Picture Gallery




Batu kusam atau batu permata?

Saturday, July 11, 2009

Sejak beberapa hari, fokus saya lebih kepada FACEBOOK. Sebenarnya sudah berbulan saya mendaftarkan diri di sana. Tengok kawan-kawan ada FB, saya pun teringin juga tapi orang lain sudah berlari, saya masih merangkak. Masih dalam proses untuk memahami selok belok dan bagaimana FB ini berfungsi. Saya kena belajar tentang FB untuk mengawal anak-anak saya yang telah pun mendaftar di situ. Kalau tak pandai, bagaimana nak kawal mereka. Jika diberi peratusan, agaknya belum sampai 50% yang saya belajar. Dengan kekangan masa, rasanya pergerakan saya lebih lambat dari siput yang merangkak. Ada juga kawan-kawan blogger yang "add" saya. Terimakasih banyak-banyak kepada yang sudi menjadi kawan FB kepada seorang mak budak yang baru nak belajar..hehehe..Ada request..ada invitation yang saya tak berapa nak reti macam mana nak accept.. Jadi minta maaf pada kawan-kawan yang invite dan request sesuatu dari saya. Buat masa ini saya "gantung" dulu semua perlawaan dan permintaan itu. Ada juga yang saya dah ter "accept" dan ada juga yang dah ter"delete"..hehehe...trial and error... Itulah dia...ketika dalam proses pembelajaran, kita kerap melakukan kesilapan namun jangan ada keinginan untuk berputus asa. Sesiapa yang ingin menjadi teman FB saya, bolehlah klik di sini (promote diri sendiri pulak dah...). Ada sesuatu yang saya kongsikan di FB tetapi saya tidak kongsikan di blog ini. Di FB pun boleh buat blog jugak..(baru tahu..hehehe... ). Saya merasakan lebih mudah berinteraksi di FB. Itu cuma perasaan saya barangkali.


Baiklah, kita tinggalkan kisah mak budak dengan facebooknya. Proses pembelajaran berlaku tidak sepantas waktu saya remaja dahulu. Mari kita tengok apa kisah yang saya bentangkan untuk hari ini dan sama-sama kita fikirkan tentang pengajaran yang boleh kita kutip di sebalik kisah tersebut. Ini kisah seorang pemecah batu.


Seorang pemecah batu sedang berjalan-jalan di satu kawasan pergunungan yang gersang. Tiba-tiba dia ternampak sebongkah batu yang berwarna coklat kusam tertanam hampir separuh ke dalam tanah. Batu itu diselaputi lumut dan kulapuk. Jika dilihat sekali lalu, tiada hati yang akan tertarik untuk memiliki batu tersebut. Namun pemecah batu tersebut cuba juga untuk mengorek batu tersebut. Dipalunya berkali-kali batu kusam itu dengan penukul sehingga merekah. Dari celah rekahan itu, dia dapat melihat bahawa batu itu berwarna putih. Setelah dikorek dan diketuk berkali-kali akhirnya batu itu berjaya ditarik keluar dari dalam tanah lantas dibawa pulang ke rumahnya.


Di rumah, batu tersebut dipotong dengan menggunakan alat pemotong batu yang khas. Sesekali percikan bunga api keluar akibat geseran di antara batu dan alat pemotong tersebut. Setelah dipotong, batu itu digilap dan dihalusi permukaannya. Siang malam, dia berusaha untuk membentuk batu tersebut dan akhirnya terbentuklah seketul batu permata yang berkilau dan bermutu tinggi.


Batu kusam itu boleh diibaratkan kepada diri kita sendiri. Pukulan dan ketukan adalah gambaran dari ujian dan cubaan yang datang untuk menempa kita. Kadang-kala kita menolak dan tidak dapat menerima ujian dan cubaan yang datang kepada kita. Kita mengeluh dan berputus asa dengan kesakitan dan kesulitan itu. Tidakkah kita sedar bahawa ujian itu sebenarnya didatangkan oleh Allah untuk membentuk keperibadian kita? Untuk menjadikan kita seperti permata yang bersinar dan bermutu tinggi?


