Gambar hiasan dari Rebstock Design
Pasangan suami isteri Mr dan Mirs Smith bercadang untuk mengadakan 'jualan garaj'. Anak-anak mereka sudah besar dan tidak tinggal bersama mereka. Banyak barang-barang yang sudah tidak diperlukan lagi justeru mereka fikir lebih baik barang-barang itu dijualkan sahaja daripada menyemak di ruang loteng rumah mereka. Mereka mengumpulkan semua barang-barang yang hendak dan boleh dijual.
Jualan garaj itu diadakan pada hari minggu untuk membolehkan pengunjung yang bekerja datang meninjau. Pasangan suami isteri itu tidak menyangka sama sekali jualan garaj itu mendapat sambutan yang amat baik. Hampir ke semua barang-barang yang dipamerkan telah habis terjual.
Di antara banyak barang-barang di situ, ada sebuah cermin yang agak besar. Cerminnya masih elok, tidak retak dan tidak sumbing cuma bingkainya sahaja yang kelihatan kusam. Kekusaman bingkai itu menyebabkan tidak ramai pengunjung yang tertarik untuk membeli cermin tersebut. Itulah sahaja barang yang masih belum terjual.
Tiba-tiba ada seorang pemuda datang bertanyakan harga cermin berbingkai kusam tersebut. Pasangan Mr dan Mr Smith berpandangan di antara satu sama lain. Mereka tidak pasti berapakah harga yang patut diletakkan untuk cermin itu. Akhirnya mereka bersetuju untuk meletakkan harta satu dolar. Pemuda itu kelihatan gembira.
"Bolehkah saya melihat-lihat dan menyentuh cermin ini terlebih dahulu" tanya pemuda tersebut.
"Sudah tentu. Silakan" kata Mr Smith.
Pemuda itu mengelap cermin yang kelihatan sedikit berhabuk dengan sehelai tuala kecil. Selepas itu dia menggilap pula bingkai kusam itu. Bingkai yang kusam itu menampakkan cahaya yang berkilau. Rupanya di sebalik kekusaman itu terselindung kilauan emas. Ya, bingkai cermin itu diperbuat daripada emas. Pemuda itu akhirnya bersetuju untuk membeli cermin tersebut dengan harga yang telah ditawarkan. Pasangan Smith menelan air liur melihat cermin yang berkilau tersebut. Mereka hanya mampu memandang kepada cermin yang dibawa pergi oleh pemuda tersebut.
Marilah kita mengambil sedikit pengajaran daripada kisah di atas. Kadang-kadang kita merasa hidup ini amat kusam dan membosankan, tidak seindah yang kita inginkan. Hari-hari kita dipenuhi dengan rutin yang sama - bangun pagi, pergi kerja, pulang ke rumah, tidur dan esoknya bangun lagi, pergi kerja, pulang ke rumah dan tidur. Itulah yang kita lakukan hampir setiap hari.
Sama halnya dengan pasangan Mr dan Mrs Smith. Mereka hanya melihat kekusaman daripada bingkai cermin itu dan tidak cantik untuk di gantung di dinding rumah. Maka mereka tempatkan cermin tersebut di ruang loteng rumah sehinggalah cermin itu dijual kepada seseorang yang tahu menilai bahawa di sebalik lapisan kusam itu, terselindung warna emas yang berkilau.
Rutin harian yang kita pandang sebagai sesuatu yang membosankan sebenarnya memperkayakan kita dengan seribu kebaikan dan pengalaman. Setiap detik dan saat yang kita lewati dan jalani hanya akan berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup kita. Setiap detik itu adalah pemberian Allah kepada kita yang terkandung pelbagai rahmat dan nikmat. Justeru, wajarkah kita mensia-siakannya begitu sahaja dengan rasa bosan dan tidak bersemangat? Adakah kita ingin menjadi seperti pasangan Smith yang hanya menyedari nilai cermin itu setelah cermin itu dibawa pergi?
Justeru, marilah kita membuang pandangan yang memerhati bahawa hidup ini hanyalah merupakan rutin yang membosankan. Gosok dan gilaplah kekusaman rutin tersebut untuk mencari kilauan nikmat dan rahmat di sebaliknya agar hidup kita menjadi lebih indah dan lebih bersemangat. Carilah sesuatu yang baru dan buatlah perbezaan!

