Perjalanan tiga botol minuman "diet coke" bermula dari sebuah kilang yang terletak di pinggir sebuah bandar. Ketiga-tiga botol itu telah bersiap sedia untuk di hantar ke destinasi masing-masing oleh sebuah lori penghantaran.
Destinasi botol pertama adalah di sebuah pasaraya tempatan. Botol ini diturunkan di sini dan ditempatkan di atas sebuah para bersama dengan botol-botol minuman yang lain. Dia diletakkan tanda harga RM3.
Destinasi botol kedua pula adalah di sebuah restoren di bandar. Botol itu di tempat di dalam peti sejuk, tempat yang nyaman dan selesa dan dia diberi tanda harga RM5.
Botol yang ketiga dibawa ke destinasi yang paling "exclusive" iaitu hotel bertaraf 5 bintang. Botol minuman yang ketiga ini tidak dipamerkan di tempat yang terbuka di hotel itu. Ia hanya akan dikeluarkan bila ada pelanggan yang memesan. Bila ada pelanggan yang meminta minuman ini, ia akan dihidangkan di dalam sebiji gelas kristal yang berkilau bersama beberapa ketul kiub ais. Pelayan hotel akan membuka penutup dan menuang minuman tersebut ke dalam gelas dan menghulurkan kepada pelanggan dengan sopan. Harga yang diletakkan pada minuman yang ketiga ialah RM10.
Mengapa ketiga-tiga botol "diet coke" itu memiliki harga yang berbeza padahal ia diproses di kilang yang sama dengan cara yang sama, dihantar ke destinasi dengan lori penghantaran yang sama bahkan rasanya juga tidak ada bezanya? Bagaimana kisah "diet coke" di atas boleh dikaitkan dengan kehidupan kita?
Ya, apabila kita berada di persekitaran yang mampu mengeluarkan sesuatu yang terbaik dari dalam diri kita, maka kita akan menjadi hebat dan cemerlang. Sebaliknya akan berlaku apabila kita berada di persekitaran yang kurang memberangsangkan. Jika kita ingin mempunyai sikap yang positif, maka bergaullah dengan orang-orang yang bersikap positif dan optimis. Jika kita inginkan kejayaan, tak dapat tidak, kita harus bersahabat dengan orang-orang yang telah mencapai kejayaan. Selagi boleh memilih, maka pilihlah untuk berada di persekitaran yang mampu membuatkan kita rasa hebat dan kita akan jadi hebat, insyaAllah.

24 comments:
June 18, 2009 8:52 AM
Salam pagi Akak Tirana....
Suka sy m`baca kisah pagi ni.
Utk jd hebat,kita perlu bergaul dgn org2 hebat. Sy setuju sgt dgn pandangan Akak Tirana.
**Ehhhh,Akak Tirana jgn minum air Coke byk sgt. Nanti kene kencing manis...hihhihi**
June 18, 2009 8:55 AM
Hehehe..Zyma..itu cerita aje.. Kak tirana tak minum soft drink sebenarnya... Sesekali kalau ada orang belanja baru minum..Perut memang tak tahan minum air yang bergas.
June 18, 2009 9:51 AM
Kisah yg bagus utk teladan!
June 18, 2009 10:10 AM
Pernah sesekali terfikir dahulu, kenapa saya tidak dilahirkan di istana. Ha Ha Ha. Kalau tidak orang akan panggil saya ku... ku.. ku.... Pada hal saya manusia juga.
June 18, 2009 11:03 AM
Err..Tie suka minum kacip fatimah...pearl, hi hi
Memang persekitaran membentuk diri kita. Macam Tie, mak seorang yang pendiam, kerja rumah macam lipas kudung. Tie dah terikut2 tabiatnya. Tak suka bising. Kerana tu Tie tolak tawaran jadi guru... lebih suka duduk kat lab (dapur...ekekeke)
June 18, 2009 11:38 AM
tq tirana, maksu nk pilih sekitaran yang hip dan happening
June 18, 2009 12:50 PM
kalau persekitaran hebat, tapi rasa terlalu merendah diri la pulak..camna tu kak tirana..helpppppp
June 18, 2009 1:09 PM
betul! Kita boleh membuat pilihan persekitaran yang hebat untuk kita.. lagi hebat kalau kita dapat membentuk persekitaran hebat itu sendiri..