Di manakah kedudukan kita sekarang? Apakah kita masih sebongkah batu yang kusam dan berlumut atau kita telah menjadi seketul batu permata yang bersinar dan berharga? Atau kita adalah seketul batu yang masih dalam proses pembentukan dan penggilapan?



25 comments:

Sheikh said...

saya pun ada jugak Fb tapi...rasanya di sana x berapa 'mantol' la !

Bagi saya jauh lebih bagus di pentas blogger , mesra tu lebih.... ! hehe

Precious said...

FB? Hmmm ... akaun ada tp tak serasi lak

a kl citizen said...

tak pernah cuba FB... ada kawan2 mengajak.. tak terbuka lagi hati

ONE ZABA said...

aku lagi la tak reti....

Zyma Saad said...

Salam pagi Akak Tirana.
FB? Sy dh registre, tp malas nk layan. Ntah la,rasa mcm tak serasi di hati. Blogger sini juga sy rasa ngammm gitu.
Byk benda yg semua org dah buat tp tak terikut oleh sy. Biarlah apa yg org nak buat,kan. Janji sy bahagia dgn cara sy. Zyma & Blogger. Blogger & Zyma.Hihihihi..

**Sy harap dpt m`jadi batu permata yg amat berharga dan sentiasa bersinar2. Kerna itu sy ingin selalu m`asah kebolehan & kemampuan diri. Skrg ni kan ZAMAN BERSAING. Pesaing semakin ramai di sebelah kita. Sy ingin bersaing secara sihat & positif!!!**

arazma @ ami m said...

blog ngan fb..

dlm blog leh wat n3 panjang2, insert image bebanyak... komen leh panjang2.. kat fb pun boleh? x perasan lak saya.

dlm fb lak bleh chat online mcm kat ym.. tapi banyak sangat invitationnya, games nye, send itu ini... malas nak layan.. bg saya, fb sekadar utk keep in touch lebih cepat. tu je.. pas tu ikut perkembangan kengkawan.

Bapak said...

Bapak anak generasi Y mestilah ada FB. tapi xlah sampai tahap addict cam sesetengah orang tue..hehhe

FB sebagai laman rangkaian sosial mestilah ada pro & kontranya.

Bapak setuju ibu bapa perlu tahu perkembangan semasa & teknologi terkini yang akan memberi nilai tambah kepada kita untuk mendidik anak2.

Anak2 perlu dididik seiring dengan zamannya..

Tihara said...

salam sis..

tgh study fb yer..bg saye fb lebih kpd cara nak jejak kawan2.bile dah jejak,kawan2 pun senyap je..blog lagi best! cthnye macam blog sis ni..

sy harap sy lah batu permata tu.. :)

Kamsiah said...

FB...saya ni segala mcm mak nenek register...then lupa password/username dek byk sgt...yg aktif hanya fster...tu pun malas nak layan...

♥nrina♥ said...

wah..ada gak fb hehe..saya takde dan malas betullah nak belajar balik..kang bila dah terlibat lagi byk keje kat komputer ni hehe..

betullah kan kak tirana..kalau nak jadi org yg berjaya kene hadapi rintangan yg sukar..tapi ada jugak org yg putus asa ditengah jalan dan biarkan diri terbengkalai...

ieyla said...

Lebih kurang je dengan saya masih belum memahami dgn terperinci tentang FACE BOOK tue....masih menuntut ilmu lagi...

zai said...

