Monday, June 29, 2009

Akibat terlampau bergantung kepada orang lain...

Monday, June 29, 2009 by Tirana ·
Labels:
Gambar hiasan dari HowStuffWorks



Di sebuah ladang yang luas, ada sebuah telaga yang besar. Ladang dan telaga itu dimiliki oleh seorang petani yang kaya. Telaga itu sangat luas sehingga dapat memuatkan pelbagai jenis ikan . Pelbagai jenis rumpair dan tumbuh-tumbuhan air menghiasi telaga tersebut. Kebersihannya terjaga dan suasana di situ dapat memberi ketenangan kepada mata yang memandang


Sang petani sangat menyayangi ikan-ikannya. Setiap pagi, dia akan memberi ikan-ikannya makan dengan makanan yang istimewa. Ikan-ikan di situ seolah-olah sudah terbiasa dengan waktu makan mereka maka setiap pagi mereka kelihatan seperti tertunggu-tunggu sang petani menaburkan makanan ke dalam telaga tersebut.


Pada suatu hari, sang petani jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Dia tidak berdaya untuk menaburkan makanan ke dalam telaga tersebut. Ikan-ikan di situ tertunggu-tunggu kedatangan tuan mereka namun sehari berlalu, penantian mereka hanya sia-sia. Sehari, dua hari, tiga hari ..sang petani yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul untuk memberi makanan. Akhirnya ikan-ikan tersebut mencari alternatif lain untuk mendapatkan makanan. Untuk melepaskan rasa kelaparan, mereka memakan segala jenis rumpair dan tumbuhan yang ada di dalam telaga itu.


"Hai ikan emas, makanlah rumpair ini. Ia lembut... tidak susah bagi kamu untuk mengunyahnya." teriak ikan-ikan di situ apabila dilihat ikan emas masih lagi menunggu makanan yang akan ditabur oleh petani.


"Tidak, aku tidak akan makan rumpair itu. Aku tak dapat menelan rumpair seperti itu. Aku akan menunggu sampai tuan kita datang untuk memberi makanan kepada kita" kata ikan emas berdegil.


Masuk hari keempat, sang petani masih tidak muncul untuk membawa makanan. Ikan-ikan lain dapat menghilangkan kelaparan dengan memakan rumpair tetapi ikan emas masih berdegil tidak mahu makan. Akibat daripada kelaparan yang begitu hebat, badannya semakin lemah dan akhirnya ikan emas pun mati. Dia mati bukan kerana tidak ada makanan tetapi disebabkan sikapnya yang terlalu bergantung kepada tuannya.


Pandanglah di sekeliling kita. Mungkin kita pernah bertemu dengan orang yang bersikap seperti ikan emas di dalam cerita di atas atau kita sendiri yang bersikap begitu. Jika sikap itu ada pada diri kita, ada baiknya kita berubah mulai sekarang. Jangan tunggu sehingga ia merosakkan diri kita sendiri dan juga menyusahkan orang lain.


Sewaktu tinggal bersama ibu saya di kampung dahulu, ada seorang jiran ibu yang terpaksa menanggung anak lelakinya yang telah berkeluarga. Anak yang sepatutnya sudah boleh berdikari masih lagi bergantung hidup dengan ibu. Ibunya pula seorang ibu tunggal, bukan setakat menanggung anak seorang tapi terpaksa menanggung menantu dan cucu-cucu juga. Nak dikatakan si anak mengalami kecacatan yang membuatkan dia tidak mampu mencari nafkah untuk anak isteri sendiri, dia kelihatan segar bugar dan bertenaga. Alasan yang diberi hanyalah tiada pekerjaan yang sesuai sedangkan masa seharian dihabiskan di kedai kopi atau terbaring di tempat tidur. Ibu yang telah tua itu juga yang membanting tulang di tengah sawah mencari rezeki untuk menyuap mulut anak, menantu dan cucu-cucunya. Keluhan demi keluhan disuarakan oleh ibu tunggal itu tapi sikap anak lelakinya tidak juga berubah sehinggalah si ibu terpaksa mengambil langkah yang drastik iaitu menghalau anak sendiri keluar dari rumah itu. Berjujuran airmata ibu tunggal itu sewaktu menceritakan kisah dia menghalau anak sendiri kepada ibu saya. Namun apa lagi yang termampu dibuatnya. Bukanlah kerana dia tidak sayangkan anak, menantu serta cucu-cucunya tapi tujuannya hanya untuk memberi pengajaran kepada anak lelakinya itu supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

19 comments:

kakpah said...
June 29, 2009 9:36 AM

anak itu perlukan seseorang untuk menyedarkannya. Betullah tindakan siibu.

