Wednesday, November 18, 2009

Daun-daun berguguran...


Gambar hiasan dari Fair Play Camp School


"Ibu, penatlah buat kerja ni. Hari-hari kena menyapu daun-daun kering ni. Hari ini sapu, esok ada lagi dan kena sapu lagi. Ada tak cara supaya kita tak payah sapu daun-daun yang gugur ini setiap hari?" Amar merungut kepada ibunya ketika kedua beranak itu sedang membersihkan kawasan di sekeliling rumah mereka.


"Ada, kita tebang saja ke semua pokok-pokok yang ada ni, bila tak ada pokok, tak adalah daun-daun kering yang gugur, bila tak ada daun-daun yang gugur, Amar tak payah susah-susah menyapu lagi" kata Puan Yati, ibu Amar.


"Sayanglah nak tebang semua pokok-pokok hijau ni. Warna hijau menyejukkan mata memandang. Dan lagi pokok-pokok ini membekalkan oksigen kepada kita" kata Amar kepada ibunya.


"Tahu pun. Habis tu kenapa merungut bila kena sapu daun-daun yang gugur tu?" tanya Puan Yati.


"Penat lah ibu..bosan pun ye jugak. Asyik buat kerja yang sama aje setiap petang. Sekarang ni pulak musim gugur..banyak sungguh daun yang perlu disapu ni" kata Amar yang berusia 10 tahun.


"Lebih baik daripada Amar terperap aje kat dalam bilik tu menghadap komputer. Sekurang-kurangnya dengan menyapu daun-daun kering ni, dapat juga peluh tu keluar dan badan pun jadi sihat" kata ibu Yati.


Amar terdiam mendengar kata-kata ibunya. Lama dia berfikir. Akhirnya dia bersuara.


"Bagaimana kalau kita goncangkan setiap pokok ini supaya semua daun-daun yang kering tu gugur hari ini. Esok tentu dah tak ada daun-daun kering yang akan gugur, bermakna saya tak payah menyapu untuk esok" kata Amar kepada ibunya.


"Cubalah lakukan idea kamu itu. Jika kamu bernasib baik, kamu boleh berehat esok, tak payah menyapu" kata Puan Yati sambil tersenyum.


Amar pun menggoncang dahan-dahan setiap pokok untuk menggugurkan daun-daun yang kering. Hatinya berbunga riang bila mengingatkan bahawa dia boleh berehat daripada menyapu esok. Malam itu dia tidur dengan nyenyak dan gembira sekali.


Keesokan pagi, apabila terjaga daripada tidur, Amar meninjau keluar melalui tingkap biliknya. Harapannya untuk berehat daripada menyapu hari itu rupanya hampa belaka setelah dia melihat halaman rumahnya kembali dipenuhi oleh daun-daun kering yang gugur malam tadi. Dia bersarapan pada pagi itu dengan wajah yang muram sekali. Ibunya telah dapat mengagak kenapa anak lelakinya itu kelihatan sugul sahaja pada pagi itu.


"Amar, musim gugur adalah fenomena alam. Walau sekeras mana pun kamu bekerja menyapu daun-daun itu hari ini, esok hari akan tetap ada lagi daun-daun yang gugur. Kita tidak mampu mengubah dan menentang fenomena alam yang Allah telah tentukan. Justeru, jangan merasa kecewa kerana terpaksa menyapu setiap hari. Kita wajar menikmati setiap kerja kita dengan hati yang senang walaupun setiap hari kita harus melakukannya. Dengan menerima dan redha, kita tidak akan merasakan ianya sebagai satu beban yang terpaksa kita galas malah kita akan merasa gembira membuatnya" kata Puan Yati.


Seandainya kita bekerja dengan terpaksa dan hati yang tidak gembira, maka semua pekerjaan yang kita lakukan akan terasa berat dan mudah timbul perasaan bosan walaupun kerja itu sebenarnya tidaklah terlalu susah untuk dilakukan. Jika kita mampu menikmati pekerjaan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, maka setiap hari pasti menjadi hari kerja yang membahagiakan dan setiap besok menjadi harapan yang mengghairahkan. Bekerja dengan hati yang ikhlas adalah menjadi satu ibadah kepada kita dan sudah tentu kita akan mendapat ganjaran daripadanya.


