Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog "The Precious Moment"
Sikap menentukan kejayaan. Itulah yang dapat saya kutip dari buku "You Can Win". Sikap juga menentukan cara kita bertindak. Jika positif sikap kita maka positif jugalah tindakan kita. Salah satu sikap yang selalu saya "highlight" kan dalam cerita-cerita di blog ini ialah sikap "terlalu cepat menjatuhkan hukuman" atau cepat mengkritik tanpa usul periksa. Kisah "ibu mertuaku.." yang saya tulis dua hari lepas menggambarkan sikap tersebut. Dan hari ini, ada lagi satu cerita yang mungkin berlaku di kalangan kita sendiri. Melihat kepada kesan negatif yang disebabkan oleh sikap ini, maka adalah terlebih baik untuk kita memperbaiki diri sendiri.
Sepasang suami isteri yang masih muda baru berpindah ke sebuah kawasan perumahan. Pada suatu pagi minggu yang indah, ketika pasangan ini sedang berbual-bual sambil bersarapan di ruang dapur rumah mereka, si isteri telah terpandang jiran sebelah rumahnya sedang menjemur pakaian. Dia mengintai jiran itu melalui sebuah tingkap cermin di ruang dapur rumah mereka.
"Mak Cik sebelah ni tak pandai basuh kain baju. Cuba abang tengok, kain baju yang dibasuhnya kelihatan masih kotor. Dia patut belajar macam mana nak basuh pakaian. Agaknya dia guna sabun yang murah." Kata si isteri kepada suaminya.
Suaminya melihat ke luar tingkap tapi tidak berkata apa-apa.
Setiap hari si isteri akan mengintai jirannya menjemur kain dan setiap kali jugalah si isteri akan memberi komen yang sama.
Sebulan kemudian, si isteri terkejut melihat pakaian yang dijemur oleh jirannya. Nampak bersih, tidak seperti selalu.
"Haa..Mak Cik ni dah belajar macam mana nak basuh kain baju. Cuba abang tengok, kain baju yang dijemur itu kelihatan bersih sekali hari ini. Siapa yang ajar dia agaknya ye.." Kata si isteri kepada suaminya.
Ketika ini si suami mencelah, "Abang bangun awal pagi tadi dan cuci tingkap cermin ini. Kotor dan berdebu. Awak tak perasan ke sebelum ini?"
Pertanyaan si suami menyebabkan si isteri terpinga-pinga. Si suami cuma tersenyum sinis melihat gelagat isterinya. Sengaja dia buat begitu kerana ingin menyedarkan isterinya yang asyik mengkritik mak cik sebelah rumah.
Alangkah baiknya, sebelum kita mengkritik tentang orang lain atau tentang sesuatu perkara, kita meneliti dan memeriksa "tingkap" kita sendiri samada bersih atau sebaliknya. Apa yang kita pandang di luar bergantung kepada kebersihan "tingkap" tersebut. Kadang-kadang "tingkap" itu terlalu kotor sehingga apa yang kita nampak di luar tidak bersih belaka di mata kita walaupun sebenarnya ianya bersih. "Tingkap" itu adalah fikiran dan sikap kita sendiri, fikiran dan sikap yang kita sendiri boleh kawal tahap kebersihannya. Mari kita memandang seseorang atau sesuatu dari sudut yang positif, mencari kebaikan sebelum melihat kejelekan. Kadang-kadang sikap negatif menyebabkan kita memandang negatif kepada hampir semua situasi walaupun situasi itu sebenarnya adalah positif.










23 comments:
July 17, 2009 5:35 AM
Biasanya begitulah. Manusia terlupa melihat 'gajah' dihadapannya.
July 17, 2009 6:49 AM
Selalu dengar orang kata,kalau satu jari kita menunjuk kesalahan orang, 4 lagi jari menunjuk kesalahan sendiri...
Cerita yang bagus di pagi Jumaat..terima kasih Kak Tirana..
