Di saat Fauzi melangkah keluar dari rumahnya, dia sudah dapat merasakan bahawa sesuatu yang tidak elok bakal berlaku pada hari itu. Cuaca di luar mendung sekali seakan-akan ribut besar akan melanda sebentar lagi. Sungguh ganjil - ramalan cuaca sebentar tadi mengatakan hari ini cuaca panas.
Fauzi tidak hiraukan itu semua. Dia meneruskan perjalanannya ke "Coffee Shop" yang menjadi tempat kegemarannya - tempat untuk dia melega dan menenangkan hati dan perasaannya. Suasana di dalam "Coffee Shop" itu suram dan samar-samar seolah-olah separuh daripada lampu-lampu di situ tidak berfungsi.
"Kenapa suasana di sini kelam dan teruk sekali pada hari ini.. Tidakkah pemilik kedai ini pernah terfikir untuk menggantikan lampu-lampu yang tidak berfungsi itu?" Hati Fauzi mengomel.
"Tapi aku suka kedai ini...Entah kenapa aku suka datang ke sini.." Hatinya terus berkata-kata.
Fauzi akhirnya memilih sebuah meja di satu sudut yang agak terpencil. Seorang pelayan datang menghulurkan menu. Dia meneliti menu tersebut tapi kesuraman dan kesamaran kedai itu membuatkan dia bertambah tertekan. Selalunya tidak begitu. Dia akan berasa lega berada di situ tetapi tidak pada hari ini. Segala-galanya suram pada hari ini.
Beberapa minit berlalu, pelayan itu datang kembali dan bersedia untuk mengambil pesanan. Fauzi membuat pesanan sambil pelayan itu menulis di atas sekeping kertas. Fauzi memandang tepat ke muka pelayan itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak begitu menyenangkannya.
"Kenapa pengurus kedai ini tidak mengganti lampu-lampu yang tidak berfungsi itu? Keadaan di sini sangat suram dan samar. Adakah dia fikir pelanggan suka makan dalam gelap? Fauzi, perasaannya yang sudah terganggu sejak melangkah keluar dari rumah tadi, berkata kepada pelayan tersebut dengan nada yang keras dan kasar.
"Tapi encik," kata pelayan itu dengan rasa sedikit kehairanan, "Lampu-lampu di sini semuanya berfungsi" kata pelayan itu lagi. Pelayan itu agak terkejut dengan sikap Fauzi pada hari ini. Dia telah mengenali Fauzi kerana Fauzi merupakan pelanggan tetap di situ. Selalunya Fauzi kelihatan ceria dan peramah tetapi hari ini kelihatan moodnya tidak berapa baik.
"Tidakkah encik rasa encik patut tanggalkan kacamata hitam yang encik pakai itu?" kata pelayan itu lagi dengan bertata tertib.
Fauzi menanggalkan cermin mata hitamnya. Ah, betul sekali! Rupanya dia tersilap memakai cerminmata. Dalam keadaan yang tergesa-gesa tadi dia terambil cermin mata hitam. Fauzi meminta maaf kepada pelayan tersebut kerana berkasar dengannya dan sudah tentu ada "tip" yang lebih buat pelayan tersebut.
**************************
Sekarang pandang ke dalam diri masing-masing. Pernah atau tidak, sesuatu perkara yang kita lakukan tetapi tidak begitu menjadi dan kita pun mula menyalahkan orang lain? Bila kita tidak rasa bahagia, kita mula menyalahkan orang-orang yang berada di sekeliling kita...kita menyalahkan persekitaran dan sebagainya. Jari telunjuk kita asyik menuding ke arah orang lain tanpa kita sedari empat jari lagi menuding kepada diri kita sendiri.
Cerita "kelam" mungkin dapat membuka sedikit minda kita. Tidakkah benar bahawa kesamaran yang kita temui dalam kehidupan kita selalunya berpunca dari diri kita sendiri? Begitu mudah kita menyalahkan orang lain terhadap kesamaran yang terpaksa kita lalui itu. Mungkin kita berharap dengan menyalahkan orang lain itu, akan segera menyelesaikan masalah kita. Tentu sekali tidak kan?
Berapa kerap kita cuba mengubah sikap dan kelakuan pasangan atau orang-orang yang berada di sekeliling kita tetapi tidak berjaya? Kita sedar bahawa kita tidak boleh mengubah orang lain. Kita hanya boleh memujuk dan menasihati tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut kehendak kita. Menyedari hakikat ini, tentu kita boleh melihat betapa tidak produktifnya seseorang bila dia merasa terganggu dengan keadaan di sekelilingnya.
Seperti Encik Fauzi dalam cerita "kelam" di atas, bila kita memikirkan masalah itu adalah masalah orang lain, kita akan banyak membuang masa dengan membebel , marah-marah, naik angin dan sebagainya.