19 comments:
November 4, 2009 6:23 AM
Salam...:)
Sebegitulah lumrahnya manusia..
terkdg apa yg di dpn kita hanya di pandang seblh mata...namun
setlh ia hilang..kita kan mula menghargainya..dan terasa akan kehilangannya....
November 4, 2009 7:29 AM
Salam Tirana..
Setuju dengan kartini, Itulah yang banyak berlaku didalam kehidupan kita..kadang2 kita kurang menghargai seseorang yg sebenarnya sangat penting dalam hidup kita kerana tidak nampak kebaikannya ketika bersama tetapi setelah kehilangan baru terkesan dan terkedu dan menyedari bahawa sebenarnya selama ini insan itu merupakan orang yang sangat penting dalam hidup kita.
November 4, 2009 7:48 AM
pasangan itu sekadar mampu gosok dahi je la......
November 4, 2009 7:54 AM
bukan senang nak buang kekusaman dlm hidup!!! nak kena switch minda supaya lebh positif dlm hidup!!
lately, my days a bit kusam sbb teringat org jauh.isk..isk...!!!!
November 4, 2009 8:06 AM
puan.
kekusaman dan penafsiran.
...............
kerana kadang2 sudah dizahirkan fitrah kita secara praktikalnya suka membuat tafsiran berdasarkan apa yg kita nampak...
adakah apa yg kita nampak tu betul !
November 4, 2009 8:10 AM
Kak, berapa lama dah melayari hidup berumah tangga dengan suami tersayang? Tentu kesabaran menjadi pendinding.
Selalu kita dengar lelaki kawen dua beri alasan: Isteri dah tak seperti dulu, masakan sama setiap masa, tak pandai bersolek dsb.
Bagi isteri yang curang pulak, begitulah alasannya.
Alasan klise, tapi hakikatnya mereka tak menghargai kehidupan bersama pasangan seperti mana Mr. dan Mrs Smith yang melelong bingkai cermin emasnya.
November 4, 2009 9:13 AM
Pengajaran yg harus dijadikan iktibar...kusam tidak bermakna tidak berharga...
November 4, 2009 9:20 AM
Salam Kak,
kadang terasa 'malas' dengan rutin harian..
rasa tak bersemangat.. :(
November 4, 2009 1:45 PM
salam kak,
terima kasih atas kata semangat ini :)
Baca blog akk mmg beri ayu inspirasi >_<
November 4, 2009 2:25 PM
mati sekali... hidup dua kali
November 4, 2009 3:48 PM
Yang buruk tu jangan disangka buruk..
belum tentu yang cantik itu cantik..
November 4, 2009 5:04 PM
menarik . sesuai untuk dijadikan bahan motivasi anak-anak remaja kini yang mudah bosan.
November 4, 2009 6:36 PM
thanks..artikel yg sgt menarik
sbb terkadang saya jugak merasa begitu
bosan dgn rutin yg sama tiap hari...
November 4, 2009 6:37 PM
memang bosan dengan rutin yang sama setiap hari namun dengan dikelilingi teman2 seperjuangan..ibarat kilauan emas mereka menerangi hari-hari ku yang suram..;)
November 4, 2009 8:48 PM
kalo ikutkan hdp sy mmg akan slalu bosan, tapi sy trpaksa terima dan cari cara sendiri utk wat diri sy ceria :)
November 4, 2009 9:08 PM
lumrah perjalanan hidup kak. Kita jarang menghargai apa yang kita sekarang....
sungguh memberi iktibar
November 4, 2009 9:22 PM
assalammualaikum tirana
gitulah kita,...
dah hilang baru teringat2...
dah tak ada barulah termimpi2
November 4, 2009 11:02 PM
Pernah jugak terdetik bosan bila hari2 pegi keje..balik ...tido..bangun..pergi keje lagi... buat benda yang sama setiap hari...rupanya mmg ada benda bernilai di sebaliknya..
Kak Tirana.. terima kasih...
November 4, 2009 11:34 PM
salam kak.Syukur Allah temukan sy dgn artikel ni.Sesungguhnya sy bukanlah tua seperti psanagan smith itu,tapi sy sdg mengalami masalah yg sama!hidup yg pudar rasanya...InsyaAllah akan ada perubahan di hari-hari yg mendatang.terima kasih ats motivasi ini~
Post a Comment