Tuesday, June 16, 2009

Cuti dan berehat...

Tuesday, June 16, 2009 by Tirana ·
Labels:
Semalam merupakan hari pertama sekolah dibuka selepas lebih kurang dua minggu bercuti. Kalau ikutkan rasa hati, memang terasa nak bercuti lagi tapi sekolah itu bukan di bawah bidang kuasa saya. Mahu tidak mahu, terpaksalah mengikut apa yang telah ditetapkan.


Sebenarnya bagi saya, di antara cuti sekolah dan tidak bercuti, tidaklah jauh bezanya. Surirumah seperti saya, ofisnya memang di rumah. Cuma ketika sekolah cuti, mungkin tugas menjadi pemandu (driver) boleh dilupakan buat seketika. Tugas-tugas lain seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya tetap berjalan seperti biasa walaupun sekolah bercuti.


Photobucket
dalam perjalanan


Justeru itulah, minggu pertama cuti sekolah yang lepas, suami saya berusaha mengeluarkan saya dari dalam kepompong. Katanya kalau saya tidak keluar dari rumah, maka saya tidak akan berhenti buat kerja. Lepas satu kerja selesai, akan muncul lagi kerja lain. Kerja rumahtangga memang tak akan pernah selesai. Kebetulan pulak dia ada workshop di Singapura dan kebetulan juga sekolah cuti, dapatlah dia heret saya bersama. Cuma dua dari empat orang anak-anak saya yang mengikut iaitu Amani dan Jihadi. Nurhadi ada kelas, Syaukani pulak lebih rela duduk di rumah. Agaknya dia pun nak berehat dari kena lecture dengan bonda tersayang..hehehe.. Elok jugalah dia belajar berdikari, jaga makan minum sendiri kerana selama ini semuanya bonda sediakan.


Photobucket
lobi hotel


Matlamat saya mengikut suami pergi ke sana cuma satu saja iaitu untuk berehat...rehat fizikal, rehat minda dan rehat emosi. Saya tidak bercadang untuk pergi ke mana-mana tempat pun lebih-lebih lagi bila suami saya akan berada di workshop dari pagi hingga petang. Saya tanpa dia, memang agak tidak yakin untuk merayau-rayau di tempat orang.


Oleh kerana tidak merancang ke mana-mana selain daripada bertapa di hotel, maka saya membawa bersama beberapa buah buku. Sekurang-kurangnya saya boleh tumpukan perhatian kepada pembacaan.


Dan memang seperti yang dirancang, saya jadi penunggu hotel itu selama beberapa hari..hehehe..Puas terlentang, saya meniarap, puas meniarap, saya duduk. Buku sentiasa di tangan. Puas membaca, saya menonton tv, puas menonton tv, saya surf internet. Itupun selepas berhempas pulas negotiate dengan Amani dan Jihadi. Anak-anak yang berdua itu conquer laptop daddy hingga mummy tak ada peluang. Oleh kerana Amani dan Jihadi suka swimming, jadi saya tawarkan akan membawa mereka ke swimming pool hotel itu jika mereka benarkan saya guna laptop untuk sejam dua..(bijak mummy negotiate) dan mereka bersetuju.


Photobucket

Photobucket
swimming pool


Janji wajib ditunaikan jadi saya bawa mereka ke swimming pool sepanjang berada di sana untuk dua tiga jam. Puas budak-budak tu berendam dan bermain air. Saya pulak sambil-sambil jadi life guard untuk anak-anak saya, mengambil peluang membaca dan menulis di tepi kolam renang.. Dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa (swimming pool itu berada di aras 4 hotel), idea datang mencurah-curah. Tak sedar masa berlalu.. Saya hanya tersedar bila anak-anak keluar dari kolam renang itu dan mengajak balik ke bilik. Ada ketikanya tangan terasa kaku, kepenatan barangkali jadi saya selang selikan dengan mendengar music dari ipod. Memang saya sungguh-sungguh berehat sepanjang berada di sana.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Orchard Road


Namun jauh di sudut hati, teringin juga untuk meninjau tempat orang. Saya memberanikan diri membawa anak-anak saya turun dari tingkat lapan hotel itu dan merayau-rayau di sepanjang Ochard Road. Kata kawan saya, itulah di antara tempat famous di sana untuk membeli belah. Saya sekadar meninjau sahaja di situ, tidak berniat untuk membeli belah. Untuk apa membazir jika semua barang yang saya perlukan telah pun saya miliki. Saya sekadar membeli makanan dan minuman untuk anak-anak saja. Penat juga merayau-rayau di sekitar Orchard Road. Sempatlah ambil beberapa keping gambar kenangan.


