Friday, August 14, 2009

Ku ubati luka di hati ini....

gambar hiasan dari Psychology Today


Tadi terbaca satu entri di satu blog, blog Hai (hantam saja la). Ada sedikit perselisihan di antara Hai dengan kawannya dan hai meminta pendapat bagaimana cara untuk menghilangkan rasa tidak selesa terhadap temannya itu. Mungkin agak sukar sedikit untuk kita menyembuhkan luka emosi berbanding dengan luka fizikal apatah lagi jika ia ada kaitan dengan individu lain dan individu tersebut TIDAK menunjukkan tanda-tanda penyesalan dan tanda-tanda ingin berdamai. Kita harus sedar bahawa kita tidak mampu mengawal kelakuan dan emosi orang lain tapi kita berkemampuan mengawal emosi dan kelakuan diri sendiri, maka kita fokuskan untuk memperbaiki diri sendiri.


Saya tertarik dengan satu cerita yang dijadikan analogi oleh Anthony Dio Martin dalam buku pertamanya (Emotional Quality Management) tentang bagaimana kita mengubati emosi kita yang terluka. Anthony menggambarkan segala macam kepahitan, rasa sakit, luka ataupun kepedihan sebagai RASAKSA.


Rasaksa ini menghuni di sebuah rumah dan tempat dia bersarang ialah di ruangan bawah tanah rumah tersebut. Pemilik rumah tersebut sedar tentang kehadiran rasaksa itu. Jika merasa terganggu, rasaksa tersebut akan keluar membuat onar dan mengganggu ketenteraman tuan rumah tersebut. Lantas, tuan rumah melancarkan perang dingin dengan rasaksa itu namun rasaksa itu tidak berjaya dihambat keluar. Maka ia dikurung di ruangan bawah tanah rumah tersebut.


Tetapi rasaksa ini sentiasa berjaya menyelinap keluar dan terus-terusan mengganggu ketenangan pemilik rumah tersebut. Hingga akhirnya tuan rumah mengambil keputusan untuk membiarkan rasaksa ini tinggal bersama-samanya di ruang dalam rumah. Ruang bawah tanah itu dirobohkan. Adapun rasaksa itu tidak betah tinggal di ruangan yang agak terbuka lantas dia keluar dari rumah itu untuk selama-lamanya.


Kepedihan dan rasa sakit akan terus menerus menghantui dan mengganggu kehidupan kita selagi kita tidak menyelesaikannya. Saya percaya ramai di antara kita yang pernah dan sedang melalui kepahitan dan emosi yang terluka. Ada di antara kita yang mampu membendung dan menghilangkan kesakitan tersebut sementara ramai lagi yang membiarkan luka di hati itu meredap seperti api dalam sekam.


Samada kita bangun untuk memulihkan luka tersebut atau kita membiarkannya mengulit diri kita, itu adalah atas pilihan kita sendiri. "Pain is inevitabile. Suffering is optional". Inilah falsafah yang dipegang oleh salah seorang daripada dua wanita yang dirogol oleh ayah mereka masing-masing. Wanita pertama belajar untuk memaafkan dan memulakan hidup baru dengan lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan lelaki. Sementara wanita yang kedua memilih untuk terus membiarkan rasa sakit bersarang di hatinya lantas dia membenci dan berdendam dengan lelaki.


Anthony Dio Martin menyarankan beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk menyembuhkan luka emosi.
  1. Identify.. mengenal pasti perkara-perkara yang membuatkan emosi kita terluka. Ramai di antara kita enggan berbuat demikian kerana bimbang akan mengejutkan rasaksa yang tertidur di ruang bawah tanah. Namun lama-kelamaan rasaksa yang tertidur itu akan terjaga juga bila ia telah puas tidur.
  2. Kaitkan...bertanya kepada diri sendiri bagaimana kelukaan itu mempengaruhi kehidupan kita seharian. Kaitkan isu lama yang terpendam itu dengan situasi yang kita alami sekarang. Kebiasaannya luka di hati serta pengalaman yang tidak mengenakkan di masa lalu banyak mempengaruhi kehidupan kita di masa kini. Semakin besar pengaruhnya, semakin perlu dan segera luka itu diubati.
  3. Fikirkan...Fikirkan apa yang perlu diubah. Fikirkan juga kesan perubahan tersebut ke atas diri kita. Kemudian timbangkan juga sekiranya kita mengambil langkah tidak mengubah apa-apa. Yang mana satu lebih baik.
  4. Affirmation...Kita wajar melakukan affirmation secara berterusan kepada diri sendiri bahawa kita perlu dan ingin serta memilih untuk berubah. Lakukan positive self talk seperti "Luka ini menyiksa hati dan perasaan aku. Aku ingin segera menyelesaikannya sehingga ia tidak lagi menyakitkan aku. Aku lebih kuat dari rasaksa itu dan aku tidak akan membiarkan ia menggangu hidup aku. Itulah pilihanku"
  5. Ventilation...Kita perlu menjalani proses emotional ventilation secara positif. Dalam erti kata lain, kita perlu mencari cara untuk menyalurkan rasa marah, pedih dan sakit hati tersebut secara sihat. Mungkin kita boleh melakukan beberapa aktiviti seperti menulis diari, berkongsi dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai, meluahkan masalah kepada counsellor, dan sebagainya.
  6. Penyembuhan...kita boleh cuba melakukan proses penyembuhan baik secara mental maupun spiritual. Mungkin kita boleh gunakan teknik "REFRAMING" yang pernah saya ceritakan di dalam entri ini.


