Monday, June 08, 2009

Teleklah diri sendiri..

Monday, June 08, 2009 by Tirana ·
Labels:
Pada zaman dahulu, di sebuah kampung, tinggal seorang petani dan seorang pembuat roti. Pada suatu hari, pembuat roti itu membeli satu kilogram tepung daripada petani. Pembuat roti merasa was-was dan curiga samada berat tepung itu benar-benar satu kilogram. Apabila sampai di rumahnya dia menimbang semula tepung tersebut berkali-kali. Ternyatalah bahawa berat tepung itu tidak sampai satu kilogram. Yakinlah di hati pembuat roti itu bahawa petani itu telah melakukan penipuan lalu dia melaporkan perkara tersebut kepada hakim di kampung tersebut. Petani itu pun dihadapkan ke muka pengadilan.


Dalam perbicaraan tersebut, petani itu ditanya oleh tuan hakim,


"Tentu kamu mempunyai timbangan?"


"Tidak, tuan hakim. saya tidak mempunyai timbangan" jawab petani itu.


"Habis bagaimana kamu menimbang tepung yang kamu jual kepada pembuat roti itu?" tanya tuan hakim dengan sedikit rasa terkejut.


"Mudah sekali, tuan hakim. Untuk menimbang tepung seberat satu kilogram itu, sebagai penyeimbangnya, saya gunakan saja roti seberat satu kilogram yang saya beli dari pembuat roti itu" jawab petani tanpa teragak-agak sedikit pun.


Tentu kita dapat meneka dengan mudah, siapa sebenarnya yang melakukan penipuan??? Petani atau pembuat roti???



Kita selalu berharap agar orang lain melayan kita dengan baik. Kita akan berkecil hati, marah dan sebagainya jika tidak dapat apa yang kita harapkan. Kita kerap meletakkan kesalahan itu kepada orang lain.. Sesekali kita kena cermin diri sendiri. Kadang-kadang layanan yang kita dapat dari orang lain adalah disebabkan oleh sikap kita sendiri. Kita mengharapkan senyuman dari orang lain tapi kita sendiri bermasam muka. Kita harap anak-anak menghormati kita tapi adakah kita menghormati anak-anak kita sebagai seorang insan. Kita mengharapkan suami atau isteri melayan kita dengan kasih sayang tapi adakah kita melayan pasangan kita dengan layanan yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain..ada baiknya kita menelek dan mencerminkan sikap dan diri sendiri terlebih dahulu.


26 comments:

Fly said...
June 8, 2009 12:39 PM

salam singgah..nice blog dan penuh dengan info2 yang berguna

haruan tasek said...
June 8, 2009 12:40 PM

pening nak tuduh siapa bersalah nie hakim...

MaMaQaYPo FaMiLy said...
June 8, 2009 12:46 PM

sokong!!! Cermin diri sendiri sebelum mencari silap orang lain...

ain said...
June 8, 2009 1:41 PM

betul sungguh n3 akak ni!!

ASYIQ said...
June 8, 2009 1:59 PM

Akak...bila hakim tu nk buat keputusan...fenin2 sy nk fikir jwpn. Hehe.

(Klau ikut hati...dua2 salah. Pembuat roti salah sb menipu...penjual tepung salah sbb taklid buta...)

ladymiaka86 said...
June 8, 2009 2:21 PM

betul juga..perlu telek diri sendiri mana silapnya before salahkan org lain..
bagus entry ni..suka3x..padat ngan info..membuatkan Cik Sue termenung seketika..
*sedang meneliti salah sendiri*

a kl citizen said...
June 8, 2009 2:22 PM

patutla say jadi cikgu je, tak pandai nak buat hukuman ni tirana.. tapi moral of the story tu memangla betul. we get back what we give out, in terms of sadaqah/zakat...we'll get even more..

chimera said...
June 8, 2009 2:23 PM

haha... best citer ni...
sebalum kita nak betulkan orang, pastikan dulu kita ni betul ke tak...
kalau tak, jadilah mcm org kata "ketam mengajar anak berjalan lurus"...

tapi cara penjual tepung tak betul juga... itu terkena pd si penjual roti yg memang menipu, mcmana kalau pembeli tepung tu seorg yg jujur... dah tak cukup jugak jumlah tepung dia dapat.

kakpah said...
June 8, 2009 2:46 PM

kena cermin diri sendiri dulu kan?

catz_mafia said...
June 8, 2009 2:57 PM

Kak Tirana,
Ana setuju!..