Selesaikan pekerjaan hari ini dengan baik kerana besok masih ada pekerjaan baru yang harus diselesaikan.

18 comments:

  1. kerja bertangguh memang tak menjadi..harus sentiasa berfikiran positif bahawa setiap hari yg dilalui adalah hari2 yg terbaik dalam hidup sbg srg insan dan sentiasa bersyukur kpd Allah yg memberi peluang utk kita terus hidup dan beribadat.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Jauhkan diri daripada memberi alasan dan tanamkan serius dalam melakukan satu-satu tugas.

    ReplyDelete
  3. ada benda kita kena buat walpon terpksa

    terpaksa boleh ditukar dngn sukarela

    baru ada feel

    ReplyDelete
  4. Tirana,
    Koi no komen sebab koi tengah menganggurkan diri..kuikui

    ReplyDelete
  5. kdg2 saya pun merungut asyik kena buat perkara yg sama berulang2 tp ada tikanya saya tefikir yg perkara mmg tak boleh dielakkan. so kena la train minda utk menyukainya.hihi

    ReplyDelete
  6. Sya dulu pun mcm amar.

    Terus xsapu dan daun2 itu reput dengan sendiri. hehe.

    ReplyDelete
  7. Selalu zureen mencuba utk tidak stress..kdg2 gagal juga mengawalnya...hmmm..

    ReplyDelete
  8. huh...bila makin tak larat ni..keje yg senang pun macam susah je nak buat hehe..

    ReplyDelete
  9. "Seandainya kita bekerja dengan terpaksa dan hati yang tidak gembira, maka semua pekerjaan yang kita lakukan akan terasa berat dan mudah timbul perasaan bosan walaupun kerja itu sebenarnya tidaklah terlalu susah untuk dilakukan."

    Frasa ini amat penting bagi seorang pendidik. Kalau setakat nak jadi pendidik 25hb (tunggu gaji je) baik berhenti sekarang juga. Dalam menyampaikan ilmu kena ikhlas dan bertanggung jawab.

    Kalau tidak anda akan menjadi pendidik yang akan "menyusahkan" semua orang.

    ReplyDelete
  10. Ada yang menjadikan kerja membersih sampah ini sebagai sumber rezekinya

    ReplyDelete
  11. ikhlas akan menguntungkan kita juga sbb hati akan tenang bila hati tenang minda akan ceria :)

    ReplyDelete
  12. Hakikatnya kita ulang perbuatan yg sama/rutin yg sama berthn2....sepjg usia kita.

    Sy jg pernah merasakan apa yg Amar rasa, habis buat kerja rumah hati menjadi lapang ttp esoknya rutin yg sama akan diulang semula.

    Mulalah kekadang timbul rasa jemu.

    Tapi kalau kita buat dgn gembira dan ikhlas mungkin keesokkan harinya kita akan gembira jg seperti hari ini.

    Dlm hidup tiada byk pilihan kecuali kita tempuh segalanya dengan ikhlas dan gembira.

    ReplyDelete
  13. Hikmah Tuhan kasi daun gugur. Ada orang boleh cari makan dengan menyapu.

    InsyaAllah akan cuba menyiapkan apa jua kerja yang perlu disiapkan hari ni..owhh tak iron baju lagi!..hehehe

    ReplyDelete
  14. iyalah...ibadah bukan sekadar solat sahaja.bekerja juga ibadah,cuma jika betul caranya =)

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum

    nak mengikhlaskan hati dalam membuat kerja tu perlukan latihan hati sebenarnya

    ReplyDelete
  16. Salam Sis Tirana

    ikhlas hati memang perlu sangat.. apatah lg nak buat sesuatu kena ikhlas br la tak rasa letih, penat.. rasa gembira.. best ja.. klu krj trtangguh maiza la tue.. tp last2 siap jg.. terukkan.. hee..

    -maiza-

    ReplyDelete
  17. Salam Sis,

    "Selesaikan pekerjaan hari ini dengan baik kerana besok masih ada pekerjaan baru yang harus diselesaikan.."

    Thanks Kak..

    Nasihat yang penuh makna..

    *insafnya..

    ReplyDelete