Saturday, July 18, 2009

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli



Muhamad Naufall menunjukkan bekas lebam di pipi kiri selepas di tampar oleh seorang ustaz.


Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.

"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.

"Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami.

"Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin," katanya.

Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.


Membaca berita di atas, mengingatkan saya pada arwah ayah. Jika saya pulang ke rumah dengan lebam begini dan menceritakan bahawa cikgu tampar, saya rasa ayah akan tambah lagi lebam itu. Pada ayah, jika cikgu pukul di sekolah, sudah tentu ada perkara salah yang saya buat. Jika tidak, tidak mungkin cikgu akan menghukum sebegitu rupa. Saya masih ingat, ketika saya masuk darjah satu, ketika ayah menyerahkan saya kepada guru kelas, ayah berpesan, "Jika anak saya ini membuat perkara yang tak elok, cikgu ajarlah dia, pukullah dia.". Tapi sepanjang saya di bangku sekolah, tidak sekali pun saya dirotan atau ditampar kerana biadap dan salah laku. Kalau setakat terlupa buat kerja sekolah, cikgu hanya akan denda dengan berdiri di atas kerusi.


Ayah sentiasa berpesan pada saya, hormati guru kerana guru yang mengajar ilmu pada kita. Jika di rumah kita tidak boleh melawan cakap ibubapa, maka di sekolah, kita tidak boleh melawan cakap guru. Jika di rumah kita bertata tertib dengan ibubapa, bersopan santun, tidak meninggikan suara, maka perkara yang sama kita harus buat terhadap guru-guru di sekolah. Di hadapan guru, kita tidak harus bercakap sebarangan apalagi mengejek guru tersebut. Itulah di antara pesanan arwah ayah. Ayah sangat menghormati guru-guru yang mengajar anak-anaknya kerana ayah juga seorang guru (guru mengaji Quran) walaupun bukan mengajar di sekolah.


Zaman sudah berubah. Anak-anak sekarang semakin nakal. Entah di mana silapnya. Ada yang langsung tidak menghormati guru. Ada yang memperolok-olokkan guru dan sebagainya. Saya sentiasa berpesan kepada anak-anak saya sebagaimana arwah ayah saya berpesan kepada saya dahulu. Harap-harap mereka akan sentiasa menghormati guru-guru mereka.

42 comments:

  1. kkdg bila dgr2 cter2 cm ni, siti jadi risau akan masa akan dtg...mcmanalah bila anak2 dah besar nanti....kkdg, ada juga anak yg depan kita baik, tapi blkg kita, kita tak tahu...bila dah jadi cm ni, ntah saper yg harus dipersalahkan...

    sama ngn siti masa sekolah2 dulu, kalau ngadu ngn mak ayah, mau kita kene lagi....skrg ni, tak tahulah nak ckp...

    ReplyDelete
  2. Salam pagi Akak Tirana.....

    Kelu utk sy bercakap soal ini. Ntah salah siapa.

    Seingat Zyma,ketika dibangku sekolah sy ni pendiam. Sepatah guru tanya, sepatah juga sy jwb. Then, buat homework sampai siap & submit terus kat guru. Tak biasa pending homework.

    Parents hantar sy ke Children`s Conner Kindergarten (Chinese Kiddy),then ke sekolah Melayu (Primary). Prestasi sy agak menurun ketika di sekolah Melayu. Sebab sedari kecil, sy dah dilatih belajar cara didikan Cina (I mean pelajaran & bahasa bertutur). Displin di sekolah Melayu kurang la sikit (Maafkan sy...)
    My parents sedih jugak tgk keadaan sy belajar ketika itu. Tak bercakap dgn sesiapa pun, sbb diaorg ckp Melayu so fasih one. Bahasa Melayu sy so teruk one that time la.
    Tapi sy terus bersekolah jugak hingga habis form 5. Dapat keputusan BM agak cemerlang. Yg paling m`banggakan Add Maths & Accounts sy lebih cemerlang. Bukan sebab sy b`sekolah Melayu, tapi disebabkan sy m`ambil tuition dgn my Chinese teacher.
    Hingga ke Tertiary Level, sy masih belajar dgn bangsa mata sepet ni - ACCA,professional degree. Mama sy tidak yakin utk m`hantar sy ke sekolah Melayu lagi sbb dia takut sy gagal dan dia nak sy menguasai bahasa Mandarin & English dgn baik.