Salam Tirana,
akak rasa dalam dunia moden sekarang ni apapun yg dibuat mestilah ada panduannya..kalau salah panduan boleh terpesong jauh dari landasannya, mcm FB ni akak rasa tetap ada baik dan buruknya sbgmana ulama indonesia mengharamkannya kerana mereka berpendapat ia boleh menambah maksiat dikalangan umat islam kerana apa jua boleh diiklankan didalam FB, tapi bagi akak kita mmg tidak dapat menghalang ianya terjadi didalam arus kemodenanan ini yg penting asas agama perlu ada utk lbh menjadikan kita berwaspada dalam tiap gerak geri, terpulang juga pada pemakainya samada utk menggunakannya kearah kebaikan atau sebaliknya sesungguhnya Allah melihat apa yg kita buat..

izzah said...

kita adalah batu kusam yang sepatutnya sentiasa berusaha merubah diri menjadi kan diri kita menjadi permata berharga...

FB..adik lama dah ajak join..tapi mcm tak sempat la nak join..nanti tak ter'up-date' macam friendster..

hazlin said...

salam tirana,
tak pernah ada fb. macam tak berkenan je..

Zamz said...

ada gak fb tapi jarang2 plak masuk hehe

ZARA 札拉 said...

eh, kenapa kak takde dalam lsit ku?

uhuks~

ZOOL@TOD said...

Saya guna FB untuk "keep track" dengan kawan-kawan lama/ baru dan pelajar2 saya.

Saya juga "link"kan blog saya dengan FB (bila ada entri baru dalam blog, secara automatik posting tersebut akan muncul dalam FB). Lebih banyak ilmu, cerita dan peristiwa dapat dikongsi bersama.

Tidak semua "internet surfer" suka kan blog dan tidak semua sukakan FB.

Sekadar berkongsi pandangan

Abu Aiman said...

setuju! Kena ketuk, potong, tonyoh, genyeh, kertas pasir semua cukup, baru cepat sikit nak berkilat gemerlapan. Kalau tak dok batu situ la... ;)

Welcome to FB

saya pun suka FB,.. tapi FB cepat sejuk,.. tak mantain macam blog

zara said...

Blog adalah tempat yang sesuai untuk menwacanakan ilmu berbanding FB. Blog boleh buat post semanjang yg kita mahu berbanding FB tersangat terhad.

Kebanyakan aplikasi yang dipelawa memang mengarut tapi kalau bertujuan sekadar untuk seronok-seronok layanlah. Tidak menggangu fikiran pun.

Rasanya rakan FB lain dapat membantu membuat pantauan remaja kerana aktiviti rakan2 sentiasa terpapar di dalam halaman kita. Itulah gunanya aplikasi tambah rakan. Disamping itu juga, kita tidak akan menyangka akan dapat bertemu rakan yang menghilang sekian lama. Macam jejak kasih pun ada.

Saya pun baru saja berFB ni, secara tidak langsung saya dapat memperkenalkan diri kepada rakan2 tentang penulisan dan perkembangan novel terbaru saya.

Sesuatu yang saya hormati di blog atau pun FB,mereka semua menerima saya sebagai sahabat walau pun sudah lanjut usia.

zureen @ mama said...

Belakang parang kalau diasah lagikah tajam..

maiyah said...

tu lah nak jadi batu bersinar kena polish dulu hehe

Ismail N said...

Salam Tirana,

Saya rasa tak maho komen cerita dlm posting ini cam selalu. Cuma mahu tahu dari mana Tirana dapat semua cerita2 ini. Ada koleksi buku2 ke? Kalau dari buku, kami hargai betul2 usaha menaip kembali cerita2 ni. Ia amat berguna utk panduan semua.

Salam. Hv a a great weekend.

Tirana said...

Salam Ismail..

Saya ni suka membaca dan suka berfikir.. Kebanyakan buku yang saya baca ialah buku berbahasa inggeris. Cerita-cerita yang saya paparkan kebanyakannya saya olah mengikut gaya bahasa saya sendiri (BM tentunya). Cuma konsep cerita itu yang saya ambil dari buku2 motivasi yang saya baca. Tak ada keloksi cerita dan tak ada specific buku.

izza said...

saya suke sekali dengan kisah batu kusam ni..
setiap ujian tu merupakan cara Alalh untuk menggilap kite untuk menjadi lebih baik..

Leave your words...