Thursday, June 11, 2009

Sikap positif...menuju kejayaan...

Thursday, June 11, 2009 by Tirana ·
Labels:
Sepasang suami isteri mempunyai dua orang anak lelaki yang telah meningkat remaja. Keluarga itu menjalankan perniagaan kedai runcit. Perniagaan mereka semakin hari semakin maju dan si ayah membuka satu lagi cawangan yang tidak jauh dari kedai pertama.


Malangnya, tidak lama kemudian si ayah jatuh sakit. Menyedari bahawa penyakitnya tidak akan sembuh, si ayah memanggil kedua-dua orang anak lelakinya untuk disampaikan pesanan dan wasiat.


"Ayah rasa telah sampai masanya untuk ayah meninggalkan dunia ini. Sebelum itu ayah ingin berpesan kepada kamu berdua supaya menjaga ibumu dengan baik setelah ayah tiada" kata si ayah dengan suara yang terketar-ketar.


"Kedai kita yang dua buah itu hendaklah dibahagi sama rata di antara kamu berdua dan ayah ingin berpesan dua petua tentang kedai itu:
Pertama: Jangan sesekali menagih hutang kepada orang yang berhutang
Kedua: Dalam perjalanan pergi dan balik, hindarilah wajah kamu dari terkena sinaran matahari"


Selepas menyampaikan pesanan dan wasiat, si ayah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dua orang anak lelakinya memang baik. Mereka menjaga ibu dengan sempurna sekali di samping meneruskan perniagaan kedai runcit peninggalan ayah mereka.


Setelah beberapa tahun berlalu, perniagaan si abang bertambah maju manakala perniagaan si adik agak merosot. Si ibu merasa agak kehairanan lalu bertanya kepada anak-anaknya.


Si abang menjawab,


"Saya mengikut segala petua yang ayah sampaikan sebelum dia meninggal. Ayah berpesan agar jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang. Maka saya tidak pernah memberi hutang kepada sesiapa pun. Oleh sebab itu saya tidak mengalami masalah dalam pusingan modal saya. Dan lagi ayah berpesan supaya menjaga wajah saya supaya jangan terkena sinaran matahari ketika pergi dan pulang dari kedai, maka saya ke kedai sebelum matahari terbit dan hanya akan pulang setelah matahari terbenam. Justeru itu saya mempunyai lebih ramai pelanggan kerana waktu perniagaan kedai itu agak panjang dari kedai-kedai lain."


Si adik pula menjawab,


"Saya juga mengikut segala pesanan yang ayah berikan. Ayah berpesan supaya jangan sesekali menagih hutang daripada orang yang berhutang. Saya tidak dapat memusingkan modal kerana orang yang berhutang tidak membayar hutang sedangkan saya tidak boleh menagih dari mereka. Sebab itulah saya kekurangan modal sekarang dan perniagaan saya semakin merosot. Ayah juga berpesan supaya jangan biarkan wajah saya terkena cahaya matahari ketika pergi dan balik dari kedai. Maka untuk mengelakkan dari terkena sinaran, saya terpaksa naik beca atau teksi padahal saya boleh berjalan kaki kerana jarak kedai itu tidak lah jauh. Ini menyebabkan perbelanjaan saya semakin bertambah untuk membayar tambang teksi atau beca"


Pesanan yang sama, disampaikan oleh orang yang sama tetapi diterima oleh dua orang yang berbeza. Lihat bagaimana berbezanya mereka menterjemahkan pesanan daripada ayah mereka. Perbezaan persepsi ini menyebabkan mereka mengambil tindakan yang berbeza dan akhirnya hasil yang mereka terima juga sudah tentu berbeza.


Sama juga kisahnya sebiji gelas yang berisi separuh dengan jus oren. Orang yang optimis akan melihat separuh gelas yang berisi dengan jus oren dan akan berkata "gelas itu separuh penuh" tetapi orang yang pesimis akan nampak separuh gelas yang kosong dan akan berkata "gelas itu separuh kosong".


Ketika menghadapi sesuatu perkara yang memerlukan kita membuat keputusan atau ketika menghadapi sesuatu masalah yang perlu kita selesaikan, bukalah minda seluas-luasnya dan lihat perkara dan masalah itu dari pelbagai sudut yang berbeza. Kadang-kadang jika dipandang daripada satu sudut sahaja, kita nampak seolah-olah permasalahan itu mustahil untuk diselesaikan dan kita akan berasa kecewa dan putus asa.


Jika kita melihat dengan sikap yang positif maka segala kesulitan sebenarnya merupakan sebuah perjalanan yang memberi kita kejayaan. Pilihan di tangan kita sendiri.. Berusahalah melakukan perkara-perkara yang biasa dengan cara yang luar biasa...untuk menjadi seorang yang luar biasa hebatnya..


30 comments:

joegrimjow said...
June 11, 2009 4:48 AM

suka cite ni!!!!

ASYIQ said...
June 11, 2009 7:37 AM

Kak Tirana...

Masa baca wasiat ayah dia tu...saya faham pesanan yang kedua sptmana anak pertama faham. Tapi saya faham pesanan pertama sptmana anak kedua faham.