    Alhamdulillah, sy tidak pernah m`lawan cakap guru di sekolah (sekolah Melayu) sekalipun sy ni dipulaukan oleh kwn2 sebangsa dgn sy hanya sbb sy berasal dari didikan Cina.
    Kini sy mampu m`jadi seorg usahawan,Insya Allah. Sy tidak mahu gagal lagi dlm hidup.
    Doa ibubapa & guru adalah yg t`baik utk kita.
    **Kini sy boleh berasa selesa sbb mampu bertutur bahasa Mandarin hasil didikan guru & ibubapa**

    ReplyDelete
  3. rasa ada kekeliruaan..

    sejauh mana ejekkan itu memberi kesan kepada seorng DEWASA

    btw sy mcm Tirana gak.. klu kena rotan dgn guru/ustazah/ustaz tak berani ckp kat bapak sbb bapak akan tambah lg.

    ReplyDelete
  4. rasanya yg dilakukan oleh budak tu mungkin lebih dari ejekan... saya tak fikir semata-mata sebab ejekan cikgu tu anggup tampar studen dia... ntahlah.

    studen2 sekarang ni memang manja betul. terutama melayu lah. saya ingat saya ada sorang kawan - cikgu - dia pernah tampar sorang studen atas sebab tertentu sampai bedarah mulut. tapi budak tu cina. risau jugak dia kalau mak bapak budak tu ambik tindakan. tapi tak de... saya ingat kalau melayu lah memang sah kena saman kwan saya tu...

    ntahlah. mungkin sebab kesukaran hidup dulu-dulu buatkan mak ayah ni tak mahu anak2 mereka jugak hidup susah...

    ReplyDelete
  5. saya berpendapat , murid itu sudah melakukan salah laku yang lebih kepada cikgu tu...Cikgu yang 'normal' tak kan buat tindakan macam tu. Dalam pada tu, suka juga saya nyatakan ( susah juga sebenarnya ), cikgu tidak boleh menggunakan kekerasan sehingga mencederakan
    ( lebam )...apa lagi murid sekolah rendah. Setakat mana ejekan itu boleh menjejaskan cikgu? Cikgu yang 'normal' juga kena banyak2 bawak SABAR !!!!

    ReplyDelete
  6. Salam Sis,
    mcm2 dh dunia nie..
    pukul sesuka hati.
    ejek sesuka hati..

    di mana silapnya, ntah ar..

    ReplyDelete
  7. Salam Tirana...
    Nice musical instrument..
    Mmg betul zaman skrg mmg betul anak2 semakin bersifat kurang ajar tak kira samada dengan ibubapa atau guru dll..tapi kekadang zai pun tak faham knp ibubapa seakan membela tindakan anak2 apabila guru mengadu tntg sifat anak2 kpd ibubapa..gurupun adalah manusia yg punya perasaan dan akan hilang sabar juga klu mmpunyai anak2 murid yg terlalu biadap..apapun masing2 kenalah bermusyawarah dan mencari jalan yg terbaik dari saling bercakaran..

    ReplyDelete
  8. salam Kak~

    memang kadang2 ada pelajar yg bersikap begitu. mak dan abah adalah contoh terbaik. kalau kami ada buat nakal di sekolah, sila jgn beritahu mereka, kerana makin buruh padahnya jika sampai ke pengetahuan mereka. mereka akan mendenda kami dengan lebih teruk..hehehe~

    ReplyDelete
  9. saya setuju dgn apa yg akak cakap. Dulu kita hormat dan takut dgn guru. klu buat silap dn kena denda, jgn ler sampai parents tau..mmg kena tambah lg seround la.