July 17, 2009 7:32 AM
Kadang-kala apa yang di depan mata itu memang tidak dihiraukan ~
aduhai~
July 17, 2009 7:46 AM
Salam kak tirana,
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul.
July 17, 2009 7:55 AM
wooo
cite yang besh!!
July 17, 2009 7:59 AM
Sungguh busy body. Nak jaga penyidai kain orang, tingkap sendiri dilupakan.
July 17, 2009 8:16 AM
Ooo..kalau gitu, tiap hari kena bersihkan tingkap la, baru sedap mata memandang :).
July 17, 2009 8:26 AM
itulah lumrah manusia.. tetapi kita blh berhijrah dari lumrah tersebut! :)
July 17, 2009 8:29 AM
Sbb itulah ada peribahasa
"Kuman seberang laut boleh nampak..gajah depan mata boleh tak nampak" (ehhh! betul ke bunyi peribahasa ni..)
July 17, 2009 8:40 AM
Salam pagi Akak Tersayangggg...
Akak sihat? :)
**Bila sy m`baca "Cuci Tingkap Sendiri" ni, sy rasa citer ni bagus utk org2 yg suka m`jaga tepi kain org lain atau dlm erti kata busy body/ kay poh chi`. Org seperti ini tidak sedar ttg kekurangan @ kebodohan @ kejahatan yg t`dpt dlm dirinya. Di mata mereka, org lain serba kekurangan itu ini.
Dasar manusia juga namanya...
Minta d`jauhi perangai sebegini. Amin.
Akak Tirana,jaga diri ye. :)
July 17, 2009 9:04 AM
Best N3 ni...
saya suka...
July 17, 2009 9:20 AM
soooo true!!!!!
July 17, 2009 9:55 AM
dinosour depan mata tak nampak ( atau buat2 tak nampak), pijat nun disana bukan main jelas...hurmmm..
July 17, 2009 10:04 AM
haha...ingatkan betullah makcik tu tak reti basuh kain..
alamak..cerita pasal tingkap..dah lama jugak saya tak cuci tingkap tapi saya tak suke jengah org kat tingkap hehehe..so takpelah kalau tak cuci huhu..
July 17, 2009 2:35 PM
Salam Sis..
"Kuman seberang laut nampak, Gajah depan mata tak nampak"
Selalunya begitulah.
LoL sendiri pun 'terlepas' cakap benda2 yg belum tentu kesahihannya tanpa menyedari ketidaksempurnaan diri sendiri.
Kak,
Thanks for dis n3.
Sangat bermakna.
July 17, 2009 5:28 PM
Sangat mendalam maknanya......tq for sharing.
July 17, 2009 8:54 PM
Assalamualaikum Tirana,
Tidak dinafikan memang ada sikap wanita yang suka menjaga tepi kain orang. Pantang nampak apa saja... adalah ceritanya, adalah komennya tentulah siap dengan menjatuhkan hukuman seterusnya tanpa usul periksa. Bila dah tersalah... pandai pula menafikannya.
July 17, 2009 9:32 PM
janganla saya jadik macam isteri tu...simpang malaikat 44
July 17, 2009 11:00 PM
suka cerita ni. menginsafkan. =)
thx!
July 18, 2009 12:01 AM
assalamualaikum.. ia satu pengajaran dan penilaian yang baik pada saya
July 18, 2009 12:10 AM
manusia selalu mcm tu lah... silap org cepat je nampak, walaupun hakikatnya silap yg nampak tersebut berpunca dr diri sendiri...
July 19, 2009 10:27 PM
kahkahkah!!! tu lah maksudnya semut di seberang nampak jelas... gajah di depan mata boleh tak nampak... sibuk ngan hal org... rumah sendiri pun tak terurus...
July 19, 2009 11:12 PM
takkan semua orang bermasaalah..masaalahnya datang dari sikap semdiri..
Post a Comment