Saya, anak-anak dan cuti sekolah...

Sunday, November 08, 2009





Dalam masa lebih kurang dua minggu lagi, sekolah akan mula bercuti. Dan dalam masa dua minggu juga, suami saya akan berangkat ke Melbourne. Dia akan bertugas sebagai 'examiner' selama seminggu di Monash University. Dan saya, dalam masa dua minggu lagi boleh 'bercuti' dari menjadi driver. Bila mengingatkan perkara itu, rasa sedikit lega kerana tidak perlu terkejar-kejar di waktu pagi dan di waktu tengahari.


Bercuti jadi driver, tidak semestinya saya tidak sibuk. Otak saya sejak dua tiga hari ini ligat berfikir serta merancang aktiviti yang wajar saya dan anak-anak lakukan ketika cuti panjang nanti. Yang pastinya, saya kena 'reschedule' time table dan plan kerja saya.. hehehe..bunyi macam kerja ofis pulak padahal surirumah aje. 'Effective housewife' mesti ada plan kerja sama seperti mereka yang bekerja di luar. Jika tidak ada rancangan kerja, itu yang kita selalu nampak surirumah berkumpul pagi dan petang di hujung jalan untuk 'meeting' yang tidak rasmi. Bila tidak ada jadual harian, terdengarlah keluhan demi keluhan 'bosan' kononnya tidak ada benda yang nak dibuat.


Cuti sekolah nanti, saya telah merancang untuk menghabiskan masa yang lebih dengan anak-anak saya, bantu mereka mengulangkaji pelajaran, bantu mereka mencari kemahiran hidup serta mendidik mereka asas-asas agama secara teori dan praktikal. Dan termasuk dalam plan ialah riadah bersama mereka untuk perkembangan fizikal. Rancangan itu nampaknya seperti formal tetapi praktikalnya tidak semestinya formal. Kemahiran hidup, kecekapan minda dan asas-asas agama boleh diterapkan secara tidak formal. Anak-anak kita mungkin sudah diajar secara formal di sekolah, jika di rumah juga mereka dididik secara formal, itu boleh membuatkan mereka bosan. Sambil memasak di dapur, sambil kita mencuci pakaian, sambil kita vacum habuk, pendek kata dalam semua aktiviti 'housework' yang kita lakukan, kita boleh memberi peluang kepada anak-anak untuk meningkatkan taraf kecekapan minda mereka, memahirkan mereka dalam 'life skill' dan mencorakkan sahsiah diri mereka sebagai seorang Islam. Syaratnya ibu atau bapa kena aktif dan kreatif memainkan peranan, tahu apa yang mereka perlu lakukan serta beristiqamah. Aktiviti yang kreatif akan menimbulkan keseronokan kepada anak-anak terutama pada mereka yang masih di peringkat sekolah rendah.


Saya pernah bagi contoh sebelum ini iaitu ketika kita sebagai ibu memasak di dapur, 'involve' kan sekali anak-anak kerana banyak perkara yang boleh dipelajari oleh anak-anak kita dari proses memasak. Mereka akan dapat meluaskan pengetahuan mereka tentang sains, matematik dan bahasa. Itu dari segi perkembangan minda. Dari segi emosi, mereka merasa gembira dan dihargai kerana diberi kepercayaan untuk handle sesuatu tugas seperti memotong bawang umpamanya. Proses memotong bawang juga boleh mengembangkan kemahiran motor halus (fine motor skill - physical development). Dari situ juga, kita boleh menerap nilai-nilai dan ajaran Islam seperti membaca 'bismillah' sebelum melakukan sesuatu kerja dan bersyukur (alhamdulillah) dengan rezeki makanan yang kita dapat. Lihat, begitu mudah bagi kita mencipta satu situasi pembelajaran secara tidak formal untuk anak-anak kita. Mereka tidak perlu duduk di kerusi, menghadap meja, yang saya kira, kita sendiri pun letih melihat buku-buku yang bersusun menyamai ketinggian mereka sendiri.  Namun mereka perlu juga mengulangkaji pelajaran secara formal tapi bukan 24 jam menghadap meja dan buku.