    But now, ni pantang kena cuit sikit, terus2 je nak lapor ngan tv3 la, newspaper la, gi balai polis lah. pdhal pd pendapat saya murid2 sekrg terlampau kurang ajar dgn guru. tiada rasa hormat langsung. Amat memalukan kerana kes2 begini yg melibatkan ibubapa-guru-anak2-tv-paper byk dimonopoli org2 melayu. Kita lebih suka mencari kesalahan org lain dpd berusaha menyelesaikan punca masalah. hingga kita terlupa bila menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri!

    ReplyDelete
  10. Salam..zaman dah berubah, murid juga berubah..persekitaran membuatkan anak2 ini semakin nakal..ibu bapa juga yang jarang menegur anak2 turut menyumbang..Di sekolah, tak semua guru yang akan menegur, kerana takut dibenci oleh pelajar..

    Sekarang, guru2 ada yang dikata, difitnah dalam internet..yang mereka tak suka, yang mereka marah, sellau dikutuk2..

    Di pihak guru mungkin juga ada silapnya..Kerana saya sebagai guru akui tak maksum...

    ReplyDelete
  11. slm.. kawe pon nk komen nih heh heh..

    entah lah skrg.. susah la... sebab tu bg pndapat kawe, dunia skrg x bleh langsung nk sentuh bdak2... so ckg hy masuk kelas, ajar pengetahuan je la... asal bdak dpt A exm itu lah mksud kejayaan.. menyebabjan pelajar hy ada pengetahuan tetapi tdk berilmu..

    kesannya lahir lah msyrkt yg rosak akhlak di masa depan... mmg lahir ramai profesional.. tp profesional yg rosak akhlak.. bila kerajaan berbuih mulut cerita pasal modal insan la... mcm2 prog dibuat utk modal insan la.. tp sekadar program dlm catatan, namun tidak ada penghayatan dan buang duit, buang masa heh heh heh

    tetapi kalo cikgu yg entah apa2.. asyik belasah budak teruk2 disebabkan mslh peribadi... kawe x setuju jugak...

    ReplyDelete
  12. masalah skrg ni..mak bapak sendiri pun kurang hormat kat cikgu..bukan semua lah..

    kalau zaman dulu kita diterapkan dgn ajaran utk selalu hormat kat cikgu2..cikgu buat apa pun terima je

    budak2 skrg ni takut kat cikgu pun tak..sampai cikgu pulak kena takut dgn diorang

    tapi cikgu pun nak ambik tindakan jgn ikut perasaan..sbb tu yg lebam tuh

    ReplyDelete
  13. not so precious moment! susah zaman la ni. ibubapa juga penyebab dan guru-guru tak boleh plak menghukum sesuka hati...

    ReplyDelete
  14. Salam... tertarik bila membaca entry ni. Saya bersetuju ngan akak tirana dan rakan2 lain. Cadangan kepada sesiapa sekiranya perkara ini berlaku kepada anaknya:
    1. Pergi sekolah bertanyakan hal sebenar.
    2. Runding dan berbincang secara terbuka dan tenang.
    3. Siasat betul2 (bertanyakan kedua2 belah pihak dan beberapa orang yg boleh dipercayai)
    4. Selesaikan secara dalaman.
    5. Lapor kepada pihak polis bukanlah jalan penyelesaian.
    .......................
    Dulu perkara mcm n susah nak dengar. Sama mcm akak Tirana cakap, kalu bagitau parent, alamat begandalah.
    Sekarang, jgn terlalu percaya pada anak2, budak sekarang pandai2. Mcm2 boleh dibuat kalu tak suka. Dulu satu kes anak lawyer tuduh guru cubit dia sampai berdarah padahal dia cubit sendiri sebab x suka guru tersebut. Naya saja guru keda tindakan tatatertib. Cikgu tu bagus plak.

    Maaf cakap, ini cerita sebenar. Majoriti anak polis bermasalah. 5 tahun pengalaman berhadapan dgn anak polis di beberapa sekolah, kebanyakannya banyak masalah dan selalu buat hal, tapi bukan semua... kebanyakannya.

