aduuuhhhhh..sampai 7 sebab.. Saya bagi satu sebab... Allah takdirkan saya dilahirkan sebagai perempuan tentu ada hikmahnya jadi saya bersyukur banyak-banyak...


4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda
no one...tak sampai hati nak tag orang...hehehe..


Tag 2

Peraturan nak jawab tag ni ialah...


1. Copy badge "2008 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
Award tahun lepas rupanya..tak pe la...letak aje kat sini
Photobucket


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Olin...baru kenal lagi Olin..nanti saya investigate siapa dia ni sebenarnya..baru kenal aje..dah 2 tag dia bagi kat saya..hehehe..nak kena ni.. Saya rasa Olin ni seorang yang masih belajar sebab baru ni terbaca kat blog dia..sibuk dengan exam... Kalau silap teka maaf ye Olin....hehehe



3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
Lorrr sampai 10...
Saya seorang perempuan
Anak bongsu dalam keluarga
Dah kawin dan ada 4 orang anak
Suka membaca, menulis, memasak dan menjahit
Suka tersenyum dan bergurau
Pendiam dengan orang yang tak kenal tapi dengan orang yang dah kenal, macam mulut murai..hehehe
Penakut kepada binatang yang menjalar seperti ular
Suka duduk terperap di rumah dan tak suka merayau tak tentu hala
Suka makan laksa penang dan ais kacang
Suka bersendirian...hehehe


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
no one

Terimakasih...Ros dan CT As...

Wednesday, May 06, 2009 by Tirana · 3 comments
Labels:
Sampai masa nak jawab tag pulak..hehehe..dah lama terperam..bimbang jadi pekasam....


Tag from Ros

NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
Tirana or kak tirana..


MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
birthday sendiri, anak-anak dan suami, dan anniversary


THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
baru balik dari amik anak sekolah..hehehe


GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
Buku dan perfume


YOUR FAVORITE HOBBIES:
membaca, menulis, memasak dan menjahit


PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
switzerland


FAVORITE DRINKS:
soya bean


THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
Selain dari kelengkapan tidur... buku mesti ada on the sidetable.. Bila terjaga tengah malam, susah nak lena, mesti capai buku...


FAVORITE COLORS:
Biru, putih dan coklat


TOP FOUR HANGOUTS:
One Utama, The Curve, Mid Valley dan HSC


Persons U LOVE SO MUCH:
Anak-anak, suami, ibu, abang-abang, kakak, anak saudara, cucu saudara dan semua kawan2


"THINGS" SPECIAL TO YOU:
My personal blog


YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
No one...thank you


REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
Saja seronok menghilangkan boring...




Tag dari CT AS

A - 5 Names I go by
Saya ada satu nama panggilan aje di dunia cyber ni..Tirana or kak tirana


B: 5 Jobs I have had in my life
housewife


C: 5 Places I have lived before
Perak, Adelaide, Penang, Kelantan, Melaka dan sekarang di KL


D: 5 TV Shows that I watch currently
CSIs, Number, Monk, House, Knight Rider


E: 5 places I have been
Langkawi, Kota Bharu, Perak, Penang dan Melbourne


F: People that e-mail / contact me regularly
Hubby, anak-anak, saudara mara dan kawan-kawan


G: 5 of my favorite foods
Laksa penang, mee kari, ais kacang, nasi beriani dan nasi lemak


H: 5 things I would like to do
menjahit, mencuba resepi baru, menulis.


I: 5 friends I think will respond
No one


J: 5 Things I am looking forward to
1) bercuti
2) membaca
3) memasak
4) menulis
5) menjahit



Terimakasih...MamaQayPo dan Mar

Wednesday, May 06, 2009 by Tirana · 1 comments
Labels:
Saya paparkan di sini pemberian dari dua orang teman, Mar dan MamaQayPo. Hadiah ini diberi kerana saya menjadi pengikut blog mereka. Terimakasih pada mereka berdua. Oh ye..Mar minta surat tunjuk sebab kenapa jadi pengikut dia... Adehh...Mar minta lima sebab pulak tu..hehehe.. Maaf Mar..kak tirana dapat bagi satu sebab aje..sebabnya kak tirana nak masukkan blog Mar dalam google reader supaya senang kak tirana nak baca...hehehe... Harap Mar puas hati ye...

Hadiah dari Mar
Photobucket


Hadiah dari MamaQayPo
Photobucket


Terimakasih..Faridmw, Akudinda, Hidayah, Pearls dan Setiasahabat...