Jika kita tidak merancang masa cuti ini dengan teliti, besar kemungkinan akan terjadi pembaziran masa kita dan juga masa anak-anak kita. Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi jadi kita kena rebut peluang ketika ia datang. Dan saya sendiri, nampaknya masa cuti nanti, kena kurangkan aktiviti blogging dan juga facebooking di sebelah siang untuk memberi lebih tumpuan kepada anak-anak saya. Di sebelah malam pula, mungkin saya kena dapatkan rehat yang cukup untuk aktif di sebelah siang. Ini bukanlah bermakna saya akan berhenti terus dari menulis. InsyaAllah akan ada entri di blog ini cuma tidak sekerap selalu dan mungkin juga disulami dengan entri dari co author saya. Ini semua bergantung kepada keadaan dan keupayaan saya. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan kemudahan dalam urusan saya dan urusan kita semua..insyaAllah.



33 comments:

Afida Anuar said...

Besttnyer budak2 cuti sekolah! Orang tua ni takde pulak istilah cuti kerja(cuti dalam waktu yg lama)...huhuhuu.

Ada satu time cuti sekolah tu,mak ajar fida siang ikan,ayam.. masak ...sonoknye bila teringat masa yg di spend bersama ibu tercinta di dapur...

Tirana said...

Fida..

Anak-anak suka kalau ibu bapa spend masa dengan mereka. Kak tirana dulu pun macam Fida..waktu cuti sekolah macam-macam belajar dari mak.

Zyma Saad said...

Bestnyerrrr bila cuti sekolah nanti. Masa tu la boleh pegi jalan2 dgn family...

:)Akak Tirana, take care ye...

Brahim Nyior said...

Salam, Kak tak ikut sama ke Ostolia?

Hehehehe...

Takpelah, kak.

Pepatah Melayu: Sayang isteri, tinggal-tinggalkan; sayang anak, tangan-tangankan..

Tirana said...

Zyma tak susah..bila2 teringin nak pi makan angin, boleh pergi on the spot..hehehe..tak payah tunggu cuti sekolah pun boleh pi..Bila nak pergi ke hatyai?

Tirana said...

Cikgu Izuddin..

Tak ikutlah gayanya..seminggu aje dia pergi.. Tak berbaloi dengan tambang..Nak amik cuti lama, nanti raya haji nak balik kampung..hehehe

ni lah masa yg sngt sesuai untuk bersama anak2...kualiti time is better than kuantiti time...

ONE ZABA said...

dalam banyak-banyak yang dirancang tu....ada tak rancangan nak naik gunung ni?

zai said...

Salam Tirana..

Zai sendiri dah mula rasa tertekan bila fikir anak2 akan mula bercuti sedangkan zai adalah ibu yang bekerja dan tiada pembantu dirumah pula..

Zaman sekarang zaman yg sangat mencabar terlalu banyak perkara yg mudah mempengaruhi pemikiran anak2 bukan sahaja kawan2 malah internet juga salah satu puncanya..Hanya doa dititipkan mudah2an mereka sentiasa terpelihara dari segala perkara yng tidak elok..

Teringin benar ingin menjadi seorang suri rumah sepenuh masa dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga tapi apakan daya belum tiba waktunya..

a kl citizen said...

assalammualaikum

saya pun tak sabar nak bercuti

Abd Razak said...

assalamualaikum...:)

Selamat bercuti dan semoga Allah permudahkan perjalanan akak & suami ke sana

AiE bAhRi said...

Salam kak, wah..akak dh plan ya..Nak iut gak la ativiti tu ngn anak2 akak.Rasa serono je perancangan yg akak buat tu...

ZOOL@TOD said...

Selamat bercuti buat ibu dan isteri mithali.

HASNAH said...

