Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan perut.
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
- Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
- Tumbuk kesemua sehingga lumat.
- Perahkan air Limau Nipis.
- Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
***Saya dapat petua ini daripada mailing list. Jom kita cuba salah satu daripada cara di atas. Siapa yang dah kurus dan langsing, tengok aje orang lain cuba samada berkesan atau tidak..hehehe..







Hehehe...akak ni mcm tau2 je perut Na buncit...
ReplyDeleteAnyway, minum air limau nipis tanpa gula tu mmg dah jadi amalan Na sejak tiga bulan lepas...so far, ada perubahan.
Heeheheh..kak tirana tak tahu pun..petua ini untuk semua orang yang nak cuba. Kalau Na kata berkesan air limau nipis tanpa gula tu..kak tirana pun nak cuba jugak la..hehehe...
ReplyDeleteSalam tirana..
ReplyDeleteSaya pun nak cuba walaupun perut tak buncit mana..hehehe
Maaf..Sibuk memanjang.
nak cuba gak le air limau nipis ni.
ReplyDeleteTirana...limau nipis memang berkesan untuk menurunkan berat badan atau...mengurangkan perut yang buncit...tapi kena amalkan dari usia muda...bila dah berumur 40an...perut memang sukar nak turun...makanlah aper aje...susah betul...lemak dah degil...hehehe
ReplyDeletemesti kena cuba nih..
ReplyDeletezara gemuk..=(
tq2! boleh digunapakai neh! hehe..
ReplyDeletemacam menarike je petua no 8 tuh... hehhe... maklumlah dah beranak ramai nih..hehhe...kapur sirih sama tak dengan kapur yg guna buat kuih tuh?
ReplyDeleteKin..
ReplyDeleterasa kak tirana kapur sirih tu sama aje dengn kapur yang buat kuih tu.. Kalau nak cuba petua tu...kena istiqamah..kalau buat sekerat jalan, tak jadi kot..hehehe
Kak Tirana,
ReplyDeleteSy selalu guna petua no 3 utk kurangkan panas bdn time high fever. Tapi air tu diembunkan semalaman baru minum. Juga boleh digunakan utk penghidap darah tinggi...nk turunkan tekanan darah. Juga boleh digunakan utk kurangkan batuk2 yang berpanjangan.
Banyak kegunaannya ye..
dulu2 masa ada darah tinggi saya selau amal petua no 3 tu utk turunkan BP...
ReplyDeletejom tirana kita cuba ramai2...saya pun nak turunkan berat badan n kempiskan perut ni...sejak dtg adelaide ni berat badan naik dgn jayanya huhuhu....
Salam akak, satu lagi petua nk jaga perut dari buncit, jangan terus minum air lepas makan..tunggu lepas setengah jam atau satu jam..baru minum..hehehhe
ReplyDeletehmmm.. kebanyakannay menggunakan limau sebagai bahan utama... saya jugak penggemar air limau (berapa kali nak bagitau ni) ... hehe...
ReplyDeletePerut saya taklah buncit. boleh jadi sebab amalan minum air limau... boleh jadi jugak sebab saya jenis yg bersenaman...
tapi air limau memang best... kalau minum sirap pun kena isi limau... tea 'o' apatah lagi...
dan satau lagi... kalau beli icecream yg dlm tupperware tu (perisa vanilla) tiap kali nak makan saya perahkan limau dulu... betul... sedap... saya kira, mungkin dia boleh neutralkan balik lamak2 yg ada dlm ice cream tu... heheheheh... agaknyalah...
memang tgh risau pasal lemak kat perut ni... ehehehe
ReplyDeleteboleh ah cuba petua2 ni.. ais krim limau chimera? cam menarik tu!
salam... kak tirana apa khabar?
ReplyDeletepetua untuk bg cepat ingt ada tak? klu ada nak la....
takat minum tu bolehlah tp nak lumur perut dgn kapur dan limau tu tunggu lepas bersalin je hehe...
ReplyDeletethanks kak utk entry nie....cam tau2 aje yan tgh nk menguruskan badan..huhu
ReplyDeletebetul2 berkesan ke ni kak? ermmmm sy masalah perut buncit ckit..hehe...ckit je tau,... bukan boroi ek..haha
ReplyDeletesykan perot buncit..
ReplyDeletetp sy mude lg..
huhu
malu la...
lepas mkn jer perot naik...
cmne nk wt ni....
sy bru 20...
segan la...
selain boleh kurangkan buncit n kempiskan perut beransur2....minum air limau saya tgk akan menghapuskan bau peluh pada badan n kulit kita lebih bersih...... air limau n sirap limau n teh o limau.....pun sodap!
ReplyDeleteyeah! boleh cuba..jd perut xbuncit sgt b4 gradution nite.. tq!
ReplyDeleteidea yg praktikal. salah satu punca gemuk ialah stress. Bila stress ,makan pun banyak utk neutralkan stress. malangnya sistem badan tak dapat tampung lebihan makanan, jadi lebihan itu kena simpan dulu utk diproses. tapi jika terlalu banyak lebihan maka semakin banyak lemak tersimpan menjadikan perut buncit.
ReplyDeleteSenaman adalah langkah paling naik utk kurangkn stress setreusnya dapat mengurangkn stress dan menghilangkn lemak dalam badan dan perut buncit akan hilang sedikit demi sedikit
dijemput para pembaca utk lawati blog saya http://mindataqwa.blogspot.com
salam kak,
ReplyDeleteapa khabar? ni bru cuba nak dtg ziarah.
Petua no 1, 3 dan 7 tu dulu memang selalu saya buat. Kalau dibuat secara konsisten, InsyaAllah menjadi. :)
ReplyDeletesebuku asam jawa 2 banyak mana?
ReplyDeletedlu perut sy mcm tripel H tp skrng da mcm kumin..rsa da xblh tmpung l perut nie...jd skrng tpakse cr jln tuk kempis kan blik perut nie...ade x jln yg paling cepat...
ReplyDeleteAder.. Kau sedut lemak jer... Kompem mengempis ngan jayanya...
ReplyDeletethanks for the info...
ReplyDeleteboleh mencuba virgin coconut oil juge untuk melancarkan pembuangan lemak yang berlebihan dalam badan secara keseluruhan...
bukan saja di perut .. malah di jantung hati dan organ-organ yang lain.. )
feel free to visit http://lisacatalyst.blogspot.bom