"Kamu pernah makan sup ekor?" tanya kawan saya pada suatu hari.
"Pernah. Sup ekor memang sedap. Sup tulang pun sedap" jawab saya.
"Nak dengar cerita tak?" tanya saya.
"Cerita apa? Kamu memang banyak cerita" kata kawan saya sambil tertawa kecil.
"Tapi saya bercerita yang baik bukan mengumpat. Saya ingin bercerita tentang sup" kata saya.
"Ceritalah" kata teman saya.
Inilah kisahnya……
Pada suatu masa dahulu, ada seorang raja yang adil dan sangat menyayangi rakyatnya. Raja tersebut ingin melantik seorang penasihat dalam urusan pentadbiran negeri namun di sudut hatinya merasa sedikit kebimbangan. Raja itu bimbang jika penasihat yang dilantik itu akan bersikap tidak adil dan sebagainya.
"Mungkin juga elok kalau beta adakan sesi ujian dan temuduga untuk mencari penasihat yang benar-benar baik dan bertanggungjawab" raja berkata kepada dirinya sendiri.
Maka iklan pun dipampang di serata tempat. Sesiapa yang berminat untuk menjadi penasihat raja, boleh datang untuk sesi temuduga terbuka di istana. Tawaran tersebut mendapat sambutan. Ramai rakyat jelata terdiri dari pelbagai lapisan pergi menghadiri sesi temuduga terbuka tersebut, dari yang bijak dan berkelulusan tinggi sehinggalah yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, semuanya ada hati ingin menjadi penasihat raja.
Ada seorang pemuda kampung yang sederhana juga tidak ketinggalan ingin mencuba nasibnya. Pada suatu pagi, dengan berpakaian yang sederhana tapi kemas, dia pergi ke istana untuk menjalani sesi ujian dan temuduga tersebut. Ketika berhadapan dengan pemuda tersebut, raja serta merta tertarik dengan perawakannya yang sederhana dan petah berkata-kata. Raja berpuas hati namun baginda ingin memberi satu ujian praktikal kepada pemuda tersebut.
"Wahai pemuda, beta inginkan kamu lakukan sesuatu" kata raja.
"Tuanku katakan kepada patik, apakah yang tuanku ingin patik lakukan. InsyaAllah jika ada daya, patik akan laksanakannya dengan gembira" kata pemuda tersebut.
"Beta ingin kamu memasakkan sejenis makanan yang kamu rasa terbaik untuk beta" kata Raja tersebut.
"Baiklah tuanku, akan segera patik laksanakan kehendak tuanku" kata pemuda tersebut sambil bermohon diri untuk pergi ke pasar bagi membeli segala keperluan yang diperlukan untuk memasak.
Setelah siap, pemuda itu pun mempersembahkan makanan yang dimasaknya kepada Raja. Makanan itu nampak sungguh lazat. Baginda menyantap makanan itu dengan perlahan.
"Apakah nama makanan ini? Ia sungguh lazat" tanya Raja.
"Ini sup lidah, tuanku. Saya menggunakan lidah lembu sebagai bahan utama dan berberapa jenis rempah untuk memasaknya" kata pemuda tersebut.
"Banyak lagi bahagian lembu yang lain tetapi kenapa kamu pilih lidah?" tanya Raja.
"Lidah adalah bahagian yang penting dan banyak membawa kebaikan. Kita berkata-kata menggunakan lidah. Dengan kepetahan lidah, orang yang berputus asa akan menjadi bersemangat semula, orang yang kesedihan akan menjadi gembira dan sebagainya." kata pemuda tersebut.
Raja mengangguk-anggukkan kepala. Baginda masih tidak berpuas hati. Baginda ingin menguji pemuda itu lagi. Kali ini, Raja meminta supaya pemuda tersebut memasakkan makanan yang tidak baik pula. Pemuda itu pun segera melaksanakan kehendak Raja tersebut. Apabila siap, makanan itupun dipersembahkah kepada Raja. Namun apabila terpandang makanan itu, baginda kehairanan kerana itu adalah sup lidah.
"Mengapa kamu masakkan sup lidah ini? Bukankah ini makanan terbaik yang kamu persembahkan kepada beta tempoh hari? Hari ini, kamu mengatakan ia makanan yang tidak baik pula" tanya Raja dengan wajah yang hairan.