Salam kak..mmg betul la bebudak bercuti...kita pun bercuti jugak tapi pada namanya aje...macam yg kak tirana bagitau tu la...bila musim cuti...tugas rasmi kt skolah je tak buat...kt umah berlambak...

tinta kasturi said...

salam kak,

bertuah suami dan anak,
dapat suri rumah profesional.
semoga bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.

ain said...

sy pun dh mcm2 plan nak buat cuti sek ni nanti, anak yg tua nk masuk advance swimming lesson, nak masukkan kelas piano dan nak carikan one to one tutor utk subject add math. dlm masa yg sama gak, saya nak pi visit hubby kat qatar. rasanya mcm terkejar2 ngan waktu je nanti.

ikan emas said...

semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah...
best dpt ibu mcm nie yer!

salam Kak Tirana~

Zara pula kena pergi ke sekolah~

T___T

ASYIQ said...

Kak Tirana,

Suka dgn cara akak...semua kena plan awal2 kan? Mmg ibu yg baik.

Saya setuju dgn pandangan akak bhw anak2 kita sentiasa belajar dr kehidupan dia. Sy pun suka libatkan dua orang anak dara ketika berada di dapur. Kesannya mereka boleh melakukannya sendiri ketika terdesak atau ketika saya berkursus. Lg pun mereka enjoy melakukannya. Pizza pn mereka dh pandai buat sendiri. Cuma kita pantau pd alat elektrik yg digunakan utk keselamatan semua.

Baru2 ni kak long msk pertandingan memasak semasa Prog Slps PMR dan kuew tiau tomyamnya menang. Suka dia! Tak ke mana anak perempuan kalau tidak ke dapur akhirnya.

Balik kg di Parit Buntar ke akak?

maiyah said...

cuti skolah time nak abihkan masa brsama :)

arryani said...

saya pulak baru nk pikir camner nk pnuhkan jadual waktu cuti nnti...hehe

Kamsiah said...

dok plan nak suruh anak sulung amik lesen keta cuti ni,smtara tunggu result SPM

sop said...

waktu cuti paling best, jalan clear, kerja kat opis pun dah reda sket. dulu masa jadi cikgu, mmg cuti mengajar ttp bertugas jaga anak la plak... best nyer cuti...

MaizaC'Joe said...

Salam Sis Tirana

cuti sekolah memang best.. dulu.. tp sekarang susahnya nak cuti.. weekend aja la.. end of the year.. nak bercuti panjang sikit.. rehatkan diri dan minda.. sekarang beri tumpuan kerja ofis masih bertimbun2 kena siapkan projek... jng harap la cuti.. lupakan dulu.. apa2 pun selamat bercuti sis.. wa.. bestnya..

-maiza-

zureen @ mama said...

Zureen pun tak sabar menunggu cuti sekolah kali ini....

Nak start buat perancangan mcm Kak Tirana jugalah..

hai said...

setiap kali cuti sekolah akan bermula, atuk di kampong dah mula menalifon anak2 saya...dan begitulah selalunya anak2 akan menghabiskan cuti dengan keluarga atuknya!!

Nazra~ said...

sis tirana, mesti bebudak tu semua best kan. ye lah cuti lama, dpt mkn kenduri kahwin yg mesti lah byk time cuti tu

:D

Suzi said...

bagus ada plan...masa tak habis macam tu je...
kat sini lagi sebulan baru cuti...plan sy jalan2lah kot, lepas ni bukan senang dah sampai sini pulak....berkemas pun satu hal...

Cikgu Adham said...

slm..
heh heh x sabar rasanya nk bercuti pjg ni heh heh

abu muaz said...

terima kasih cikgu rumahtangga penuh masa. anda banyak memberi ilmu untuk dicuba waktu cuti nanti.

kak anie said...

Cuti sekolah kali ini akak belum merancang apa2 lagi...tapi yang pasti akak akan terus berulang alik ke Melaka...sebab cik abang di sana...dan hari2 yang lain si kecik akak tetap bersekolah agama...

Tips2 yang Tirana berikan cukup bagus untuk dipraktikkan...

kin hashim said...

selamat 'beristirehat' bersama anak2 kak :).

akak, bagus la bc tips akak pasal informal learning utk anak2 tu..
nak praktik jugak ni..
thanks vm..

Leave your words...

 
 
 
 
Copyright © The Precious Moment