Monday, June 15, 2009

Peluang dan kesempatan...

Monday, June 15, 2009 by Tirana ·
Labels:
Gambar hiasan dari pbase.com


Sudah seharian dia menunggu di tepi sungai yang airnya mengalir dengan deras sekali.


"Mungkin nasib tidak menyebelahi aku pada hari ini" keluh seekor beruang yang bertubuh besar.


Sejak pagi lagi, beruang itu menanti di tepi sungai, cuba menangkap ikan namun waktu itu bukan musim ikan jadi tidak banyak ikan di dalam sungai tersebut. Jika ada pun, hanya anak-anak ikan yang kecil kelihatan berenang-renang dengan riang.


"Aku tidak kisah, tiada rotan, akar pun jadi..tak dapat ibu ikan, anak ikan pun tak mengapa" bisik hati kecil beruang yang bertubuh besar itu.


Dia cuba berkali-kali menangkap anak-anak ikan yang terdapat di situ. Akhirnya dia berjaya mendapat seekor!.


"Wahai beruang yang besar, tolong lepaskan aku" si ikan kecil itu merayu kepada beruang dengan suara yang ketakutan.


"Beri satu sebab mengapa aku perlu lepaskan kamu" kata beruang


"Tidakkah kamu nampak, aku ini terlalu kecil. Aku hanya akan menjadi sisa-sisa di celah gigimu sahaja jika kamu memakan aku" kata si ikan kecil.


"Aku tak kisah" jawab beruang.


"Begini sajalah. tolong campakkan aku ke dalam sungai itu semula. Setelah beberapa bulan aku akan menjadi besar. Ketika itu bolehlah kamu tangkap dan makan aku. Tentu ia lebih mengenyangkan" kata si ikan kecil dengan penuh berharap agar tipu helahnya berjaya.


"Wahai ikan kecil, tahukah kamu bagaimana tubuhku menjadi begitu besar begini?" tanya beruang.


"Bagaimana? tanya si ikan kecil dengan mata yang terkebil-kebil.


"Aku tidak pernah melepaskan rezeki yang telah ada dalam genggamanku walau sekecil mana pun ia" jawab beruang sambil tersenyum.


"Oppppssss" teriak si ikan kecil.


Dengan sekali nganga saja, tamatlah riwayat si ikan kecil itu di tangan sang beruang.


Dalam kehidupan ini, kita diberi banyak pilihan, banyak peluang dan kesempatan. Namun jika kita tidak membuka minda, hati dan mata kita untuk melihat dan merebut peluang yang Allah berikan, maka peluang itu akan berlalu begitu saja. Mungkin jika peluang itu tidak direbut sekarang, maka pada suatu hari nanti kita akan mengeluh..."Aduhai...andainya aku tidak mensia-siakan peluang itu dahulu...!?" Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Maka jadilah seorang yang bijak, pilih dan rebutlah setiap peluang yang datang kepada kita.


Di saat kita kesulitan...tentu ada peluang untuk memperbaiki keadaan.
Di saat kita kesedihan...tentu ada peluang untuk mengecap kembali kegembiraan.
Di saat kita kejatuhan...tentu ada peluang untuk bangun semula.


Walau di ketika mana sekalipun, Allah akan sentiasa mengurniakan peluang buat kita asal saja kita bijak memilih, merebut dan menghargai peluang dan kesempatan itu.


20 comments:

kakpah said...
June 15, 2009 7:12 AM

rezki yang allah beri tak kira kecil atau besar jangan disia-siakan. yang kecil mungkin dijanjikan yang lebih besar. yang besar, kongsi2kanlah dengan mereka yang tidak ada.
Salam pagi isnin.
hari ni dah sekolah balik!!!!!

arryani said...
June 15, 2009 7:35 AM

Dalam kehidupan ini, kita diberi banyak pilihan, banyak peluang dan kesempatan...

Saya suka tang nih..CUMA, kekadang kita tak berkesempatan untuk merebut peluangkan??

ONE ZABA said...
June 15, 2009 8:18 AM

rezeki walau sesikit manapun jgn di tolak apatah lagi dicemuh.