"Tuanku, jika kita gunakan lidah secara positif, ia akan membawa banyak kebaikan dan manfaat. Namun, jika kita gunakan ia secara negatif, ia akan memberi keburukan juga. Lidah yang negatif akan membuat fitnah, mengadu domba, mengumpat dan sebagainya. Kerana pulut santan binasa, kerana lidah, rumahtangga yang harmoni pun boleh hancur, persahabatan yang akrab pun boleh berkecai, hubungan persaudaraan pun boleh putus dan macam-macam lagi" terang pemuda itu dengan penuh keyakinan.
Raja amat kagum sekali. Baginda merasakan bahawa pemuda itu adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan penasihat dalam pentadbiran negeri itu. Dan terbukti, pemuda tersebut memang mampu menjadi penasihat yang menjalankan amanah dengan adil dan bertanggungjawab.
"Dah selesai cerita saya…happy ending" kata saya sambil tersenyum.
"Pandainya kamu bercerita. Dari segi zahirnya, lidah tidaklah tajam seperti pisau. Melalui kata-kata yang diucapkan oleh lidah, jika kita tidak berhati-hati, lidah dapat menjadi 'PISAU' yang tajam. Ia boleh membuatkan teman menjadi musuh, rumahtangga hancur berkecai dan tali persaudaraan terputus. Ia juga boleh membuatkan hati terluka dan sebagainya… " kata teman saya.
"Sebab itulah, kita mesti menggunakan lidah kita dengan bijaksana dan berhati-hati. Biasakan diri dengan berkata-kata yang baik-baik dan positif sahaja. Jika tidak ada yang baik untuk diperkatakan, maka lebih baik kita diam daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia dan lebih-lebih lagi yang menyakitkan hati orang lain. Hiasi lidah dengan kebaikan, maka akan bertaburanlah kebahagiaan."
"Amboi, pandainya berfalsafah…" kata kawan saya.
Kami sama-sama ketawa dan deraian ketawa tersebut memecah kedamaian pada petang itu. Beberapa pasang mata telah memerhatikan kami dan kami beransur meninggalkan tempat pertemuan itu.

28 comments:
November 13, 2009 6:50 AM
Salam hari jumaat kak tirana..
ingtkan nk share asal usul resipi sup lidah, rupanya ada cerita di sebalik gambar sup yang best tuh...
nampak jek lidah tak tajam..tp mampu menghiris hati sehancur-hancurnya...
Cerita yang bagus untuk permulaan hari ni. InsyaAllah akan cuba menjaga lidah sebaiknya...Ok nak gerak pergi keje dulu..wasalam..
November 13, 2009 7:18 AM
betul tu..lidah..walau tak setajam mata pisau,tak setajam mata pena..namun jika menuturkan kata2 yg menyakitkan hati...boleh mengundang musibah..kerana mulut(lidah) badan boelh binasa..
justeru...basahilah lidah kita dgn zikirullah...selawat pada Rasululullah...
ucapan yg baik2 ja..
November 13, 2009 7:29 AM
Salam...
Lidah yang tercipta tanpa komponen dan sering dikatakan lidah tak bertulang tapi bahkan lebih kuat dari benda yang sangat keras.
Sebab itu di mahkamah Allah esok mulut kita dikunci agar lidah tidak mampu bercakap kerana lidah bisa berbohong
November 13, 2009 7:41 AM
like this story
cam bese
;-)
skrg ni kena jaga percakapan
sbb bnyak cakap
banyak silap
November 13, 2009 8:04 AM
lidah juga boleh digunakan untuk jilat setem.
November 13, 2009 8:55 AM
tak pernah makan sup lidah..
:)
November 13, 2009 9:45 AM
kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa!!!!
November 13, 2009 10:08 AM
Kt sini..
saya gunakan jari tuk bercakap..
kalo ada yg mnyinggung sila bagitau..
nnti saya jentik jari saya ni...
November 13, 2009 2:23 PM
Sila jgn jentik jari haha. sakit ok. sila makan sup lidah. mmg sedap. sup urat keting lagi best. Saya mcm fida gak, ingat nk bagi resipi tadi heheh.
30 tahun lg org dah tak guna lidah utk bercakap kam huhu.
November 13, 2009 2:25 PM
Salam Kak,
Melalui percakapan boleh menimbulkan pelbagai kejadian.
Buruk dan baik..
Kena hati2 dalam pertuturan..
Thanks sharing this kak..