    Maaflah kalu kenyataan ni mengguris perasaan mana2 pihak. Kalau tak percaya cuba survey mana2 sekolah yang ada anak polis belajar.

    ReplyDelete
  15. padan muka budak tu, kalau kamezaim pun tetap tampar je budak tu. silap haribulan kaki pun naik sekali.. budak2 sekarang memang kurang hajar. diorang kurang hajar sbb mak pak pun 2x5 je.. tak mcm dulu,nak ckp dgn cikgu pun takut. sbb tak nak tersilap kata. baru lebam sikit pun dah kecoh, kamezaim dulu kena tampar dgn buku teks dgn cikgu disiplin sampai merekah kulit muka siap keluar darah lagi tapi tak kamezaim tak kisah pun sbb mmg kamezaim salah. itulah silapnya klu anak2 sekarang ni di besarkan dalam kesenangan hidup sampai lupa pada kesusahan hidup. celik2 je matadah nampak harta mak pak, tak mcm dulu. makan ubi kayu, pucuk paku, ikan darat je.. sekarang ni mcm2 ada.. renung2knlah..

    ReplyDelete
  16. zaman dah berubah...bebudak pun berevolusi ikut persekitaran. yg tak berubah mungkin guru dan ibu bapa.

    ReplyDelete
  17. sekarang kalau kena suruh berdiri atas kerusi pun jadi DOSA besar.

    ~fikir-fikirkan..

    ReplyDelete
  18. Tirana,
    Salam. Ejek mengejek ni boleh bawa masalah. Dlm Masyarakat, juga di sekolaah. Kalai di sekolah, awal-awal lagi sudah kena banteras kelakuan ejek mengejek ni. Boleh menimbulkan pergaduhan, kalau mulut tak dijaga.

    Masa saya masih bertugas dulu, setiap sekolah yang menjadi tempat tugas saya, saya adakan peraturan, dlm bentuk kod etika.

    Setiap pelajar kena patuhi. 5 kod etika:
    1. Follow all terchers' instruction.
    2. Look After our school
    3. Look after yourself and your friends
    4. Keep your hands and feet to yourself
    5. No teasing and no name-calling.

    Semuanya itu bertujuan untuk membantu mengawal disiplin di sekolah.

    ReplyDelete
  19. Ilmu susah nak berkat kalau tidak menghormati guru yg memberinya..

    Tapi sifat amarah masih perlu dijaga..

    ReplyDelete
  20. saya setuju dengan komen Tirana.

    dan saya pernah saksikan guru-guru disiplin yang lagi keras dari Ustaz ini.

    maka saya masih tetap menyokong tindakan Ustaz itu.

    ReplyDelete
  21. salam... bagi saya sebagai seorang guru sangat tidak wajar mengejek guru yang telah memberikan seluruh ilmu pada anak didiknya..dan akhirnya balasan itu yang dia dapat..pelajar sekarang semakin nakal dan kurang sangat menunjukkan rase hormatnye pada guru.. kadang2 guru pun boleh dipangggil dengan perkataan ejekan seperti rakan2.. di mana letaknya nilai seorang guru??
    namun tindakan tegas yang dikenakan tidak bolehla mengikut emosi kerana beginilah balasan nye.. namun seharusnya diingat guru yang menyampaikan ilmu untuk kita jadi 'manusia'..kenangla jadsa mereka..

    ReplyDelete
  22. Salam kak,

    Pada saya.. tiga pihak perlu muhasabah.

    1.Pelajar seharus lebih tahu dan menghormati guru dengan lebih, bukan mengejek tak tentu hala. Sebab itulah ulama' dahulu sangat menekankan adab belajar.

    2.Ibu bapa tidak terlalu memanjakan anak-anak sangat.

    3.Guru juga harus bijak bertindak, jangan terlalu mengikut emosi. utamakan rasional.

    Sekian, laporan dari jauh.

