Wednesday, August 19, 2009

Belajar dari buluh...

gambar hiasan dari freenaturepictures



Sesungguhnya Allah menciptakan sesuatu di sekeliling kita yang terdiri dari binatang, tumbuhan dan benda-benda ialah untuk kegunaan manusia. Semua yang Allah jadikan, pasti ada manfaatnya pada kita. Sekurang-kurangnya kita boleh belajar dan mengambil pengajaran dari setiap kejadian itu. Tapi kita, manusia selalunya malas untuk duduk berfikir dan merenung akan manfaat dan pengajaran yang Allah turunkan bersama setiap kejadian itu. Kali ini mari kita belajar sesuatu dari pokok buluh.


Ada seorang pemuda yang ingin mempelajari ilmu silat. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari seorang guru silat yang mempunyai kebolehan yang luar biasa. Akhirnya dia bertemu dengan seorang guru silat yang terkenal di sebuah kampung. Pemuda tersebut bermohon untuk menjadi anak murid kepada guru itu. Guru itu meletakkan satu syarat iaitu pemuda tersebut harus menuruti apa saja yang diajar dan disuruh tanpa banyak soal. Pemuda itupun bersetuju. Maka bermulalah sesi pelajaran ilmu silat.


Guru itu menyuruh pemuda tersebut menimba air dari dalam perigi, mencuci baju, memanjat pokok dan lain-lain pekerjaan yang biasa. Tidak ada satu pun langkah silat yang diajar oleh guru tersebut. Namun pemuda itu menurut apa saja suruhan gurunya tanpa banyak soal. Setelah lebih dua tahun, keadaannya masih sama. Akhirnya pemuda tersebut merasai bosan. Masuk tahun ketiga, pemuda tersebut memberitahu gurunya bahawa dia ingin berhenti daripada menjadi murid kepada guru tersebut kerana tidak ada satu pun langkah silat yang diajar. Menurut pemuda itu, masanya banyak terbuang di situ. Dia ingin mencari guru silat yang lain.


Guru silat tersebut dapat menyelami perasaan pemuda itu lantas dibawanya pemuda itu ke pinggir sebuah hutan di mana di situ terdapat serumpun pokok buluh. Beliau menyuruh pemuda itu mencabut sebatang buluh. Pemuda itu cuba untuk mencabut pokok buluh tersebut tapi gagal. Dicubanya berkali-kali tetapi tetap gagal.


"Buluh ini adalah tumbuhan yang unik. Sewaktu ia ditanam sehingga lebih kurang empat tahun pertama, buluh belum menampakkan pertumbuhannya, bermakna kita tidak nampak tunasnya tumbuh di atas tanah. Sebab itulah sering kali kita tersilap dengan mengatakan bahawa buluh itu tidak menjadi. Namun sebenarnya apa yang berlaku pada waktu itu ialah akar-akar buluh itu tumbuh subur di bawah tanah. Pada tahun kelima, setelah pertumbuhan akar itu selesai, barulah kita nampak tunasnya menjulur keluar di permukaan bumi. Buluh itu akan tumbuh sehingga menjulang ke udara. Itulah ilmu yang harus kamu pelajari. Jika kamu ingin menjadi orang yang hebat, kamu harus membina asasnya terlebih dahulu. Itulah yang saya lakukan terhadap kamu selama tiga tahun ini, iaitu latihan membina asas di dalam diri kamu."


Pemuda itu mula menyedari maksud gurunya dan mengambil keputusan untuk meneruskan niatnya belajar silat dari guru tersebut.


Untuk menjadi hebat dan berjaya, kita perlu gigih dan tekun berusaha di samping menanam sikap-sikap yang positif dalam diri sendiri. Namun, kebanyakan kita malas berusaha dan lekas berputus asa apalagi jika proses menanam asas itu sarat dengan kesulitan, kerja keras, titisan keringat dan airmata dan segala macam bentuk kesusahan dan penderitaan yang lainnya sedangkan hasilnya tidak kelihatan di mata kasar. Untuk memperolehi kejayaan, tidak ada jalan singkat. Ia memakan masa bertahun-tahun.


Buluh adalah satu-satunya tanaman di Asia Pasifik yang mempunyai banyak fungsi. Ia dapat bertahan dan hidup dalam pelbagai keadaan cuaca. Buluh termasuk dalam kategori rumput namun ia amat berbeza dari kalangan rumput yang lain. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 30 meter. Meski pun ia termasuk dalam kategori rumput, buluh berbeza dari rumput-rumput yang lain kerana sifat dan karakternya. Kegunaan dan cara buluh mempamerkan dirinya juga menjadikan ia berbeza. Dalam kehidupan kita, latar belakang sebenarnya bukan penentu. Yang menjadi penentunya ialah sikap kita dan bagaimana kita berupaya mempamerkan potensi diri. Itulah sebenarnya yang menjadikan kita luar biasa.