November 13, 2009 3:22 PM
sis tirana, lembu mmg byk bahagian dia yg boleh dibuat sup/dimakan. malah telor lembu pn ada org makan.
nak rasa mcm nak pengsan masa mak suruh ayah amek benda tu time kenduri kat rumah tokwan
-_____-"
November 13, 2009 3:25 PM
lidah dan mulut,
pancaindera yang betul2 perlu dipelihara sebaiknya
November 13, 2009 4:11 PM
jaga lidah
November 13, 2009 6:43 PM
diam lebih baik drp bercakap yg sia2...setuju sangat2!
November 13, 2009 10:53 PM
suka cite ni, masing2 punya lidah :D
November 14, 2009 12:31 AM
Salam kak.Saya sebenarnya tertanya-tanya tentang kewujudan sup lidah..hehe
Jujurnya saya tak pernah jumpa pun.Alangkah baiknya kalau ada org nak belanja makan.hehehe
Teringat akan satu hadis yg maksud hadis itu ialah 2 perkara yg membawa ramai manusia ke syurga iaitu taqwa dan akhlak mulia. Dua perkara juga yg bawa ramai manusia masuk ke neraka iaitu kemaluannya dan LIDAHnya..jelas bahaya lidah~
November 14, 2009 2:08 AM
salam Sis Tirana
selembut-lembut lidah tak bertulang kalau tak jaga tutur kata... berbisa tue.. hee... ingat nak bagi resepi.. tapi sup lidah memang best... lidah klu bakar lps tue di cicah dng sambal.. adoi.. sedap.. hee..
n3 nie memang best.. pedoman bersama. terima kasih ats perkongsian..
-maiza-
November 14, 2009 7:30 AM
Ingat kan kak Tirana nak beritahu resipi buat sup lidah...haha.
Seminggu lg akak akan bercuti jd driver anak2 yea.....selamat bercuti kak. Jgn lupa update blog dgn cerita2 yg lebih bermanfaat.
November 14, 2009 9:53 AM
Kak Tirana,
Dalam suasana hari ini, sup "lidah" mungkin tak berapa sesuai.
Blogger seumpama kak banyak menulis, dan jarang menggunakan medium lisan.
Tapi cerita ini memberi kredit kepada manusia yang menggunakan akal.
Jika guna akal yang kemudiannya dizahirkan melalui lisan atau perbuatan, natijahnya ialah kebaikan seluruh ummah.
Salam.
November 14, 2009 10:01 AM
Itu cerita yang menarik yang asalnya dari kisah sup... :)
November 14, 2009 10:11 AM
salam hormat kepada tirana,
'sesungguhnya setiap ucapan yang hadir di hujung lidah itu datangya dari HATI,
'dan sesungguhnya setiap perbuatan atau perlakuan yang hadirnya di hujung jari itu juga datangnya dari HATI,
HATI.... wallahualam,
salam hormat,
salam penuh kasih dan sayang,
p.s:
nice music, thank you for sharing, nice writing, thank you for caring,
'sharing is caring'
you have a very good heart.
November 14, 2009 12:30 PM
sup ekor boleh tahan lagi ler.. tertelan kat tekak ni.. best woo
tapi sup lidah.. aderkkk..
juga sup babat dan pipi.. adeerkkk..
minta maaf ajelah yea.. huhuhu
November 14, 2009 4:33 PM
kat blog ni tak guna lidah..kalau gune pun utk mengunyah makanan sambil menaip hehe..
jari ler jadi pengganti..silap je taip..tajammnye bahasa tu seperti pisau jugak..boleh menghiris hati org lain tanpa kita sedarkan..
contoh masa saya dapat kutukan dlm shoutmix saya dulu tu hehe..
November 14, 2009 6:55 PM
Kata-kata memang memberi kesan kepada pendengarnya. Kerana itu lebih baik kita berdiam dari mengeluarkan kata-kata negatif.
Gulai lidah pun sedap tau!
November 14, 2009 9:34 PM
Salam Tirana..
ermmm... Berdiam diri... bukan mengalah, tetapi lebih bermanfaat .
November 14, 2009 9:47 PM
Salam Akak Tirana....
Kene pelihara lidah dan mulut agar tiada hati yg terguris.
:)
*Akak Tirana sihat ke?? :)
November 14, 2009 10:51 PM
Salam,
lidah itu milik-Nya.
klu salah digunakan,habislah diri ini kelak.
Post a Comment