    ReplyDelete
  23. salam..
    akhir2 ni berleluasa pulak berita2 sebegini.. masuk TV, masuk paper yang kadang2 berita dah jadi lain dari yang sebenarnya... apa2 pun saya berpendapat guru berhak utk mendidik anak murid mereka dan ibubapa perlu buang ego, jgn hanya nampak salah cikgu... kena selidik bukan main semberono jer...

    ReplyDelete
  24. entahla, budak2 sekarang banyak yang tak hormat cikgu. Tak mcm dulu2. Kalau cikgu rotan, kecut perut. Takut nak bagitau mak ayah, sbb nnti kat umah mak ayah tambah lagu hukuman..

    tp budak2 skrang, cubit sket dah nk ngadu kat ibu bapa, ibu bapa pula percayakan kata anak2 dari cikgu...

    haihh....

    ReplyDelete
  25. betul.. saya pun rasa budak sekarang ni nakal2.. pasai tu cekgu pun tibai sesedap rasa.. haha..

    ReplyDelete
  26. itulah tirana, kecik2 dah wat camtu.. sy berdoa janganlah anak saya jadi kurang ajar

    ReplyDelete
  27. nak berkongsi juga my 2cents..

    bersetuju ngan Dr.araz..
    bila baca yang anak ni anak polis...
    sebab, dah berbelas tahun mengajar anak-anak yang banyaknya anak polis... diorang ni yang banyak masalah (bukan semua, tapi majoriti yg bermasalahlah... terutama masalah kurang ajar

    maaflah.. saya pun anak polis juga..

    biasanya guru-guru penyabar.. susah nak jumpa guru yang kurang sabar..ada, tapi dah dekat 17 tahun mengajar ni cuma sorang dua je

    tapi kalau dah kurang ajar sangat anak murid, memang kita boleh hilang sabar..

    ReplyDelete
  28. Salam kak...rasa macam terpanggil pula nak buat satu entry ttg guru tampar murid ni...sekadar satu kenangan masa saya kecil....hihi.

    Byk perkara yg berkait dgn murid...kdg2 terlalu kurang ajar...mencabar kesabaran...guru/ustaz juga adalah manusia biasa....

    tengok muka budak tu pun macam 'semacam' jek...hihi.

    ReplyDelete
  29. dulupun biasa gak kene pukul ke denda ke tapi bukanlah masalah tingkah laku..

    cuma mak bapa kene fikirlah kenapa kene pukul..kalau baik sgt perangai takkan tetibe cikgu nak pukul lak kan hehe..

    ReplyDelete
  30. mmg la patut seorg guru tu mengajar anak murid jika murid tu salah.. tp bg sue, tak patut la tampar murid berkenaan sampai mendtgkan kecederaan.. banyak lg cara lain..
    mungkin dlm keadaan marah, seseorg tu boleh bertindak di luar kewarasan..
    so, para guru hati2 la dlm mendidik anak bangsa.. jgn sampai tersilap langkah..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum..

    Apa khabar kak..? lama benar huda tak ke mari..bagus entri kali ini..
    Masalah pelajar sekarang yang tidak boleh ditegur langsung dan terlalu dimanjakan sehingga guru-guru juga sukar untuk melentur mereka..

    Dalam hal ini, ibu bapa kena fikir sedalam-dalamnya sebab dan musabab guru bertindak sedemikian...pelajar-pelajar sekarang kebanyakannya tiada hormat langsung dengan guru sehingga ada ketika bertindak terlebih batasan...

    Huda yang baru memulakan kerjaya seorang guru pun, terkejut apabila pertama kali masuk ke kelas dengan sikap mereka yang langsung tiada hormat pada guru..aduhai..

    ReplyDelete
  32. nakal murid sekarang bukan macam nakal murid dulu..
    kalau dengan cakap2 jer..esok lusa kesalahan yang sama tentu akan berlaku..
    once u be a theacher then u will know..

    susah nak cakap..kalau murid tu tak pandai salah cikgu..murid tu nakal..salah cikgu..murid tu tak jadi orang pun salah cikgu..

    tapi bila cikgu nak ajar mereka..dengan cara yang lebih sesuai dengan perlakuan mereka..tak boleh jugak..
    semua jadi isu..semua jadi sensitif..

    tugas cikgu bukan setakat mengajar tapi juga mendidik..tapi susah nak didik anak2 sekarang..kalau hanya cikgu sahaja yang kena pikul tanggugjawab itu..kena ada follow up kat rumah jugak..

    cuba fikir2kan...

