A Lesson from Geese


Bola semangat...

Posted by Tirana | Thursday, November 05, 2009 | | 7 comments »

 
 

 gambar hiasan daripada ScoutBase UK
 
 
Kehidupan ini boleh diibaratkan seperti kita bermain "juggling". Kita melambungkan lima biji bola ke udara. Bayangkan ketangkasan yang kita perlukan untuk menyambut bola-bola itu silih berganti agar bola-bola itu tidak jatuh ke tanah.


Empat daripada bola itu diperbuat daripada kaca manakala yang sebiji lagi diperbuat daripada getah. Bola kaca itu melambangkan semangat, keluarga, kesihatan dan sahabat sementara bola getah itu melambangkan pekerjaan.


Apakah yang akan terjadi andainya kita gagal menyambut bola-bola itu dalam permainan tersebut? Bola-bola tersebut akan jatuh bergelimpangan ke tanah. Apakah yang akan terjadi jika bola-bola KACA itu jatuh ke tanah? Besar sekali kemungkinannya yang bola-bola tersebut akan pecah berderai. Jika tidak hancur berderai sekalipun, tentu ia akan terguris atau sumbing di mana-mana. Apakah pula yang akan terjadi jika bola GETAH jatuh ke tanah. Ya, bola getah tersebut akan melantun-lantun pada setiap kali jatuhan. Adakala lantunan itu tinggi ke udara.


Bolehkah kita gambarkan jika semangat seseorang itu jatuh dan hancur berkecai? Bukan mudah untuk memulihkannya kembali. Ia memerlukan masa yang agak panjang untuk mengubatinya. Sama juga keadaannya dengan keluarga  yang berpecah-belah, suami isteri yang bercerai, begitu sulit untuk dipersatukan semula. Hati pasangan atau anak-anak yang terguris sulit untuk disembuhkan. Walaupun lukanya telah kering tetapi parutnya tetap ada. Kesihatan kita juga begitu. Bukan mudah untuk mengubati penyakit-penyakit kronik yang telah menghinggapi tubuh kita seperti diebetis, HBP, kanser dan sebagainya. Sebab itulah kita disarankan menjaga kesihatan sebaik mungkin kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Sahabat kita juga begitu. Sekali hatinya terasa, sekali hatinya terluka, kita memerlukan masa memulihkan keadaan. Kadang-kadang mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk memujuk malah ada yang terus 'berpatah arang berkerat rotan'.


Namun yang terlebih parah adalah jika seseorang mengalami kejatuhan BOLA SEMANGAT. Bola semangat ini menjadi bola utama yang perlu kita jaga betul-betul agar tidak jatuh. Selagi semangat masih ada walau kita kehilangan pekerjaan sekalipun, kita masih mampu hidup. Dengan semangat, kita masih mampu memotivasikan diri untuk melantun seperti bola getah malah lantunan itu mungkin akan menjadi lebih tinggi daripada biasa.


Bagaimana caranya untuk menjaga bola semangat ini daripada terjatuh? Fokus kepadanya setiap kali kita melambungkannya ke udara. Beri suntikan IMAN, KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN yang jitu kepadanya agar ia menjadi lebih kuat dan tegap. Jika ia jatuh sekalipun, ia tidak mudah pecah. Jika ia tergores atau tersumbing juga, ia akan mudah dibetulkan semula. Ingatlah, kehancuran bola semangat ini akan membawa kepada kehancuran kepada bola-bola yang lain.


Bookmark and Share

7 comments

  1. ONE ZABA // November 5, 2009 8:30 AM  

    Kelantan bagi cuti kepada rakyatnya semata-mata nak bagi mereka pergi nonton bola final...itu baru betul punya semangat.

  2. Abd Razak // November 5, 2009 8:37 AM  

    Salam...

    Iman kena jitu dan dari kekuatan itu membentuk kepercayaan dan keyakinan seterusnya dibuktikan dgn amalan-amalan ibadah harian, dan dgn itu Islam selayaknya menjadi cara hidup termasuklah semangat, kesihatan, keluarga, sahabat dan sebagainya.

  3. Sasha // November 5, 2009 9:40 AM  

    5 perkara yg akak mention tu mmg penting... & semuanya akan berkait2 antra satu sama lain... mcm chain reaction..

    Sha harap2 dpt jd mcm bola getah... setakat ni bola Sha masih elok... kuat semangat sbb ada byk nikmat lain yg perlu disyukuri...

  4. Kamsiah // November 5, 2009 11:35 AM  

    org2 terdekat memainkan peranan utk memulihkan/memberi semangat dan dorongan..
    suami/isteri/anak2/keluarga..
    jgn biarkan seseorang yg 'hilang semangat'nya menghadapinya berseorangan...

  5. rossizam // November 5, 2009 12:33 PM  

    semoga bola2 ros tidak jatuh pecah berderai..setakat ini masih dapat dilambung dan disambut dengan baik

  6. Nazra~ // November 6, 2009 10:37 AM  

    ni ada kaitan ngan lawan bola sepak Piala Malaysia ka, sis tirana?

    :D

  7. iqbalsyarie // November 14, 2009 11:46 AM  

    Salam kak.adui..maaf sebab baru harini saya dpat baca post ni.Menarik dan bermanfaat sekali kak...

    'Bola' semangat ni mmg penting bagi manusia...

Join me at

Leave your messages here...

Visitor Map

Relaxing Music