Saturday, June 27, 2009

Sebuah potret yang damai dan indah...

Saturday, June 27, 2009 by Rbain ·
Labels:

Strive to discover the mystery before life is taken from you.
If while living you fail to find yourself, to know yourself,
how will you be able to understand
the secret of your existence when you die? - Farid ud Din Attar

Berusahalah untuk mencari jawapan kepada misteri kehidupan ini
sebelum ia diambil dari kamu.

Jika semasa hidup anda gagal untuk menemukan diri sendiri,
untuk mengenali diri anda sendiri,
bagaimana anda akan dapat memahami

rahsia keberadaan anda di saat anda sudah mati? - Farid ud Din Attar


Seorang Raja ingin mengadakan satu pertandingan dan akan memberi hadiah lumayan kepada siapa saja yang dapat melukis tentang kedamaian. Ada banyak pelukis dan pakar seni tanah air yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan tersebut.


Apabila masa pertandingan sudah habis, si Raja berjalan-jalan melihat-lihat hasil lukisan mereka. Di dalam banyak-banyak lukisan yang ada, hanya ada dua buah lukisan yang paling disukainya. Tapi, si Raja harus memilih satu diantara keduanya.


Lukisan pertama menggambarkan sebuah sungai yang sangat tenang. Permukaan telaganya bagaikan sebuah cermin sempurna yang mematulkan kedamaian gunung-gunung yang menjulang tenang dan indah disekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Pengiring-pengiring Raja dan semua yang memandang lukisan berpendapat, inilah lukisan terbaik mengenai kedamaian.


Lukisan kedua menggambarkan pegunungan juga. Namun tampak kasar dan kontang. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunnya hujan badai, sedangkan tampak kilat sambar menyambar liar. Di sisi gunung ada sebuah air terjun yang agak deras yang berbuih-buih, sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian.


Akan tetapi, si Raja melihat sesuatu yang sangat mengujakan, di sebalik air terjun itu terdapat semak-semak kecil tumbuh di celah-celah batu. Di dalam semak-semak itu lah seekor ibu burung pipit meletakkan sarangnya. Cuba anda bayangkan, ditengah-tengah riuh rendahnya bunyi air terjun, dengan langit yang sebentar lagi akan menurunkan hujan badai, petir dan kilat pula sedang sambar menyambar, seekor ibu burung pipit dapat duduk tenang mengerami telurnya.


Lukisan manakah yang patut dipilih oleh si Raja dan apakah sebabnya?


Macam “Kisah mencari Jalan keluar...” sebelum ini saya pun nak tinggalkan kisah ini untuk di fikir dan di cari jawapannya, lukisan manakah yang dipilih patut dipilih oleh siRaja dan apakah sebabnya?



17 comments:

~wAniE~ said...
June 27, 2009 7:43 PM

susah nyer nk pilih yg mane plng menarik...ermmmmmmm

ONE ZABA said...
June 27, 2009 7:49 PM

kedamaian bukan pada lukisan...tapi pada hati dan perasaan.

ZARA 札拉 said...
June 27, 2009 8:21 PM

aduh..

sejuk mata memandang walaupun ianya hanya lukisan~

a kl citizen said...
June 27, 2009 9:21 PM

peninglah.. nasib baik tak jadi raja..takpe, sang raja , suruh je si khadam mana2 buat pilihan....

Zyma Saad said...
June 28, 2009 12:35 AM

Rbain / Akak Tirana.....

**Apabila kita diminta membuat pilihan,adakalanya itulah saat2 yang paling sukar dalam hidup kita.
Memilih bukan mudah. Dipilih juga sukar. Terpilih apatah lagi.

**Hanya orang yang berjiwa seni pasti lebih mudah membaca / memahami erti lukisan tersebut. Mata menilai warna & corak. Hati menjiwai disebalik yang tersirat & tersurat pd lukisan tersebut. Minda membuat penilaian utk memilih.

**Lukisan petama :Menceritakan ttg ketenangan & keindahan alam di bumi ini. Mmg ianya cantik tapi tiada nilai kasih sayang.

**Lukisan kedua : Juga menceritakan ttg alam. Walaupun tidak secantik seperti lukisan petama, namun di dlm lukisan itu terdapat nilai2 kasih sayang.

**Kualiti seni yg terdapat pd tangan dan jiwa seseorg itu boleh terlihat pd lukisan yg dihasilkan.


Salam Sayang:
Zyma :)

maza said...
June 28, 2009 1:58 AM

ekau raso lah kan, agak2 eh, kalau lukiskan gambo den ni ha, mendamaikan dunio ko?!

hmmm

wakakaka

gha said...
June 28, 2009 3:36 AM

hmm nanti klo de ms leh cube tiruu lukiz lukisan atas nee..hehehe...i likeeee... ^_^



kalo kite di suruh buat kputusan or pilihan.. of course la, jwpn y di kehendaki hanya satu. sOoo, bg saya kan kak Tirana..hmm sy rs raja tu pilih lukisan y nom 2. Sbb 4 me, kedamaian x boleh digambarkan hanya secara lahiriah sb damainya sesua2 tu adlh krn sesua2 i2 sgt sukar atau sgt abstrak utk dterjemahkan..