Jika kita berjaya melakukan keenam-enam langkah di atas, maka secara peribadi, kita sudah pun menghalau rasaksa itu keluar dari rumah kita. Untuk memastikan rasaksa itu tidak datang semula menghuni di ruang bawah tanah rumah kita, maka adalah elok kita menyelesaikan masalah ini dengan orang yang menyebabkan hati kita terluka jika mereka masih hidup.


Misalnya seorang anak telah diusir keluar dari rumah oleh ayahnya bila ayahnya itu berkahwin lain. Hati anak tersebut terluka dan memakan masa bertahun-tahun. Selepas menjalani enam langkah di atas, akhirnya anak tersebut berjaya mengusir keluar rasaksa yang bersarang dalam dirinya sejak sekian lama. Di akhirnya, anak tersebut berusaha untuk bercakap dengan ayahnya, "Ayah, hati saya cukup terluka apabila ayah mengusir saya keluar dari rumah itu tapi hari ini saya ingin memberitahu ayah bahawa saya telah memaafkan ayah."


"Wisdom is a healed pain." Belajarlah menerima kenyataan dan ubatilah luka itu dengan ikhlas..."Terimakasih lukaku...kamu menyebabkan hidupku tidak aman tapi terimakasih kerana kamu mengajar aku beberapa kebaikan dalam hidup ini..."


17 comments:

  1. salam.. mmg selagi kita tak selesaikan masalah tu ia akan terus ganggu emosi kita, langkah Anthony Dio Martin bagus untuk saya pratikkan

    ReplyDelete
  2. setiap masalah ada jln penyelesaiannya..ye tak? bila masalah dipendam2 lama2 akak makan diri...

    ReplyDelete
  3. raya dah dekat ni...raya nanti boleh la bermaaf-maafan.

    ReplyDelete
  4. Maaf tu mmg dimaafkan...tp klu kes yang makan hati terlampau dalam, nak hubungan kembali ceria mcm dulu agak susah la kak tirana..erkkk.....

    ReplyDelete
  5. Wisdom is a healed pain

    Saya setuju dengan ayat di atas. Bila kita berjaya merawat luka tersebut, kita menjadi orang yang lebih bijak dan lebih berhati-hati

    ReplyDelete
  6. setuju ngan apa yg akak tulis. sy pernah mengalami stuasi spt 'hai' tu. mula2 sy agak tertekan, menangis. kebetulan sy tgh mengandung masa tu mengakibatkan stress yg agak berpanjangan, suami pulak jauh masa tu. wlu jauh, dia memberikan nasihat dn dorongan utk keluar dr rasa pedih tu. hubby kata saya ada 2 pilihan shj, samaada berterusan bersedih dan menghancurkan rasa bhgia yg pernah dn sdg saya miliki atau meninggalkan di belakang apa yg tlh berlaku dan terus hidup gembira disamping dia dan anak2. hubby kata dendam itu memakan diri sedikit2. memaafkan akan membuat kita lebih bahagia. hati akan lbh tenang!

    ReplyDelete
  7. Memang sukar untuk menghilangkan dari ingatan dan hati kata-kata yang bukan sahaja kejam tetapi juga menghiris. Saya percaya bahawa masa sahaja yang akan menentukan bahawa cercaan-cercaan yang dilontar oleh jirannya itu akan bertukar kepada semangat baru. Saya juga sering percaya bahawa setiap hinaan kepada seseorang akan bertukar kepada penghormatan akhirnya satu masa nanti. Banyak sudah contoh yang berlaku disekeliling kita termasuk contoh Rasulullah saw yang menghadapi cercaan, tohmahan, kejian, tentangan. Akhirnya beliau menang dan 'musush-musuh'nya telah tewas dan mengakui kehebatan peribadi miliknya. Insya Allah, niat dan perasaan yang sentiasa redha kepada ujian Allah adalah lebih ampuh sebagai penawar dan benteng ketika melalui perjalanan hidup yang pelbagai rintangan, halangan dan ragamnya. Panjang lah pulak.......