Aduhai....minda saya ni kekadang positif dan kekadang negatif...hihi. Pepandai buat kesimpulan sendiri.

TQ kak...cerita yg amat baik utk dikongsi bersama.

Pok Li said...
June 11, 2009 8:04 AM

Moral cerita jangan bagi wasiat secara berkias-kias. Tafsirannya jadi pelbagai.

catz_mafia said...
June 11, 2009 8:32 AM

Kak Tirana,
Kiasan yang difahami dari sudut berbeza.. Pemikiran setiap orang adalah berbeza.. Seperti kata Pok Li, jangan berkias-kias.. Hehehe..

Best cite ni kak.. Tq..

- jinggo - said...
June 11, 2009 8:39 AM

kerana cantiknya hidup : cantik pembikinan cerita ini.
satu pandangan ditafsir dari sudut yang bebeza oleh orang yang satu berpemikiran positif dan satunya negetif....

cerita yang sama dalam banyak hal ditafsirkan berdasakan apa yg kita percaya.......

haruan tasek said...
June 11, 2009 8:43 AM

moral di sini kalau nak bagi nasihat atau wasiat tu biarlah stright to the point agar penerima nasihat atau wasiat tidak tersalah tafsir.

Zyma Saad said...
June 11, 2009 9:05 AM

Morning Akak Tirana....

Sy suka setiap n3 Akak. Memberi semangat positif.

Kisah yg Akak sampaikan di sini adalah kebenaran. Mengingatkan sy kpd pesanan Mama sy kpd kami adik-beradik. Utk maju/berjaya : Mesti dgr nasihat ke2 org tua kita, jgn melawan cakap/nasihat mereka, bangun awal pagi sebelum subuh agar rezeki mudah masuk & mcm2 nasihat yg Mama sy kasi.

Seperti kisah ini, sy juga berniaga walaupun hanya sebuah saloon kecantikkan yg tidak berapa besar. Tapi kerana minat, sy uasahakan. Org keliling mmg suka kutuk & mcm2 lg. Sy pekakkan telinga. Kata org2 keliling, org yg memiliki saloon atau pekerja saloon - peribadinya buruk / tak elok. Tapi sy anggap e2 semua sbg pembakar semangat utk sy teruskan usaha murni ni. Sy mencari rezeki HALAL, Allah yg menentukan mahal atau murah rezeki itu.
Org mmg akan terus bercakap2, tp kita yg nak maju, jgn amik hati dgn cakap2 org. Pasti suatu hari kelak,diaorg akan jadi teman baik kita,Insya Allah.
Byk cabaran utk sukses. Yg penting - BE POSITIVE. Insya Allah, rezeki & sukses itu di depan kita.

ain said...
June 11, 2009 9:10 AM

tafsiran yg berbeza dari wasiat yg sama. juga membezakan tahap pemikiran yg mentafsir. betul tak kak..??

Sasha said...
June 11, 2009 9:12 AM

Cara berfikir yang betul & positif dpt membantu dalam byk perkara/urusan harian hidup... This is good article... Thanks Kak Tirana

Aku... Dia... Kamu.. said...
June 11, 2009 10:26 AM

Setuju! Hidup dengan fikiran yang positif lebih terarah dan menjauhkan dari sikap berputus asa.

LotsOfLove-Pearls said...
June 11, 2009 10:34 AM

"Dalam perjalanan pergi dan balik, hindarilah wajah kamu dari terkena sinaran matahari"

Dalam maknanya..

fahaman awal Pearls:
1. Jangan menagih hutang maksudnya senantiasa buat baik ar. Jika ada pelanggan nk hutang, boleh tapi sudah pasti xyah nak tagih kerana mereka pasti byr.

2. Jangan terkena sinaran matahari sama dengan pendapat si abang.

"kalaulah Pearls nak biz nnt, ntah apaa akan jadi. Huhu..
nway sis, thanks for sharin dis. Suka bahagian ni.

"Jika kita melihat dengan sikap yang positif maka segala kesulitan sebenarnya merupakan sebuah perjalanan yang memberi kita kejayaan. Pilihan di tangan kita sendiri.. Berusahalah melakukan perkara-perkara yang biasa dengan cara yang luar biasa...untuk menjadi seorang yang luar biasa hebatnya.."

I'll copy it okay..

Thanks again..

olin said...
June 11, 2009 11:04 AM

olin suka part gelas isi jus oren. very positive issue yg diketengahkan.heheh~

maza said...
June 11, 2009 11:48 AM

psst: cakap biar terang2 gitew..

heheheh

~Cinta Cukulet~ said...
June 11, 2009 12:02 PM

susahnya kalau tersilap mentafsir huhu

AzD said...
June 11, 2009 12:07 PM

Kak Tirana,
itulah, setiap orang mempunyai pemikiran dan persepsi yang berbeza terhadap sesuatu. Sama juga macam menulis, lain yang kita maksud, lain yang orang faham.

MaMaQaYPo FaMiLy said...
June 11, 2009 12:38 PM

suka baca... thanks!!

AiE bAhRi said...
June 11, 2009 2:46 PM

Kak,
cerita ni arwah bapa pon pernah cerita pada saya ketika hayatnya.