Ketika Hiroshima dan Nagasaki dihujani bom atom, boleh dikatakan keseluruhan kehidupan musnah dan hancur lebur, Namun tidak lama selepas itu ada sejenis makhluk Allah yang menunjukkan tanda-tanda untuk hidup kembali, iaitu buluh. Ini menjadi pengajaran kepada kita bahawa jangan jadikan diri kita terkongkong oleh kegagalan di masa lalu. Bangun dan bangkit untuk terus berusaha. Inilah yang dinamakan kegigihan dan keinginan untuk terus hidup walaupun dalam situasi yang amat sulit.


Satu lagi sifat buluh yang boleh kita contohi ialah fleksibel. Jarang kita jumpa pokok buluh yang ranap ditiup angin. Selain dari akarnya yang kuat mencengkam tanah, batang buluh juga mudah melentur bersama tiupan angin. Ada ketikanya kita juga perlu jadi fleksibel seperti buluh dalam menghadapi dugaan dan kesulitan. Dengan menjadi begitu, kita akan tetap hidup dan akhirnya berjaya menjadi orang yang hebat.


Selamat belajar dari pokok buluh!



21 comments:

  1. salam.. saya pun macam buluh kot hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Tirana,

    Rasulullah s.a.w membina aqidah umat Islam di Makkah dari akar umbi selama 13 tahun seperti akar buluh membina asasnya sebelum tumbuh

    ReplyDelete
  3. lg satu...melentur buluh biarlah dr rebungnya!!!

    kak tirana...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK utk akak sekeluarga!!!

    ReplyDelete
  4. aduyai~

    memang banyak boleh belajar dari buluh~

    ReplyDelete
  5. salam..
    boleh dijadikan contoh dan panduan...

    ReplyDelete
  6. Ooo..banyak yg saya tak tau tentang buluh...

    ReplyDelete
  7. betul2 melentur buluh biar dari rebungnya..

    meriam buluh. best betul.

    ReplyDelete
  8. sekali kita mahu belajar... seluruh alam boleh dijadikan guru. setaip apa yg diciptakan Allah semuanya punya nilai penagajaran yg baik kalau kita mahu ambik iktibar...

    ReplyDelete
  9. adoi, tengok pokok buluh tu terus teringin nak masak lemang.

    tanda-tanda raya semakin dekat dah tu.

    ReplyDelete
  10. Salam kak tirana...

    Lama betul saya tak blogging apatah lg dtg ziarah akak. Dua anak saya dh exam trial...alhamdulillah dua2 cemerlang...sdg menunggu exam sebenar. UPSR bln dpn dan PMR bln Oktober.

    Skrg ni plak saya dpt cuti rehat seminggu sbb kena chic pox. Derita betul. Ada hikmah disebaliknya..hati risau juga ttg anak2 murid di sek yg nak exam PMR dan SPM. Alahai...

    Akak tolong doakan saya sejahtera selalu. Entry pun tak sempat nak update....sungguh merindui dunia blogging!!!

    ReplyDelete
  11. jgn ceapt berputus asa...kejayaan tak datang bergolek..

    ReplyDelete
  12. Patutle ada beberapa pepatah melayu menggunakan buluh sebagai perumpamaan.

    Di bulan Ramadhan ni banyak buluh akan menjadi mangsa (kena buat lemang, meriam & panjut)

    ReplyDelete
  13. salam ukhuwah sis tirana.

    Banyak boleh belajar dari setiap apa yg Allah jadikan sekeliling kita. Dari Sepohon buluh pun ada banyak ilmu yg boleh kita dapat, kekukuhannya, ke"fleksibel'annya dan betapa banyaknya fungsi dan kegunaan yg diberi oleh serumpun buluh itu.

    ReplyDelete
  14. kalau nak belajar dari buluh, elok pilih buluh betong.

    kalau tak, belajar sahaja dari pokok tebu, manis boleh dibuat gula...

    ReplyDelete
  15. dikala tengah mamai memikirkan ttg produktiviti. akhirnya terjawab jua di sini..

    t.q tirana!

    ReplyDelete
  16. Seronok baca kisah buluh ini..
    Memang sikap kita maukan segalanya cepat. Rasa tak sabar je bila maukan sesuatu.. adehh..

    Kesabaran asas kekuatan diri dan hati kerna titisan air bisa melekuk dan melembutkan kerasnya batu.

    ReplyDelete
  17. Salam kak tirana.. blog kak tirana kena tagged. Sila lah amek tag kat blog kita, kalo sudi nak melayan .. tx.

    ReplyDelete
  18. semoga diri bisa menjadi spt buluh...

    kak tirana...motivasi yang sangat bagus!!

    ReplyDelete
  19. Pokok buluh ni boleh dibuat mcm2 bende.....
    Semuanya boleh m`datangkan manfaat.

    Take care ye,Akak Tirana.

    Besok malam ekkkk kita teropong anak bulan Ramadhan??? Harap2 ada n3 b`kaitan Ramadhan dari Akak Tirana.

    ReplyDelete
  20. salam...
    x baca pun n3 kat ateh.. saja singgah dari yahoo messenger.. rindu rasanya pada kak tirana. tgk kat facebook jer le... rasa sebok x sudah... kecut perut sebab keje x siap-siap... moga ramadhan nanti beri banyak kelapangan dan ketenangan buat kita semua..selamat berpuasa..

    ReplyDelete