- jinggo - said...
June 29, 2009 9:40 AM

akibat terlalu bergantunglah kita jadi macam ni...
satu sistem masyarakat yg hanya menadah...semua mahu disuap.
kalau tak disuap - kita akan persoalkan...

mana bantuan.
dulu ada - kenapa sekarang tidak.

dan begitulah seterusnya....kita fikirkan.

maza said...
June 29, 2009 9:51 AM

niat dan matlamat hidup kena diperbetulkan ni!

huhuhu

ain said...
June 29, 2009 10:36 AM

dulu saya mcm ikan emas tu lah. bergantung pd suami 100%. bila suami nak outstation, dia akan belanja utk keperluan saya, selama mana dia pergi. dan saya hanya duduk di rumah tak kemana2 sampailah dia balik. kwn2 panggil saya minah yg dok bwh ketiak laki.hehe

tp lama kelamaan bila ada anak dan suami terlalu kerap ke luar negara, sy rasa perlu berubah dan mesti berdikari demi anak2. tak mahu terlampau bergantung pd suami lg. now saya seorang ibu yg dinamik.hahahaha. kwn2 tak caya yg saya boleh berdikari!!

ieyla said...
June 29, 2009 11:21 AM

Susah jadi macam ikan emas itu...kalu boleh taknak jadi macam tue tapi....

Kamsiah said...
June 29, 2009 12:57 PM

org yg 'manja'..terlalu bergantung pd org lain utk hidup,sekali ditimpa kesusahan..teraba2...panik..tak tau apa nak buat..

ummumishkah said...
June 29, 2009 1:13 PM

Betul.. cuma kita blh bergantung pada orng tetapi ada had nya begitu juga kita blh berdikari tapi ada hadnya juga..

ZARA 札拉 said...
June 29, 2009 1:37 PM

Betul..kadang2 kita boleh bergantung pada org lain..tapi jgn sesekali berlebihan~

kerana ia pasti memakan diri~

Dr.Araz said...
June 29, 2009 2:10 PM

He..he.. bergantung??? lebih baik menolong.

ONE ZABA said...
June 29, 2009 3:01 PM

asyik bergantung pada subsidi la org kita jadi tertinggal.

Nazra~ said...
June 29, 2009 4:09 PM

ye naz mesti berubah jgk.at least dpt bwk keta dh moto fobia nk bwk T_T

Zyma Saad said...
June 29, 2009 7:28 PM

Salam Akak Tirana.

I`m back. :)

N3 yg menarik utk dikongsi bersama.
Dan sbg pengajaran utk semua.

**Sy berpendapat,semua ibubapa perlu mendidik anak2 bukan memanjakan anak2 agar mereka ini mampu berdiri di atas kaki sendiri.

**Tinggal bersama ibubapa bukanlah suatu kesalahan,tapi perlu diingatkan,anak2 tersebut wajib membantu kpd kedua ibubapa.Sampai bila nak bergantung dgn kedua ibubapa jika tidak mula belajar bedikari dan berusaha.

**Dari pengamatan sy, ramainya peminta sedekah di luar sana adalah sbb kita memanjakan mereka ini. Kita asyik m`hulur dan m`beri. Tapi kita lupa yang orang seperti mereka ini perlu dibimbing / diajar agar berusaha & bekerja m`cari rezeki selagi mampu.
(Maaf semua, sy tidak m`hina sebarang org miskin apatah lagi peminta sedekah di jalanan,tp dari pengalaman sy sendiri.Sy tidak pernah m`hulur se-sen kpd mereka,tp sy beri makanan yg sepatutnya.)