Bila sesuatu perkara tidak berlaku sepertimana yang kita harapkan, kuncinya ialah, BERHENTI dan BERFIKIR tentang sikap dan tindakan kita sendiri. Seseorang yang bijak akan bertanya kepada dirinya sendiri. "Adakah aku yang menjadi punca kepada masalah ini?"
Meletakkan kesalahan kepada orang lain hanya akan menyulitkan kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bersedialah untuk bertanggung jawab dan meneliti kelemahan dan kesilapan diri kita sendiri. Itu akan membantu kita mengambil tindakan yang lebih positif ke arah penyelesaian sesuatu masalah.
Meneliti diri sendiri membuatkan kita menanggalkan kacamata hitam yang menjadi punca kepada masalah selama ini dan menggantikannya dengan kacamata cerah. Mungkin juga sebahagian lampu-lampu itu perlu diganti tetapi itu di luar kawalan kita. Kita telah melakukan apa yang kita termampu untuk mengubah situasi.
Kadang-kadang kita mampu melakukan banyak perkara untuk memperbaiki keadaan tetapi jangan kecewa bila kita hanya berupaya melakukan sedikit sahaja. Namun, bertanggungjawab serta sedia menerima dan memperbaiki kesilapan diri sendiri lebih membuatkan kita bahagia dan lega daripada menyalahkan orang lain dan menunggu mereka berubah. Menyalahkan orang lain adalah perencah kepada kekecewaan.










31 comments:
July 5, 2009 7:50 AM
Salam Akak Tirana...
Bila baca kisah motivasi / self-improvement ni...m`buatkan sy terfikir.
Pabila kita seringkali menyalahkan org lain, kita sentiasa merasakan bahwa diri kita adalah yang paling betul dan tepat.
Hakikatnya kita tidak pernah terlihat kesilapan diri sendiri yang berpunca dari diri kita juga. Kita terlupa bahwa kita miliki akal utk berfikir dan membuat penilaian.
"Ketika mencari sumber kebahagiaan, perkara pertama yang patut kita lakukan ialah melihat kepada diri sendiri" - Saya setuju dgn Akak Tirana. Ini benar.
July 5, 2009 8:06 AM
Zyma...
Jika kita berhenti menyalahkan orang lain, rasanya dunia ini lebih aman untuk di diami..
July 5, 2009 8:26 AM
hehehe... kelakar pun ada cerita ni... mula2 dah melodrama, tiba2 kat ujung dah jadi kelakar.. hihik!!
p/s: Cari KELEMAHAN Diri sendiri sebelum cari SALAH orang...
July 5, 2009 8:31 AM
Akak Tirana....
Mudah-mudahan kebaikkan itu datang dari ALLAH utk memberi petunjuk kpd umat-Nya yang lemah lagi hina.
Amin.
Dunia di akhir zaman semakin m`hampirkan kita kpd kesesatan. Menyalahkan org lain juga sebahagian dari kesesatan yang terjadi di akhir zaman ini.
:) Take care ye,Akak tirana.
July 5, 2009 8:37 AM
menuding jari menylahkan org lain sudah jd budaya sekrg ni kak. org berlumba2 menyalahkan org lain. mereka rasa seolah2 mereka lah juara bila dapat menketengahkan kesalahan org lain.
July 5, 2009 8:46 AM
ya betul... dalam kes penceraian contohnya.... bila sampai pejabat agama si isteri menyalahkan suami dan tidak satupun ia salah.... si suami menyalahkan isteri dan tidak satupun ia salah... maka berlakulah penceraian.... masalah pokok pada perkara ini ialah diri kita yang tidak memberi komunikasi dua hala. hanya menggunakan komunikasi sehala.
July 5, 2009 8:51 AM
1. saya nak puji, gambar lelaki tu hensem! hahaha :)
2. siannya Fauzi.. saya mula-mula ingatkan dia ter ambil kaca mata nenek dia.. tu yang kelam semacam je.. hihi..
3. betul, saya setuju dengan point yang terakhir tu... :) so sweeet...
July 5, 2009 9:55 AM
kadang2 macam tu orang2 disekitar kita..
yang menjadikan pengkritik sebagai kerjaya.
semuga cerita yang begini mampu mengingatkan kita.
satu jari kepada orang lain bermakna 4 lagi kena diri sendiri....
July 5, 2009 10:02 AM
tirana..
sokong tirana..
tapi
apapun.. mat dalam gambar tu hensem
July 5, 2009 10:03 AM
Zureen pernah melalui keadaan itu..bila apa yg dibuat seperti tidak kena dan menjadi..
Alhamdulillah seiring dengan kematangan..dapat diatasi sedikit demi sedikit..
Thanks utk cerita yg mengingatkan zureen betapa kita ini kadang2 lebih mudah menunding jari kearah org lain dr kepada diri sendiri..