Photobucket

Photobucket
Night Safari


Sehari sebelum pulang (Khamis malam kalau tak silap saya), suami saya bermurah hati mengajak saya dan anak-anak pergi "Night Safari". Sebelah malam saja yang dia available. Amani dan Jihadi gembira tak terkata. Tapi namapun "night safari" memanglah dibuka hanya sebelah malam. Gelap dan hanya diterangi oleh lampu yang samar-samar.. Rasa macam tak puas tengok binatang kat situ..hehehe.. Yang malangnya pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan "Flashlight". Kamera saya pulak jenis yang tidak canggih. Kalau ambil gambar dalam gelap tanpa flashlight, tak nampak apalah jawabnya. Menarik juga night safari tersebut. Ada pertunjukan binatang tapi semuanya dibuat dalam keadaan yang samar-samar..hehehe.. Buat permulaan, saya, suami dan anak-anak berjalan mengikut track untuk meninjau binatang-binatang yang ada di situ.. Payahnya nak nampak sebab dalam gelap. Yang mengejutkan saya, Amani dan Jihadi tak takut pulak berjalan dalam gelap. Kalau di rumah, nak masuk ke bilik air yang gelap pun tak berani.. Selepas lebihkurang 45 minit berjalan (macam jungle tracking gitu..) baru lah kami naik tram (ye ke dipanggil tram?!), pusing seluruh kawasan night safari tersebut. Dalam tram itu ada tourist guide so adalah sikit-sikit penerangan yang diberikan tentang habitat dan haiwan yang ada di situ.


Photobucket
Tambak Johor


Itu saja percutian saya. Matlamat saya untuk berehat memang tercapai. Tapi bila balik ke rumah, kerja jadi double..Itulah kesannya apabila bersenang-senang dahulu...tentulah bersakit-sakit kemudian..hehehe.. Namun alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana saya dan anak-anak rasa happy.



31 comments:

Siti @ nurie said...
June 16, 2009 3:44 PM

wah,...besnyer dpt berehat2...tp tuelh...bila balik umah, still kene buat keje...hu hu hu

Yanmie said...
June 16, 2009 3:56 PM

salam kak,

wah syioknyer dpt rehat2 mcm tu kan..sampai terlentang, tertiarap..hehe betul2 rehat tu...heehe

kayteeze said...
June 16, 2009 3:57 PM

Seronok dapat baca entry santai ni...Tie pun rasa relax...:)

Teringin nak jenjalan ke sana, tapi tak ada rezeki lagi.

ASYIQ said...
June 16, 2009 4:08 PM

Bestnye kak bercuti...asyik gambar amani dan jihadi jer...sesekali paparkan gambar daddy dan mummy plaks...hihi.

ct_as said...
June 16, 2009 4:23 PM

happy dpt bercuti..tp tulah kan kak..bila balik keje jd double..hehe

:::LaKsMaNa PaLmYrA NetWork::: said...
June 16, 2009 4:53 PM

fuyoh..fofuh..best tu..

nahmy said...
June 16, 2009 4:54 PM

alhamdulillah dpt bertenang-tenang & berehat. kena buat selalu sbb ia boleh 'recharge' fikiran & minda...

sonata anak kancil said...
June 16, 2009 5:10 PM

situasi seperti yang digambarkan terjadi juga kepada saya....kerja rumah tak habis2 - sebab kita suka bekerja di rumah....bila anak telefon - jawab umi sedang berkemas /masak dll - apa jawabnya? dari dulu sampai sekarang tu lah kerja umi asyik kemas - kemas....

jadi bila pegi berehat macam ni - ada pulak yang tak ikut sama - apa lagi , balik rumah double la kerja rumah!!!

haruan tasek said...
June 16, 2009 5:15 PM

syoknya berjalan-jalan

BalQis said...
June 16, 2009 5:32 PM

Uhuhu, best-best...

Tapi kalau saya, takkan duduk dalam hotel, memang akan merayau-rayau keluar. Hehe...

ain said...
June 16, 2009 5:35 PM

betullah kak..namanya je cuti sekolah, tp kita ni surirumah mcm biasa gak, lg bertambah kerja adalah. dah they all ada kat umah, nak makan memanjang. pas tu ngan kerenah masing2. kdg2 makin pening.

hubby ada ajak saya dok hotel berdua aje utk semlm dua. anak2 tinggal kat umah atau hantar balik kg. tp saya ni pulak jenis tak berani anak jauh2. bio le dpn mata wlupun kdg2 memeningkan. but hubby kata, I cannot change what had happenned but I can change wat is going to happen. maksud hubby, jika anak2 buat kerenah, saya tak boleh mengubahnya sbb dh berlaku tetapi either saya can make it worse or make it better. It is on me. if I react positive, then I ll be happy and everyone also happy, but if I react the other way round, thing will become worse and no one will be happy especially me.

a kl citizen said...
June 16, 2009 5:42 PM

alhamdulillah..selamat pergi, selamat dah kembali ya..

LotsOfLove-Pearls said...
June 16, 2009 5:45 PM

Salam Kak Tirana..
cuti yang membanyakkan ilmu tue.
hehe..

teringin rasanya nak bercuti.
bilalah agaknya akan keluar dr kepompong kerja ini..
rasam ingin berlari sejauh mungkin dr sini..
hohoooooooooooo...
ayat kerinduan tue...

ummumishkah said...
June 16, 2009 5:47 PM

wah ke singapore..
a ah kan kak asyiq.. keluarkanlah muka mummy and daddy gak.. hihihi

Zyma Saad said...
June 16, 2009 7:29 PM

Akak Tirana....

