Friday, September 04, 2009

Sistem Pernafasan Manusia

Senaman meningkat toleran paru-paru dan pendidikan tentang penjagaan paru-paru penting bagi mengekal sistem pernafasan.



MANUSIA dewasa memerlukan 95 peratus pernafasan oksigen di dalam darah yang disedut bagi membolehkan sistem badan manusia berfungsi dengan normal.


Pernafasan penting bagi tujuan pembentukan tenaga hasil daripada metabolisme makanan. Pernafasan juga adalah sebahagian komponen yang membentuk tisu-tisu badan manusia. Pernafasan juga membantu memulihkan tisu-tisu yang cedera dan mengelakkan penyakit dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan otak untuk berfikir dan sebagainya


Sistem pernafasan memain peranan utama dalam menentukan tisu badan manusia menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan mengeluarkan hasil metabolisme tisu-tisu seperti karbon dioksida keluar dari badan manusia. Ini dapat mengekalkan sistem peredaran darah manusia mempunyai kandungan udara (Arterial Blood Gases) yang diperlukan serta mengekalkan keadaan pH darah yang normal iaitu lingkungan 7.35 hingga 7.45. Sistem pernafasan dan proses metabolisme badan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan menyeimbangkan kandungan udara di dalam darah dan pH darah supaya sentiasa berkeadaan normal.


Keadaan ini membantu sistem badan manusia berfungsi pada tahap yang optimum dan mengelakkan daripada kekurangan oksigen didalam sistem peredaran darah atau dikenali sebagai hypoxemia dimana jika ia tidak dirawat dengan segera ia boleh menyebabkan:
  • Peningkatan bilangan pernafasan (Tachypnoea)
  • Kesusahan bernafas (Dyspnoea)
  • Peningkatan bilangan degupan jantung (Tachycardia)
  • Kebiruan pada kulit (Cyanosis)
  • Keresahan (Restlessness)
  • Kelemahan otot pernafasan (Respiratory muscle weakness)
  • Hilang kesedaran diri (Confusion and Coma)


Fungsi sistem pernafasan boleh diganggu oleh penyakit-penyakit seperti influenza, radang paru-paru, asma, patah tulang rusuk, kecacatan rongga torak dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan menganggu ventilasi dan pertukaran gas-gas pada peringkat alveoli menyebabkan saluran pernafasan sempit atau dikenali sebagai Obstructive Syndrome yang disebabkan inflamasi, kontraksi (spasm) otot-otot lembut dan peningkatan cecair rongga pernafasan (lungs secretion).


Rasa ketat pada tisu paru-paru dan rongga torak atau dikenali sebagai Restrictive Syndrome juga bakal berlaku. Kelemahan otot pernafasan ini menyebabkan ventilasi udara menjadi tidak efisien dan menggunakan banyak tenaga. Ini meningkatkan kerja otot pernafasan yang sekali gus boleh menyebabkan kepenatan dan kelemahan otot pernafasan.


Justeru itu, bagi mengekalkan sistem pernafasan anda sentiasa berfungsi dengan baik, langkah pencegahan dari dijangkiti penyakit seperti penyakit-penyakit bawaan udara perlu diambil melalui:
  • Elakkan terdedah dengan pesakit yang sedang menghidapi penyakit paru-paru.
  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri seperti sentiasa mencuci tangan.
  • Menggunakan penutup hidung dan mulut jika pengudaraan persekitaran tercemar atau berhubung dengan pesakit-pesakit penyakit paru-paru.
  • Sentiasa makan makanan seimbang.
  • Segera mendapatkan rawatan perubatan jika mempunyai tanda-tanda serangan penyakit paru-paru seperti kesusahan bernafas, nafas berbunyi, batuk berterusan, kelemahan keseluruhan badan dan kurang berupaya melakukan kerja seharian kerana kesusahan bernafas.


Selain rawatan perubatan, fisioterapi juga boleh membantu mengekalkan fungsi sistem pernafasan dengan melakukan senaman pernafasan, teknik mengeluarkan lebihan cecair paru-paru atau kahak, senaman meningkat toleran paru-paru dan pendidikan tentang penjagaan paru-paru yang boleh diperoleh di Unit Fisioterapi hospital kerajaan mahupun swasta.


Secara amnya, senaman pernafasan atau lebih dikenali sebagai Active Cycle Breathing Technique (ACBT) digunakan jika kita mempunyai masalah kesusahan bernafas, batuk berkahak dan kurang toleran paru-paru manakala teknik kedudukan selesa dan Postural Drainage digunakan bagi meningkatkan ventilasi dan pertukaran udara di peringkat tisu paru-paru melalui proses ventilasi-perfusi serta membantu mengeluarkan lebihan cecair paru-paru.


Manakala pendidikan tentang penjagaan paru-paru akan diberikan oleh ahli fisioterapi bagi memberi pengetahuan tentang pencegahan dan perawatan terhadap penyakit paru-paru.


Sumber artikel: Taman2 Syurga




3 comments:

  1. Nafas dah semakin sesak..udara yg disedut dah tak nyaman.Embun pun ntah mana rupanya.Katanya lapisan ozin dah semakin nipis...

    Bln ni ramai yg makin semput sb bajet dh tergelincir!

    ReplyDelete
  2. Nak bernafas pun sy rasa tak selesa......asap rokok sana sini. Debu beterbangan. Asap kete usah dikata la.....boleh hitam muka kita, Akak Tirana.

    :)

    ReplyDelete
  3. ADakah kesakitan urat belikat mempengaruhi penafasan sesorang?
    Apakah simptom yang penyebabkn kadang kala terasa penafasan lemah dan seperti oksigen kurang di otak?

    ReplyDelete