June 18, 2009 1:47 PM
kkdg, siti pun akan jadi mcm coke ni juga....terikut sgt ngn persekitaran...
June 18, 2009 2:23 PM
setuju ngan cerita ni. bila kita dikelilingi persekitaran yg baik dan hebat2, automatik kita kan merasa kita juga baik dan hebat!!!
June 18, 2009 4:19 PM
aiyo.. panjangnya cerita.. :)
June 18, 2009 4:32 PM
dah dipesan oleh Rasulullah kan... lalu sebelah bengkel besi, berhabuklah kita, lalu kedai minyak wangi melekat juga baunya...
terima kasih memperingatkan ....
June 18, 2009 4:45 PM
Begitulah keadaan manusia....kalau nasib menyebelahi kita, mulialah kita lagaknya pd pandangan manusia.
Mujurlah Allah menilai kehebatan manusia pada IMAN dan TAKWA...so, adillah utk semua orang.
Nilaian ALLAH lebih penting......!
June 18, 2009 5:29 PM
Zureen 'memilih' untuk berfikiran positif setelah baca blog kak Tirana..
Dan turut "memilih" hanya kawan2 yg baik shj utk anak2 Zureen juga...
Dalam hidup ini sebenarnya sentiasa ada pilihan..cuma samada kita sedar/mahu atau tidak shj..
June 18, 2009 5:29 PM
cerita memberi pedoaman
June 18, 2009 9:18 PM
selalulah bijak memilih kawan... org kata berkawan dgn org bijak, kita akan jadi bijak... berkawan dgn org rajin, kita akan turut jadi rajin, berkawan dgn org alim, kita turut jadi alim... (dan sebagainaylah hehehe)... kawan juga merupakan persekitaran kita..
dah lama benar tak minum coke... boikot!! produk yahudi... hahah
June 19, 2009 12:51 AM
hmm.. betul2 olin pun setuju..
June 19, 2009 8:24 AM
Sha sentiasa mencari kawan2 yg boleh membawa Sha ke arah kebaikan... & berusaha utk berubah menjadi yg lebih baik...
June 19, 2009 1:22 PM
asalamualaikum... im back kak tirana... sy setuju jugak.. tapi susah jugak nak cari kawan yg mcm 2...
June 19, 2009 7:55 PM
salaam,
Coke ni peneman study masa form 5 dulu, sentiasa ada stock tiap kali 'outing'. sekarang dah jarang minum. Pengaruh persekitaran jugak tu...
June 19, 2009 8:25 PM
Kak Tirana,
:-)
June 20, 2009 12:49 AM
salam kak tirana
Benar tu kak. Persekitaran boleh mengubah gaya, mutu dan keunggulan diri kita..
Perkara yang hampir ngan kita.. pakaian juga bisa mengubah cara dan gaya & pemikiran kita.
Pakai je uniform tentera kepala jadi gila-gila sikit.. keyakinan dan keberanian juga makin menjadi-jadi. Tapi bila pakai je kain pelikat rasa lain terus... hehe
June 20, 2009 4:18 AM
bukan salah ibu mengandung...
salah diri kita yang tidak meletakkan hidup kita di tempat yg sepatutnya...
June 20, 2009 4:42 AM
Salam Kak Tirana...
Maafkan saya krn masih tak faham kenapa coke itu dibeza2kan.. apakah kandungan yg kuning itu lebih bermutu dr yg lain.. atau sekadar warna tinnya shj yg lain..
Tp simbolik dr cerita ini.. saya sangat setuju dgn pendapat akak...
Post a Comment