Wednesday, May 06, 2009 by Tirana · 1 comments
Labels:
Telah berlalu beberapa waktu...
jiwa tidak tenang..
bila mengenang...
hutang yang belum terlangsai..
maka pada saat dan ketika ini...
ku gunakan peluang yang ada..
kupaparkan satu persatu..
pemberian dari teman-temanku...
terimakasih pada semua...


Pemberian dari Faridmw
Photobucket
Photobucket


Pemberian dari Akudinda
Photobucket


Pemberian dari Hidayah
Photobucket


Pemberian dari Pearls
Photobucket


Pemberian dari Setiasahabat
Photobucket


Sayap yang lemah...

Wednesday, May 06, 2009 by Tirana · 13 comments
Labels:

Di atas sebatang pokok, tinggal seekor ibu burung punai dan tiga ekor anaknya yang masih kecil. Setiap hari ibu punai akan terbang mencari makanan untuk anak-anaknya kerana mereka masih belum berupaya untuk mencari makanan sendiri.


Hari demi hari berlalu, anak-anak burung punai semakin membesar. Ibu punai melatih dan mengajar anak-anaknya terbang. Sesekali mereka jatuh juga ke tanah tetapi ibu punai sentiasa memberi galakan dan semangat untuk mereka terus cuba dan mencuba. Namun dalam setandan pisang, tidak semua elok buahnya. Begitu juga dengan anak-anak burung punai tersebut. Di antara tiga ekor, ada seekor yang cepat berputus asa selepas sekali jatuh. Dia menjadi takut untuk mencuba lagi walaupun sudah puas ibunya memujuk supaya terus mencuba. Ketika saudara-saudaranya sibuk belajar dan berlatih, dia hanya memerhati sahaja.


"Buat apa susah-susah dan sakitkan diri untuk belajar terbang" kata anak burung punai kepada dirinya sendiri.


Tidak lama kemudian, kedua-dua ekor anak burung punai telah mula terbang mengikut ibu mereka mencari makanan. Mereka sangat gembira kerana telah dapat berdikari dan yang paling menyeronokkan ialah dapat melihat alam yang luas sedangkan anak burung punai yang berputus asa tadi masih terkial-kial di dalam sarang. Dia masih mengharapkan ibunya membawa pulang makanan untuknya.


Pada suatu hari, ibu burung punai telah jatuh sakit. Dia tidak dapat terbang mencari makanan. Untung juga ada dua ekor anaknya yang telah boleh diharap. Merekalah yang mencari makanan dan membawa pulang untuk ibu dan saudara mereka yang seekor itu.


"Ibu, mengapa sayapku ini terasa lemah dan tidak dapat terbang seperti dua ekor saudaraku itu" tanya anak burung punai kepada ibunya.


"Wahai anakku, sesungguh tiada apa yang kurang pada dirimu. Kamu mempunyai sepasang sayap yang sempurna, sama seperti saudara-saudaramu itu. Ia boleh digunakan untuk terbang hanya saja kamu tidak mahu berlatih dan menggunakan sayapmu itu. Sebelum ini ibu telah berkali-kali menyuruh dan memberi galakan kepada kamu untuk terus mencuba biar berapa kali pun kamu jatuh tapi kamu tidak memperdulikan nasihat ibu. Itulah yang menyebabkan sayap kamu lemah dan tidak boleh terbang dengan baik"


Anak burung punai terdiam mendengar kata-kata ibunya. Kini ia telah menyedari akan kesilapannya yang terlalu takut untuk mencuba dan mudah berputus asa. Sampai bilakah ia harus bergantung harap kepada ibu dan saudara-saudaranya.


Ilmu dan kemahiran tidak akan datang bergolek. Ilmu perlu dicari sedangkan kemahiran boleh ditingkatkan melalui latihan demi latihan. Biar berapa kali sekalipun kita harus menghadapi kejatuhan, kesakitan dan kegagalan, namun jangan sekali kita mudah berputus asa.. Pengalaman mengajar kita banyak perkara.

Tuesday, May 05, 2009

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Tuesday, May 05, 2009 by Tirana · 15 comments
Labels:
Sekadar berkongsi info yang saya terima melalui email...Semoga kita mendapat manfaat..InsyaAllah..


Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)


Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "


Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Majalah 'Times' juga telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.


Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)


Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang."


Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.


Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.


Terimakasih kepada...Ismail Mohd Najib atas info ini.

Monday, May 04, 2009

Kisah biji gandum...

Monday, May 04, 2009 by Tirana · 38 comments
Labels:

Ada dua biji benih gandum yang tercampak di sebuah ladang yang subur.