**Masyarakat yg ramai menadah tangan adalah masyarakat kita (Maaf sekali lagi.Sy tidak m`rendahkan sesiapa).Tapi seperti yg kita sedia maklum /tahu,siapa yg selalu tadah tangan di tepi jalan? Siapa yg duduk di tepi masjid & m`minta sedekah di pagi raya? Fikir2kan la.

**Sy harap anak2 muda pd hari ini buka minda & mata agar berusaha bekerja keras utk meningkat kualiti hidup.Jgn sesekali b`gantung hidup pd sesiapa ye. Kehidupan pd hari ini amat memerlukan kita bekerja keras berhempas pulas sbb kita sentiasa ada pesaing di sebelah kita. Fikir2kan lah.

**Kemajuan sesebuah masyarakat mahupun negara adalah kerana rakyatnya bekerja keras, berdikari, tidak bergantung harap dgn org lain dan ada matlamat hidup.Tiada siapa yg akan m`beri kita makan selain kita sendiri perlu m`carinya sendiri meskipun di bawah cahaya terik matahari.

**Terlebih sudah. Hihihihi. Berdikari adalah lebih baik dari bergantung harap dgn org lain. Martabat / harga diri tidak akan jatuh selagi kita berdikari & m`cari rezeki sendiri demi m`bina keluarga bahagia.

Akak Tirana, take care ye.

zureen @ mama said...
June 29, 2009 7:29 PM

Zureen pun takut juga kalau2 terlalu bergantung pd hubby..

Jadi sebagai langkah terbaik, kenalah belajar kemahiran tertentu dan upgrade diri dari masa ke semasa..at least dpt survive sekira sesuatu yg tak diingini terjadi..

zai said...
June 29, 2009 9:35 PM

Salam Tirana,
Nice entri...mmg banyak pengajaran boleh diambil kat situ..sebenarnya dunia ini bulat..segala apa yang kita lakukan kepada ibu bapa dan membuat mereka tersentap hati pasti perkara tersebut akan berulang juga pada kita satu hari nanti dan anak2 kita pula akan memperlakukan kita begitu...itulah hukum alam yang tidak dapat dinafikan..

kakyon said...
June 29, 2009 9:54 PM

masaalahnya...si ibu yang tak mendidik anak dari awal supaya berdikari....

a kl citizen said...
June 29, 2009 10:04 PM

tirana

- apa-apa pun ia bermula dari didikan ibu dan bapa

namun, anak yang dewasa sepatutnya boleh berfikir sendiri

-kalu saya, penampar je kat anak tu... hehe

Afida Anuar said...
June 29, 2009 11:15 PM

citer yang menarik k.tirana... alahai ikan emas tu pun...

Ketika ibu bapa sudah tua dan sudah tidak mampu, anak lelaki wajib menanggung kedua orang tuanya.di akhirat nanti pasti dia akan dipersoalkan kerana mengabai kewajipannya itu...

chimera said...
June 30, 2009 12:21 AM

semuanya bermula dgn sikap dan sifat... rasa selesa dgn apa yg sedang dilalui ditambah pulak dgn rasa malas... itu yg kita kena buang...

bagi seorang ibu dan ayah.. dalm mendidik anak. cubalah beri 'kail'.. jgn selalu sangat diberi ikan... ajar anak bagaimana mendapatkan ikan...

dan kisah ibu di kampung tu.. memang dia buat tindakan yg wajar.. kalau anak itu terus bergantung kepadanya, tentunya satu masa dia juga akan jadi macm ikan mas yg mati kelaparan...

maiyah said...
June 30, 2009 12:30 AM

salam tirana.. saya yg OKU ni pun cuba gak buat sesuatu dgn sendiri

My Honorable Followers

Thank You Myspace Comments

Intelligent Readers

Sharing is caring!

Here, you can share your words, comments, opinion or even your favourite videos just by signing in using your google or blogger id!

Favourite Items

Leave your messages here

Relaxing music