Siti @ nurie said...
June 15, 2009 9:11 AM

kkdg kita rasa mungkin kita akan dpt peluang yg lagi baik, sedgkn sbbrnya peluang yg depan mata tuelah yg terbaik kan...

mantan said...
June 15, 2009 9:22 AM

"Always be on the lookout for that spark of opportunity that could change your life or someone close to you forever."

ain said...
June 15, 2009 9:38 AM

kita kena bijak merebut peluang dan kesempatan tetapi jgn lah mengambil peluang dan kesempatan di atas kesusahan org lain. tak baik!!

kayteeze said...
June 15, 2009 10:01 AM

Hmm... kita juga kena hati2... jangan bagi peluang orang lain mengkhianati kita pulak!! Contohnya dalam kes ragut, pandai2lah kita jaga diri .

AiE bAhRi said...
June 15, 2009 10:05 AM

Kena rebut 5 perkara sblm datangnya 5 perkara.

Sebabnya 5 perkara yang kena rebut tu ada peluang dan kesempatan.

olin said...
June 15, 2009 10:31 AM

rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..

peluang datang sekali je, rugi la kalu lepaskan..

Sasha said...
June 15, 2009 12:19 PM

peluang/rezeki yg dtg walaupun tak sebesar mana jika diusahakan dgn gigih akan menampakkan hasil... jgn pandang remeh pada perkara yg kecil kerana ia mungkin akan memberi manfaat yg sgt besar...

AzD said...
June 15, 2009 2:14 PM

Salaam,

Kata orang, peluang tidak datang bergolek. Kena usaha. Bila dah dapat gunakan sebaiknya. Macam beruang tu lah! Jangan tamak, nak hat besar sokmo. :)

Farid Rashidi said...
June 15, 2009 2:55 PM

Carilah peluang itu dan bijak menggunakannya. Jika tidak bijak maka peluang itu seperti suatu perkara yg sia-sia..

haruan tasek said...
June 15, 2009 2:57 PM

rezeki akan bertambah jika kita mensyukuri

zara said...
June 15, 2009 7:13 PM

Hargai semua peluang yang ada. Sama ada peluang itu datang semula atau tidak.

Apabila kita sudah tahu apa rasanya tidak memiliki sesuatu yang kita sudah biasa ada, kita akan mula menghargainya.

Zyma Saad said...
June 15, 2009 8:50 PM

Salam Akak Tirana.....

Sy suka kisah motivasi ni.... :)

Good chance comes only once in life-time. Grab it.....take it.

Utk maju, perlu ada keje keras yg extra. Peluang yg datang jgn dilepaskan. Guna sepenuhnya peluang yg ada tu utk memajukan kehidupan. Siapa tahu, may be kesenangan atau kejayaan itu bermula dari peluang tersebut.

Good Luck & take a very good care of urself,Akak Tirana. :)

ummumishkah said...
June 16, 2009 3:21 AM

memang hidup ini penuh dgn pilihan.. moga tidak tersalah pilih!

Zuhaini said...
June 16, 2009 10:10 AM

betul! kena grab RUANG dan PELUANG! baru boleh berjaya! :)

chimera said...
June 16, 2009 10:28 AM

Kalau dilepaskan peluang pertama, tak akan ada peluang ke dua lagi... kalau ada pun, tak akan sebaik peluang pertama... jadi rebutlah bila diberi peluang... jgn disia-siakan... kalau tak akan muncullah dialog ber'KALAU'

"kalau aku buat macm ni mesti aku dah dpt ni"

'Kalau aku rebut peluang tu dulu, tentu aku dah jadi macm tu'...

sesal tu bekal... menyesal tu bebal... bertindaklah sebaik-baiknya... peluang akan datang sesekali, tapi bersyukur juga kena selalu

sop said...
June 16, 2009 10:52 AM

orang tamak selalu rugi.. Jadilah beruang... :)

catz_mafia said...
June 19, 2009 8:46 PM
This post has been removed by the author.

My Honorable Followers

Thank You Myspace Comments

Intelligent Readers

Sharing is caring!

Here, you can share your words, comments, opinion or even your favourite videos just by signing in using your google or blogger id!

Favourite Items

Leave your messages here

Relaxing music