Memang best baca dan dengar cerita ni. Membangkitkan kita supaya sentiasa positif dan berfikir dengan rasional untuk menjalankan sesuatu amah yang ditinggalkan.

TQ kak =)

♥nrina♥ said...
June 11, 2009 10:29 PM

tenangnya dapat baca entry ni..

tafsiran org sentiasa berbeza..mcm kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lelain..tp skrg rambut pun dah tak semua hitam hihihi..

kin hashim said...
June 11, 2009 11:35 PM

Bagi saya, si adik bukan tidak berfikiran positif, tp, cuma dia tidak kritis seperti si abang. Si adik mengambil nasihat si ayah sepertimana si abang. Tapi hasilnya, si abang berjaya, manakala si adik sebaliknya. Pengalaman, persekitaran dan tanggapan diri kita sendiri yg akan menetukan tindakan kita.

Nazra~ said...
June 12, 2009 11:45 AM

mcm crita 3 abdul kn..
ada motif mcm ni jgk ^_^

kayteeze said...
June 12, 2009 9:38 PM

Hmm... begitu rupanya... Baru tahu, ekekekee......

Razak said...
June 12, 2009 10:32 PM

Salam...ibrah dari kisah yg sdri paparkan itu sangat bermanfaat utk dijadikan pengajaran seperti kisahnya Habil & Qabil anak Adam & Hawa

chimera said...
June 12, 2009 11:31 PM

kedua-duanya anak yg taat... yg menurut segala pesan ayah dn cara dan pemikiran berbeza...

ya, wasiat tak boleh diberi secara berkias... itu nasib baik anak sulong nya boleh berfikir dgn cara fikir yg berbeza... kalau kedua-dua mreka punya cara fikir yg sama seperti si adik... apa jadi pada kedai mereka... kan..

bukan si adik tidak positif... tapi tidak kreatif seprti abang...
"Jangan sesekali menagih hutang kepada org yg berhutang"... kalau saya, apa yg saya faham... bukanlah jgn memberi hutang, kan... hmmm... cara fikir saya juga tidak kreatif, tak positif.

apa-apa pun kejayaan kita, selain dari usaha... bergantung juga pd cara fikir kita. positif, kreatif, linat masa depan... sesetengah org bila musim hujan akan jual payung... sesetengah orang pulak akan jual sampan...

cara fikir akan menentukan apa yg kita akan laksanakan....

akudinda said...
June 12, 2009 11:58 PM

susah utuk membentuk pemikiran yg positif... selalunya kita selalu kecewa dan putus asa jika usaha tidak berjaya... tapi jika tiupan semangat dari family dan kawan2... dapatlah kita berpikir sekali lagi...

nahmy said...
June 13, 2009 9:53 AM

allahmdulillah...amat merangsang minda artikel nih. mcm baru lps baca buku 'Rich Dad, Poor Dad' plak cuma lebih ringkas & padat

kakpah said...
June 13, 2009 3:55 PM

banyak pengajaran dari cerita tirana ni. Bukan senang juga melihat sesuatu itu dengan pandangan yang positif

tajudin said...
June 13, 2009 9:54 PM

rasanya ada jugak orang yang bersikap negatif tetapi masih juga mencapai kejayaan...

camana tu?

♥nrina♥ said...
June 14, 2009 12:06 AM

terima kasih kak tirana sbb mendoakan saya...

nak tanya skit bleh hehe...suami kak tirana doktorkan..
apa maksudnya kalau najis mak saya tu berwarna hitam pekat, lekit mcm baby jugaklah masa baru lahir dulu..plak tu dia akan buang air 3-4 kali sehari sedangkan makan 2 kali je..ape ek maksudnya..

apapun sekali lagi terima kasih kerana sudi melayan emosi saya dlm blog hehe...

Farid Rashidi said...
June 14, 2009 3:46 AM

Salam,

Saya jadi teringat kisah 3 abdul bila bicara tentang wasiat.

Apapun, optimis dan pesimis perlu ada tetapi dalam keadaan yang bersesuain tempat dan masa.

BalQis said...
June 14, 2009 6:04 AM

Ayahnya memberi wasiat berkias sebenarnya memberi makna mahu mendidik kedua anaknya berfikir juga memberi pelajaran kalau tidak pandai memandang lebih jauh ke hadapan atau dengan kata lain tidak optimis, memang akan mudah tertinggal di belakang. Lagi-lagi dalam hal berniaga... perlu pandai, bijak dan licik memerhati serta menganalisa suasana. Dalam menganalisa kata-kata ayahnya, si abang berjaya memahami apa yang dimaksudkan. Masakan si ayah berkata yang sia-sia. sayang si adik tidak bijak menilai - maka ini menjadi pelajaran berharga buat si adik. Justeru, berfikirlah sebelum bertindak, ya dengan kritis!

My Honorable Followers

Thank You Myspace Comments

Intelligent Readers

Sharing is caring!

Here, you can share your words, comments, opinion or even your favourite videos just by signing in using your google or blogger id!

Favourite Items

Leave your messages here

Relaxing music