    ReplyDelete
  33. setuju sgt ngan ulasan kak Tirana... zaman dah berubah... dulu2 kalau cikgu2 atau ibubapa sayangkan anak ditangan2kan... kini buat cara apa pun tak jalan...

    Cikgu perlu dihormati utk mendapat keberkatan ilmu... hidup pun akan mudah bila dewasa kelak...

    ReplyDelete
  34. anak akak takde peluang nak mengadu..kalau mengadu..siaplah..dia yg akan kena marah balik..

    alhamdhulillah..mereka semua dah berjaya..

    ReplyDelete
  35. yang pertama ...

    kalaulah si bapak naufal tu yang di ejek ... rasanya dia buat apa ...

    yang kedua ...

    peranan si media ... isu2 mcm ini ..mmg menjadi makanan mereka ... kadang2 banyak tokok tambahny dr yg benar

    ReplyDelete
  36. perangai ayah maza lebih kurang macam kaedah ayah Tirana..

    kalau kita adu kena sebat dengan cikgu sekali, dia kasik bonus 2 kali.. huhuh

    ReplyDelete
  37. murid yang tidak berdisiplin memang perlu didisiplinkan tapi mestilah kena cara. menampar muka tak kena cara.

    ReplyDelete
  38. Guru ada etika, memang satu daripadanya tak boleh tampar muka. Tapi kalau budak dah 'mua', saya hayun jugak. Kes-kes merokok dalam tandas, memaki hamun cikgu dan meraba pelajar perempuan, memang pernah berlaku di tempat saya bertugas, dan kekadang pelajar berkenaan dapat 'tambang balik' sebelah pipi.

    Saya sendiri pernah kena pelempang dengan cikgu, sebab buat bising. Tapi saya tak berani cerita pada mak bapak, sebab diorang pun macam mak ayah kak.

    Dewasa ni, rasa hormat pelajar kepada guru semakin kurang. Budak ni akan jadi makin kurang ajar dan biadab lepas ni. Percayalah. Tiada guru akan menegur dan menasihatinya sebab dia punya mak ayah yang sentiasa 'defend' anak..

    Anak polis, kan?

    ReplyDelete
  39. saya sekadar nak berkongsi kisah,anak saya pernah ditampar dan diketuk kepalanya oleh seorang ustaz,dia call dlm kol 2 pagi,suruh saya repot polis sebab dia kata dia tak bersalah..tapi dipaksa mengaku salah..kes masuk hostel pompuan.saya suruh dia settle sendiri,dan cari saksi kalau dia tak salah.
    saya tak kisah langsung kalau betul dia salah dan dibuang sekolah kerana kesalahan yg dia buat..esoknya saya ke sek.untuk berbincang mengenai kesnya dengan guru terbabit,malangnya pihak sekolah tidak langsung memohon maaf walaupun telah tersalah menghukum anak saya kerana setelah dibawakan saksi2 oleh anak saya,org yang menuduh itu akhirnya mengaku dia yang melakukan kesalahan itu.budak yang membuat tuduhan itu bukan saja seorang pengawas malah orang yang paling banyak memegang jawatan2 penting di sek....

    ReplyDelete
  40. opss..apa2 pun saya ingin berpesan anggaplah itu semua kesilapan manusia biasa,saya telah memaafkan semua yang terbabit dan saya rasa,perkara2 begini tidak perlulah sampai jadi kes polis...

    ReplyDelete
  41. murid2 skrg manja semacam,sbb mak abapk dok backing...sayang anak tak kena tempat...kalau saya,mau saya tambah lagi lempanagn kat budak ty...tak reti nak hormat org tua,apa lgi sorg ustaz

    ReplyDelete
  42. padan muka ko kena tampar, kurang ajar lagi.

    ReplyDelete