sama spr lukisan y kedua tu. Walau keadaan sekililing amat hiruk-pikuk,dgn hujan y bakal turun, dgn bunyi air terjun y kuat laa.. tapi oleh kerana ada rasa kasih sayang,tanggjwb,n keikhlasan si burung pipit dpt duduk mengeramkan telurnya dgn tenteram tanpa menghiraukan apa y terjadi diluar sana..

this shows that, dlm kehidupan realiti kita sbg manusia..dterjemahkan..walau apa jua anasir jahat y dtg melanda,tp oleh krn ada rasa kasih sayang,tggjwb,ikhlas n punya ketahanan dlmn dlm diri maka kedamaian n ketenangan boleh di dapati dalam diri walau dlm keadaan kucar-kacir skalipon.. kita still bleh rasai or miliki rasa tenteram i2..at d end, everything is back to us..


back to the lukisan.. is bila kita rasa bahagia, maka damai itu akan muncul kemudian..so, perasaan ini myb sma spr ketika si raja y teruja melihat si burung pipit y bleh survive dg telurnya dsblk hiruk-pikuk itu... who knows..kan..



hehehee banyak plak mengomel..X' sabaa nk tunggu jwpn nyeer...kak tiranaaa...~~ape jwpn nyeeerrr..???

ummumishkah said...
June 28, 2009 6:13 AM

susah ni sis... :)
dua2 pun boleh tapi dalam kes ni yang kedua rasanya lebih menarik perhatian si raja kerana menggambarkan keihlasan penulisan dari hasil seninya kerana realiti kehidupan.. ada suka dan dukanya.. yang penting dalam suka duka tersebut kita terus meni'mati hidup dengan cara kita yang tersendiri...

Suzi said...
June 28, 2009 6:54 AM

nak kena fkir lg...
aya tak pandai menilai lukisan tapi rasanya lukisan kedua kot....lebih mengambarkan realiti kehidupan...

Afida Anuar said...
June 28, 2009 7:10 AM

hurmmmmmmm......

fida pilih lukisan pertama lah...lukisan pertama, banyak elemen ketenangan.. lukisan kedua hanya burung pipit tu yang tenang sambil mengeramkan telurnya....

erkk...ke cemane?hehehe

zureen @ mama said...
June 28, 2009 9:29 AM

Pandangan setiap insan akan sesuatu memang berbeza2..

Pengertian setiap insan akan sesuatu juga begitu..

Apa yg baik bagi kita mungkin tak sama bagi insan lain..

Zureen sedang cuba fikir2kan jawapannya..he3

Yuna@Fah said...
June 28, 2009 9:48 AM

lukisan kedua...

walau damai mcm mane pun keadaan sekeliling, tp jiwa berserabut, kite ttp xkn rasa damai

walau kucar kacir camne pun keadaan skeliling, tp hati gembira, ttp akan rasa damai jgk..

bergantung pada diri sendiri la

Yuna@Fah said...
June 28, 2009 9:48 AM

lukisan kedua...

walau damai mcm mane pun keadaan sekeliling, tp jiwa berserabut, kite ttp xkn rasa damai

walau kucar kacir camne pun keadaan skeliling, tp hati gembira, ttp akan rasa damai jgk..

bergantung pada diri sendiri la

ASYIQ said...
June 28, 2009 11:15 AM

Dia pilih lukisan kedua....ketenangan dan kedamaian ditakrifkan sebagai kebahagiaan di hati....bukan atas faktor persekitaran yg ada bersamanya. Yg penting ketika itu w`pun keadaan sekeliling tidak menenangkan tetapi hati dan jiwanya terasa tenang dan damai.

Segalanya berpunca di hati kita...

atifgazali@gmail.com said...
June 28, 2009 2:34 PM

lukisan mana ya?
hrmmm..
Dalam kesusahan ada kesenangan.
Dalam keriuh rendahan ada juga ketenangan.

Rbain said...
June 28, 2009 8:57 PM

Terima kasih kepada semua yang memberi pandangan dan komen.

Si Raja yang bijaksana tentulah memilih lukisan yang kedua. Alasan siRaja, “Kedamaian bukan bererti anda harus berada di tempat yang bebas dari keributan, kesulitan atau pun pekerjaan yang berat dan jauh dari kesibukan. Kedamaian sebenar adalah pada hati yang tenang dan damai, meskipun ketika engkau berada di tengah-tengah keributan yang sangat luar biasa.”

“Kedamaian hati adalah kedamaian yang sejati.”

Carilah ia dengan jalan mengigati Allah.

"...Ingatlah, dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang."
(Ar-Rad: 28)

LotsOfLove-Pearls said...
June 28, 2009 11:37 PM

Semalam dh baca n3 ni tapi dek berfikir terlupa plak nak tinggal comment..

“Kedamaian hati adalah kedamaian yang sejati.”

thanks for sharing ok..
penuh makna nie..
aku suka..

My Honorable Followers

Thank You Myspace Comments

Intelligent Readers

Sharing is caring!

Here, you can share your words, comments, opinion or even your favourite videos just by signing in using your google or blogger id!

Favourite Items

Leave your messages here

Relaxing music