    ReplyDelete
  8. saya pun ada bela raksaksa jugak..saya simpan jer raksaksa nie..kadang2..bila dia menguap..terasa geloranya...saya cuba nak lepaskan raksaksa nie..tapi saya sayang..saya takut rasa itu hilang...

    ReplyDelete
  9. Salam pagi Akak Tirana Deary...'
    How are you?

    Thanks 4 this n3. I`ve been thru...
    Any how the story was different a lot.
    I can`t mention how I felt that time when I was blamed of ruining someone`s marriage. Actually I myself couldn`t 4give myself for those things that had been happened thru` my life eventhough it was not my fault.
    The last thing I made was I tried my best to FORGIVE and FORGET. Let those sadness away out of my life. I was insulted with bad words. People around me know NOTHING. But ALLAH KNOWS everything that happened to me.
    Now,I`m happy with my Hubby and others. Tears drop cannot help us to solve the problems, but it is possible to relieve our sad-feeling,Insya Allah.

    Akak Tirana, I like these words as below :

    "Samada kita bangun untuk memulihkan luka tersebut atau kita membiarkannya mengulit diri kita, itu adalah atas pilihan kita sendiri. "Pain is inevitabile. Suffering is optional". Inilah falsafah yang dipegang oleh salah seorang daripada dua wanita yang dirogol oleh ayah mereka masing-masing. Wanita pertama belajar untuk memaafkan dan memulakan hidup baru dengan lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan lelaki. Sementara wanita yang kedua memilih untuk terus membiarkan rasa sakit bersarang di hatinya lantas dia membenci dan berdendam dengan lelaki."

    ReplyDelete
  10. Salam Tirana..

    Sedangkan Allah sentiasa mengampunkan umatnya knp tidak kita kan ? Walau berjuta kali kita membuat kesalahan apabila kembali bertaubat Allah tetap mengampunkan kita..inilah pengajaran terbaik buat2 hamba2NYA yg masih sombong dan tidak mahu memaafkan orng lain.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Tirana,

    Sedang belajar merawat luka sendiri.

    Nice article kak...thanks

    ReplyDelete
  12. Salam....
    saya pun baru2 nak mula bebaskan raksasa dlm diri...
    kita ada pilihan - nak jadi org lemah yg diserang oleh raksasa atau pilih nak jadi otromen dan serang balik raksasa tersebut... hehehh.

    kita adalah apa yg kita pilih. kalau pilih nak jadi lemah dan jadi mangsa raksasa secara terus terusan makan akan lemah dan tewaslah kita, dan kalau kita pilih nak jadi kuat dan bangkit men'fire' raksasa tersebut, maka akan kuat dan menanglah kita....

    saya akui, bukan hal yg mudah nak memaafkan apa lagi nak melupakan - tapi selagi kita terus usaha dgn sungguh2, satu masa kita akan berjaya jugak lakukannya...

    ReplyDelete
  13. Slam,
    baru saja berkira-kira nak bertulis topik ini... cantik!!

    Emosi negatif tetap akan datang walau kita tak pinta.cuma adakag ia manjadi luka ?..tak pernah kita minta dapat luka-luka ni..luka dihati sape yg tau, sukar nak diubati kalau kita snd menyatakan luka itu adalah luka yang parah!!

    ReplyDelete
  14. hmm.. entry berguna untuk olin. banyak raksasa dalam badan nih.. hihi~

    ReplyDelete
  15. Meminta maaf memang mudah,namun hati yang terluka memang payah nak reda rasa sedih kak.Lagi kan pulak,kalo buat salah tapi x rasa diri bersalah. It's happen to me.Tyha dah minta maaf,tapi...rasa terkilan sebab diri sendiri rasa x boleh pandang...x boleh nak berbaik mcm dulu...sebab rasa sangat2 dikhianati.Selama kita berbaik dgn dia x pernah secalit pon rasa benci...tiba2 dipihak dia...emmm...sanggup buat apa sahaja untuk memuaskan hati dia.

    Tyha sentiasa ingat...walau kita x salah,kita minta maaf sebab dlm islam,kalau lebih 3 hari x berbaik berdosa. My be hati x cukup ikhlas nak maafkan sahabat tu,sebab masih ingat dia yang mulakan segalanya sampai tahap kesabaran saya terlerai,ayat2 dia...hem...memang sangat melukakan hati saya.X cukup kuat lagi saya ni...x cukup istiqamah...;)

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya setiap perkara itu ada jalan penyelesaiannya, ianya bergantung kepada kepandaian kita menguruskannya.

    ReplyDelete
  17. belajar untuk memaafkan...

    bagi kita orang islam, di kala hati tengah berkecamuk marah dan keciwa, banyakkan berzikir

    itu yang saya lakukan...itupun sejak akhir2 ini bila usia pun dah meningkat. memang berkesan

    ReplyDelete