Teringat kata-kata Aziz Desa pagi-pagi.. Cermin-cerminlah diri..

~Cinta Cukulet~ said...
June 8, 2009 4:16 PM

satu jari tunding kat orang, empat lagi tunding kat diri sendiri huhuhu...

AzD said...
June 8, 2009 8:54 PM

syndrome 'aku buat takpa, orang lain buat tak boleh!' hehehe...

Brahimnyior said...
June 8, 2009 9:28 PM

Dalam satu hadis Nabi s.a.w, menyatakan 9/10 rezeki Allah adalah daripada perniagaan,..

Tetapi kita harus ingat, bahawa yang Nabi sarankan ialah kejujuran dalam perniagaan.

Sejak akhir-akhir ni, ramai orang berniaga dengan cara yang tidak jujur. Setuju tak, kak?

Tirana said...
June 8, 2009 9:44 PM

Cikgu Izzuddin...

Peniaga sekarang nak untung cepat.. tapi sebenarnya diorang tak tahu..nak untung cepat tu la yang kadang-kadang buat perniagaan lingkup terus. Kita ada contoh peniaga yang terbaik iaitu Nabi Muhammad saw. Kalau ikut cara Nabi, insyaAllah maju perniagaan.

zara said...
June 8, 2009 10:18 PM

Begitu indah jika kita tidak saling menyalahkan orang lain. Maka amal serta tunjukkan sikap jujur serta sportif kepada mereka.

sally said...
June 8, 2009 10:31 PM

cermin diri sebelum menilai org lain..jgn kuman di seberang laut jelas nampak, sedang gajah didepan mata tidak kelihatan.

sally said...
June 8, 2009 10:32 PM

cermin diri sebelum menilai org lain..jgn kuman di seberang laut jelas nampak, sedang gajah didepan mata tidak kelihatan.

Farid Rashidi said...
June 8, 2009 11:03 PM

Terselit pengajaran dalam sebuah cerita.

Dalam kaedah, jika kita menukar barang makanan rugi dengan makanan rugi maka ia boleh terjebak kepada riba.

Begitu juga halnya jika terkurang atau sebagainya. Apa yang penting, ILMU sangat perlu dalam semua hal.

kakyon said...
June 9, 2009 12:57 AM

kawan kawan pun boleh jadi cermin kita..

faridmw said...
June 9, 2009 6:17 AM

salam kak tirana.. apa khabar? apa berita dgn msia tu.. mmg patut kita cermin diri

LotsOfLove-Pearls said...
June 9, 2009 9:45 AM

..pokoknya kita harus melakukan apa yg kita ingin org itu lakukan kepada kita..

buat baik dibalas baik..

salam ceria sis..

Sasha said...
June 9, 2009 10:07 AM

moralnya kita jgnlah mudah nak menyalahkan seseorang... siasat dulu sedalam2nya sebelum menujukan sesuatu tuduhan itu...

en_me said...
June 9, 2009 10:58 AM

salamm singgah.. hmm

Ismail N said...
June 9, 2009 1:42 PM

bagusnya hujah pembelaan.
Terkejut plantiff dibuatnya. :)

Zyma Saad said...
June 9, 2009 9:23 PM

Bersikap menyalahkan org lain @ tuding jari kat org lain biasa terjadi dlm masyarakat kita.
Mmg tak dpt dinafikan menyalahkan org lain lebih "sedap" dari makan nasi.
Kita hanya akan sedar & cemin diri apabila sudah "terkena batang hidung sendiri".

**Bagus n3 Akak Tirana ni. Memberi kesedaran & pengajaran kpd semua,Insya Allah.**

akudinda said...
June 10, 2009 3:22 AM

"Kita kerap meletakkan kesalahan itu kepada orang lain.."
saya setuju... kaji dulu sblum tunding jari... satu jari kepada orang lain... empat lagi jari tunding ke kita... fikirkan lah...

My Honorable Followers

Sharing is caring!

Here, you can share your words, comments, opinion or even your favourite videos just by signing in using your google or blogger id!

Intelligent Readers

Favourite Items

Leave your messages here

Relaxing music