Aku bangun awal hari ini dan merancang dengan teliti apa yang harus ku buat sebelum tiba waktu tidurku malam nanti. Aku mempunyai tanggungjawab yang wajib ku tunaikan hari ini. Di sini..di dunia ini, aku diberi pilihan untuk menentukan perjalanan hidupku hari demi hari...
Hari ini aku boleh memilih untuk merungut tentang hujan yang turun tidak henti-henti sejak petang semalam atau aku boleh bersyukur, disebabkan hujan yang turun itu, flora dan fauna mendapat sumber air yang percuma.
Hari ini aku boleh memilih untuk merasa sedih dan susah hati kerana kesempitan wang perbelanjaan atau aku boleh merasa gembira kerana itu akan membuatkan aku belajar untuk berjimat cermat.
Hari ini aku boleh memilih untuk merungut tentang keletihan dan kelelahan yang aku alami atau aku boleh bersyukur kerana aku masih lagi sihat dan bernafas.
Hari ini aku boleh memilih untuk menangis kerana kegagalan yang aku hadapi atau aku boleh bangun dengan kegagalan itu untuk mencapai kejayaan.
Hari ini aku boleh memilih untuk bersedih dan merasa kesunyian kerana suamiku tiada di sisiku atau aku boleh bergembira kerana itu akan memberi peluang dan memberi aku lebih banyak masa untuk melakukan hobiku.
Hari ini aku boleh memilih untuk merungut kerana terpaksa melakukan kerja-kerja rumah yang banyak atau aku boleh bersyukur kerana Allah memberi rezeki padaku yang berupa tempat tinggal yang melindungi aku dari hujan dan panas.
Hari ini bagaikan sekeping kanvas yang terhampar di hadapanku.. menunggu untuk diwarnai. Dan aku bagaikan pelukis yang bakal melukis di atas kanvas itu mengikut corak dan warna pilihan ku. Walaupun aku bukan pelukis yang mahir tapi aku akan berusaha mewarnai kanvas itu dengan corak-corak dan warna-warna yang boleh mendatangkan keselesaaan pada diriku dan pada persekitaranku..

23 comments:
July 9, 2009 6:58 AM
InsyaAllah, berusaha untuk mencorak kanvas hari ini agar lebih baik dari semalam...
Assalamualaikum dan selamat pagi kak tirana...
July 9, 2009 7:34 AM
Fida...
Wa'alaikumussalam dan selamat pagi... Keep smiling..hehehe
July 9, 2009 7:37 AM
Salam pagi Akak Tirana....
How`s ur day??
Hari-hari yg kita lalui adalah sangat indah biarpun pelbagai corak & warna yg kelihatan & terlihat di sekeliling kita.
Jgn biarkan ianya pudar tanpa senyuman dan suram tanpa gelak tawa.
Layari hidup ini dengan pelbagai corak & warna indah.
Take care,Akak Tirana.
July 9, 2009 7:40 AM
Zyma..
Salam dan selamat pagi...
Alhamdulillah..kak tirana sihat dan happy walaupun banyak kerja dah menunggu..heehehehe.. Hari ni mungkin masa banyak dihabiskan di luar sbb ada perkara yang perlu diselesaikan...
May Allah bless us all.
July 9, 2009 7:44 AM
Tiara
sakura amat suka dengan n3 ini
"Kanvas hariku...." selamt mencoret kanvas untuk hari ni....
kasih sayang dari sakura
July 9, 2009 7:53 AM
Salam Sakura..
Terimakasih...Sama-sama kita mencoretkan sesuatu di atas kanvas hari kita...
July 9, 2009 7:58 AM
Salam Kak~
Aku juga sudah merencana kanvas hari ini..dan masih mencorakkannya~
July 9, 2009 8:34 AM
Salam Kak Tirana,
kita adalah apa yang kita fikirkan...
July 9, 2009 8:58 AM
pada waktu ini.... mendung. belum tahu... sama ada hujan akan turun atau mentari kembali bersinar. kanvas yg akan kucorakkan bergantung kepada cuaca.
July 9, 2009 9:10 AM
kerana kita adalah apa yg kita fikirkan....berdasarkan apa yg kita pilih...
July 9, 2009 10:20 AM
sy berharap hari ini lebh baik dr semlm.... & esok lebih baik dr hari ini!
July 9, 2009 10:51 AM
salam kak...entry yg sungguh menyedarkan saya. so hari ini sy memilih untuk lebih positif!!!
July 9, 2009 10:56 AM
salam...
saya selalu ingatkan diri saya - "saya adalah apa yg saya pilih"...
July 9, 2009 11:03 AM
salam kak,
semua pilihan di tangan kita..jika baik pilihan kita,maka baiklah apa yang kita lakukan.
July 9, 2009 11:44 AM
setiap hari,saya berusaha utk menjadi lebih baik dari hari semalam/sebelumnya
July 9, 2009 2:46 PM
Salam kak,
Bersikap redha adalah yg terbaik...
July 9, 2009 3:22 PM
Dalam sehari ,byk juga pilihan yg kita kena buat..
Zureen memilih utk membaca tulisan Kak Tirana sampai abis..he3
July 9, 2009 3:52 PM
Hari ini maza boleh memilih untuk berdiam diri di pejabat atau menulis blog!
rasa-rasanya lah, apakah maza akan buat ek?!
hehehheheh
July 9, 2009 4:29 PM
harini saya memilih untuk ceria...
July 10, 2009 12:07 AM
kalaulah saya boleh memilih untuk tdo lena..
hehe...
saya sentiasa bersyukur kerana saya masih bernafas sehingga hari ini untuk meneruskan hidup...
Thank God!
July 10, 2009 2:23 AM
Salam Kak,
Moga segalanya yang berlaku baik-baik aja ya..
Selamat mencorak kanvas.
July 10, 2009 4:46 AM
Apapun pilihan pada hari ini, ia akan mempengaruhi kita masa depan. Semoga pilihan yg dipilih adalah yg trbaik
July 10, 2009 12:43 PM
Salam kak tirana,
Alangkah indah menjadi seorang muslim. Ketika ditimpa bencana, kita mohon ampun dan dekatkan diri dengan Allah. Ketika diberi kenikmatan, kita bersyukur kepadaNya dan bergembira. Segalanya dijadikan positif, itu pilihan kita.
Post a Comment