"Aku ingin tumbuh...aku ingin mengembangkan tunasku..Aku ingin sekali merasai kedinginan malam, kehangatan siang hari dan kelembutan embun pagi. Alangkah seronok jika dapat merasai itu semua. Tapi yang lebih penting, aku ingin sekali tumbuh menjadi pokok gandum yang mengeluarkan bunga dan buah supaya ia dapat dinikmati oleh manusia dan binatang" kata biji gandum yang pertama.


Dan akhirnya biji gandum yang pertama pun tumbuh dengan jayanya, berbunga lalu berbuah. Dan buah gandum itu dinikmati oleh seekor burung.


"Aku takut...jika ku hulurkan akar ku ke dalam tanah, entah apa yang akan ku temui di bawah sana dan di bawah sana tentunya sangat gelap. Dan jika ku keluarkan tunas ku, di luar lebih bahaya. Tentu siput-siput dan ulat-ulat akan cuba memakan tunas, daun, bunga dan buah ku. Aku takut sekali dipijak oleh manusia yang lalu lalang di sini. Tidak, aku tidak akan tumbuh. Aku akan tunggu sehingga keadaan lebih selamat" kata biji gandum yang kedua.


Dan biji gandum kedua pun menunggu dan terus menunggu bersendirian di situ.


Beberapa hari kemudian, seekor ayam jantan mengais-ngais tanah berhampiran biji gandum yang takut untuk tumbuh itu. Tiba-tiba ayam jantan terjumpa biji gandum tersebut.


"Ah..rezeki aku hari ini..dapat makan biji gandum" kata ayam jantan lantas mematuk biji gandum tersebut lalu menelannya.


Di dalam kehidupan kita sentiasa berdepan dengan situasi di mana kita harus membuat pilihan. Disebabkan kita kurang ilmu dan pengalaman, kita sering teragak-agak, bimbang dan ngeri untuk membuat pilihan. Kita cipta alasan demi alasan untuk tidak memulakan langkahan pertama, tidak mahu mencuba. Kita takut untuk berdepan dengan risiko. Kita bimbang akan membuat kesilapan dan berasa ngeri untuk berdepan dengan kegagalan. Kita terlupa bahawa, kita akan lebih banyak belajar dari kegagalan dan keperitan. Ramai orang yang berjaya, sebenarnya mereka lebih banyak gagal sebelumnya tapi mereka tidak pernah berputus asa dan yang penting, mereka berani untuk memulakan langkahan pertama.


We learn wisdom from failure much more than success. We often discover what we will do, by finding out what we will not do
~Samuel Smiles

Saturday, May 02, 2009

Menilai diri lelaki melalui pergerakannya...

Saturday, May 02, 2009 by Tirana · 35 comments
Labels:
Lagi artikel tentang lelaki yang saya dapat dari email.. Sekadar berkongsi...


Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkah lakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila ia sedang berbual dengan wanita.


Menganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.


Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.


Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.


Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.


Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.


Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.


Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.


Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Lelaki perlu keselesaan perasaan...

Saturday, May 02, 2009 by Tirana · 20 comments
Labels:
Nampaknya dalam beberapa hari ini asyik bercerita tentang lelaki. Saya suka membaca dan mengkaji tentang manusia yang bernama lelaki ini kerana hidup saya di kelilingi lelaki...suami..anak-anak lelaki..abang-abang..abang ipar..anak saudara lelaki dan kawan-kawan lelaki (kawan dalam alam cyber ni aje..hehehe). Mudah-mudahan dengan mengenali perwatakan dan sifat-sifat insan yang bernama lelaki ini akan memudahkan urusan saya dengan mereka. (artikel ini diambil dari email saya)


Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.


Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya. Contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.


Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"


Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam soal kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.


Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi.

Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi sama ada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.


Lelaki suka menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.


Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.


Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa
Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembahongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wnita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
  • Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang menyakitkan perasaan.
  • Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
  • Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
  • Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
  • Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
  • Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
  • Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
  • Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.

Friday, May 01, 2009

Dunia kita berbeza...

Friday, May 01, 2009 by Tirana · 24 comments
Labels:
Lagi artikel tentang lelaki yang sampai ke dalam email inbox saya. Saja nak kongsi dengan kawan-kawan. Manalah tahu..kot-kot boleh dijadikan panduan dan pedoman...


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka.


Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kias oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. . Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.


Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk meyembunyikan dan membisu.


Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.


Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaannya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.


Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.


Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.


Apa komen para lelaki? Betul ke lelaki mempunyai sifat-sifat yang disenaraikan di atas?

My Honorable Followers

Thank You Myspace Comments

Intelligent Readers

Sharing is caring!

Here, you can share your words, comments, opinion or even your favourite videos just by signing in using your google or blogger id!

Favourite Items

Leave your messages here

Relaxing music