Bestnyer dpt bercuti bersama family.
Tgk dunia....tgk tempat org....kenali budaya org...kenali adat org.

Bestnyerrrr.... :)

maza said...
June 16, 2009 7:45 PM

Perkhh bestnyerrrrr

hehehe gi bercuti gaya begitu amat lumayan...huhuhuhu

saya sungguh org Johor, namun ke Singapura.. aderkkkk! tidak pernah sekali..

lepas ni, boleh ler Tirana jadi tourist guide saya ke sana nanti (entah bila tahunyer huhuhu)

eriey said...
June 16, 2009 8:58 PM

wahhh best bercuti/berehat yer..lama gak brehat tuu..siap meneraplagikk..ekkeke..

AiE bAhRi said...
June 16, 2009 9:20 PM

kak,
best kan pergi bercuti dan rehatkan minda.salute ngn akak walaupun bercuti buku tetap tak lepas dari tangan.salah satu ciri orang yang berilmu..

Kak, kalau pergi ke singapura lagi, singgahlah di Johor Bahru =)

Suzi said...
June 16, 2009 9:49 PM

waaa...tirana bestnya. teringin sekali nak rehat mcm tu.
dulu2 masa kat m'sia selalu ikut hubby outstation sbb anak2 blm sekolah..bestnya rehat dr buat kerja rumah yg tak pernah habis itu hihihi...
balik nanti dah tak blh buat mcm tu lg dah kecuali kalau time cuti sekolah...
hubby ada ajak bercuti berdua je bila balik nanti...harap2 plan ni menjadi...honeymoon ...

hazlin said...
June 16, 2009 10:18 PM

Salam,
masa cuti sekolah ni la nak rehat-rehat. tenang je percutian Tirana. anak-anak tak merengek pulak nak itu in ye..

AzD said...
June 17, 2009 12:44 AM

Seronoknya! I am thinking when is my next holiday will come. Lambatnya rasa nak siap thesis ni!!

kin hashim said...
June 17, 2009 5:45 AM

Seronok kan, sekali sekala merehatkan badan dan minda daripada rutin2 seharian :).

Kamsiah said...
June 17, 2009 7:42 AM

BETUL TU TIRANA,KITA SURIRUMAH NI LETIHNYA,PENATNYA NGALAHKAN ORG KEJE OPIS...KEJE TAK PNH HABIS SELAGI BELUM TIDO..BGN TIDO DAH ADA KEJE YG MENANTI...TP TU LA PAHALA YG KITA DAPAT,KAN..KALAU MERUNGGUT LETIH,PENAT...HILANG SEMUA PAHALA YG ALLAH JANJIKAN..

chimera said...
June 17, 2009 8:08 AM

oooo... singapore rupanya... bercutilah time nak merayap kak... ada ke lepak dlm bilik hotel je... heheheh...

tapi, sekarang ni mcm takut je nak ke luar malaysia. takut virus tu lah... H1N1... heh... **sorang ustaz tu kata masa dia mngajar, tak leh sebut selsema babi - takut babi kecik hati... heheheh***

arryani said...
June 17, 2009 8:57 AM

Cuti mmg best... tapi, bila dah balik, tang nak ngemas baju tu...yg jadik tak best...ngeh3x

Sasha said...
June 17, 2009 9:49 AM

sooo nice kalau dpt peluang mcm ni sekali sekala... Sha selalu dok merengek at least once a month... kalau tak dpt jugak... twice a month pun jadilah.... betul tu kak Tirana... kerja2 rumah takkan abis... Sha waktu malamlah yg paling sibuk... nak mengemas rumah & dapur sebelum tidur... kalau tidak mmg tak bole tidur dgn lena & aman...

arazma @ ami m said...
June 17, 2009 9:51 AM

sonoknya dpt g cuti...

zara said...
June 17, 2009 4:14 PM

Pulang dari bercuti memang memenatkan tetapi kenangan manis bersama orang2 tersayang semasa bercuti itu mendamaikan hati.

Siti Salina said...
June 17, 2009 6:48 PM

Hi kak tirana,
jalan-jalan tengok blog orang terjumpa blog ni. Minta izin kak tirana menggunakan cerita nasihat yang ada dalam blog kakak untuk blog saya.

olin said...
June 19, 2009 12:48 AM

bersenang2 dulu bersakit2 kemudian..hehe..xpela kan.. asal kita bahagia..

catz_mafia said...
June 19, 2009 8:42 PM

Kak Tirana,
Beshnya jalan2 melihat alam.. hehe

My Honorable Followers

Thank You Myspace Comments

Intelligent Readers

Sharing is caring!

Here, you can share your words, comments, opinion or even your favourite videos just by signing in using your google or blogger id!

Favourite Items

Leave your messages here

Relaxing music