July 5, 2009 12:24 PM
alhamdulillah~
banyak yg zara boleh belajar dari sini~
July 5, 2009 1:02 PM
salam..
betul jugak.. tetiba terfikir plak sblm ni sue pon camtu..kdg2 kita tak sedar slh sendiri..asyik nmpk slh org jer..
bila baca cerita ni baru tersedar..huhu
thanx akak..
July 5, 2009 5:28 PM
Kena cermin diri sendiri, kan...hi hi..
Psst- model tu handsome laa...macam kenal je, he he...
July 5, 2009 5:34 PM
Salam Tirana,
Satu entri yg bagus, mmg manusia selalu mcm tu sentiasa mencari kesalahan orang lain tapi kesalahan sendiri tak pernah ambil tahu...bila ditegur marah pula tu..
July 5, 2009 6:22 PM
mungkin juga kita perlu kikis ego yang bersarang dalam diri...
July 5, 2009 7:36 PM
salam tirana..
betul..kdg2 ida seakan menyalahkan suasana..bila cuaca muram hati ida juga turut muram dan sayu..sebenarnya ida yg meletak diri ida dalam keadaan itu..ida tak harus salahkan keadaan..itulah manusia..
July 5, 2009 8:49 PM
Salam Kak..
hari sabtu lepas LOL dh memang terlalu mrh dek kerja yang terlalu banyak tetapi tindakannya kurang.
LOL sangat 'marah' dn bertindak bermasam muka dan ingin 'menyerang' staf yg seharusnya menyiapkan kerja tersebut..
Bila dh cool, baru LOL sedar yg LOL terlebih sudah.
seharusnya LOL kena Pause....
menyesal LOL mrh hari tue.
LOL telah membazirkan sebahagian drpd tenaga utk marah.
**kisah yg ni menyedarkan LOL.
thanks kak..
July 5, 2009 9:45 PM
Salam kak Tirana..
macam2 conclusion yang saya buat sebelum habis membaca..manusia banyak ragamnya..dan sukar untuk lihat kesalahan pada diri sendiri..mudah nampak salah yang lain..
best citer nie..
thanks 4 sharing..
July 5, 2009 10:19 PM
manusia mcm gitulah... nak ngaku kesalahan sendiri, mcm membuka pekung di dada lah... memalukan diri... sebab tu selagi ada cara nak lindung kesalahan selagilah cara tu digunakan.
bukan mudah nak ngaku...ego sentiasa di tempat paling tinggi..
July 6, 2009 12:35 AM
Tirana,
Escapism paling senang pada sesuatu masalah adalah dengan cara menyalahkan orang lain. Jauhi diri dari sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah.
July 6, 2009 4:42 AM
mmg ramai yg perangai camtu, selalu salahkan org lain.. kita akan rasa diri betul dan kekadang rasa malu nak berhadapan dengan kesalahannya. Tapi jgnlah sampai terjadi permusuhan sudahlah.
July 6, 2009 7:24 AM
mmg begitu la lumrah manusia...jarang sekali cuba mengaku salah sendiri..apa lagi utk meminta maaf...
July 6, 2009 10:32 AM
Kita sering berdepan gan org mcm nih..Asik nak cari silap org!!!
p/s sokong akak KL..Org dalam gambar tu ensem..
July 6, 2009 11:57 AM
Orang yang sedar diri boleh BERHENTI dan BERFIKIR, yang susahnya kalau orang yang tak sedar2 dan perasan bagus, terus-terusan menyalahkan orang lain.. hehe..
July 6, 2009 12:21 PM
kak, itulah namanya manusia kan.kadang2 kesalahan sendiri yang sebesar gajah tidak disedari tetapi kesalahan orang lain yang sekecil zarah, nampak pula.
sama2 kita muhasabah diri.
July 6, 2009 1:12 PM
hmm betul gak kan...
lumrah manusia takkan nak salahkan diri sendiri..mesti nak cari kesalahan org lain dulu..
dah terantuk nanti baru nak terngadah..
July 6, 2009 3:34 PM
hmm..pelikla manusia ni...susah sgt nak akui kesalahan diri.
July 6, 2009 4:13 PM
erk! biasanya maza tak pakai cermin mata hitam pun.. kekekekek
sbbnya, kalau pakai jawabnya maza akan ke longkang ler..
kerana maza kan rabun! aderkk
huhuhu
July 6, 2009 8:52 PM
Salam kak tirana...penah jugak terjadi dalam hidup situasi sebegini..menyalahkan keadaan sekeliling atas kesilapan sendiri...aduhhhhhh....
July 6, 2009 8:53 PM
Salam...sebelum kite menuding jari pada orang lain ada baiknya kite menilai diri kite dahulu....
July 7, 2009 5:41 PM
itu tanda manusia cepat melatah.... kene selalu muhasabah diri dan renung-renungkan masa yang dah berlalu...moga yg buruk jadi sempadan, yang baik jadi teladan...
hensem mamat tu...minum kat kedai kopi kapal api ke??
Post a Comment