Thursday, March 19, 2009

Mawar merah dan pokok kaktus...


Semua tumbuh-tumbuhan dan pokok tumbuh berkembang ketika musim bunga. Ada sebatang pokok bunga mawar sedang mengeluarkan sekuntum bunga yang cantik berwarna merah.


"Wah, cantiknya bunga mawar itu. Aku teringin sekali untuk jadi seperti dia" kata pokok pine.


"Alahai pokok pine, janganlah kamu bersedih. Kita tidak selalunya dapat apa yang kita inginkan" kata pokok merbau.


"Nampaknya akulah yang paling cantik sekali di dalam hutan ini" kata bunga mawar merah dengan megahnya.


"Kenapa kamu berkata begitu? Di dalam hutan ini masih banyak pokok lain yang cantik dan kamu cuma salah satu daripadanya" kata bunga matahari yang berwarna kuning.


"Aku nampak semua pokok melihat dan mengkagumi aku. Cuba lihat pokok kaktus itu, sungguh hodoh sekali dipenuhi dengan duri" kata bunga mawar.


"Hai bunga mawar merah, jangan cakap begitu. Kamu pun berduri juga. Kecantikan itu bergantung kepada mata yang memandang" kata pokok pine.


"Aku fikir kamu mempunyai citarasa yang bagus. Aku fikir kamu menyukai dan mengkagumi aku. Tapi rupanya kamu tidak tahu makna kecantikan. Kamu tidak boleh bandingkan duri aku dengan duri pokok kaktus itu" kata bunga mawar dengan nada yang marah kepada pokok pine.


"Wah, sombong dan megahnya dia" kata pokok-pokok lain sesama sendiri.


Bunga mawar merah cuba menjauhkan dirinya dari pokok kaktus tersebut tetapi tidak berjaya. Akarnya kuat mencengkam tanah. Hari demi hari berlalu, bunga mawar merah asyik terpandang pokok kaktus itu dan setiap kali terpandang, dia menghinanya.


"Pokok yang tidak membawa kebaikan langsung, hodoh. Nasib aku tidak baik kerana terpaksa berjiran dengan kamu" kata bunga mawar merah.


"Tuhan tidak menciptakan sesuatu tanpa ada kebaikan dan kegunaannya. Aku percaya, Tuhan jadikan aku begini tentu ada sebab dan manfaatnya" kata pokok kaktus kepada bunga mawar merah. Dia sedikit pun tidak berkecil hati dengan penghinaan bunga mawar merah seriap hari.


Musim bunga berlalu dan tiba musim panas. Kehidupan di hutan itu menjadi sukar. Semua pokok dan tumbuh-tumbuhan serta binatang memerlukan air tetapi hujan telah lama tidak turun. Bunga mawar merah menjadi layu.


Pada suatu hari, bunga mawar ternampak seekor burung pipit membenamkan paruhnya ke dalam pokok kaktus dan kemudian terbang dengan segar sekali. Kejadian itu menghairankan bunga mawar merah. Dia bertanya kepada pokok pine tentang kejadian itu. Pokok pine menerangkan bahawa burung pipit tersebut mendapatkan air dari pokok kaktus tersebut;


"Tidakkah itu akan menyakitkan bila burung pipit membuat lubang pada pokok kaktus itu" tanya bunga mawar merah.


"Ya, tapi pokok kaktus tidak sanggup melihat burung pipit itu kehausan" jawab pokok pine.


"Pokok kaktus mengandungi air?" tanya bunga mawar merah lagi. Kali ini dia betul-betul terkejut.


"Ya, kamu pun boleh mendapatkan air daripadanya. Burung pipit boleh membantu kamu mendapatkan air jika kamu minta tolong dari pokok kaktus itu" kata pokok pine.


Bunga mawar merah berasa sangat malu dengan penghinaannya terhadap pokok kaktus selama ini tapi dia sangat memerlukan air. Akhirnya dengan perasaan kesal dia meminta pertolongan dari pokok kaktus. Pokok kaktus dengan senang hati menolong bunga mawar merah. Dia meminta burung pipit membawakan air dan menyiram pokok mawar merah tersebut. Bunga mawar merah mendapat pengajaran dari kejadian itu. Dia tidak lagi menghina mana-mana pokok yang ada di hutan itu.


Photobucket
Don't be afraid to fail because only through failure you do learn to succeed

15 comments:

  1. Kak Tirana,

    Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.

    Kisah yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Alangkah bagusnya kalau kata-kata bunga itu menjadi bualan biasa dikalangan manusia pula.

    ReplyDelete
  3. saya teringatkan satu cerita mengenai rusa yg sgt kagun dgn tanduknya yg cantik dan bencikan kakinya yg hodoh.. tetapi akhirnya kakinya yg hodoh itulah yg berusaha menyelamatkan dia dari pemburu... dan sebaliknya tanduknya yg cantik membuatkan dia terbunuh juga di tangan pemburu....

    seiap dari kita mempunyai nilai istimewa tertentu...

    ReplyDelete
  4. Siapapun kita, bagaimana pun kejadiannya...

    BERSYUKUR seadanya..

    Thanx for sharing..

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui...setiap sesuatu yg diciptaNya ada fungsinya...jgn pandang pada luaran sahaja...

    ReplyDelete
  6. Allah menciptakan sesuatu tentu ada kelebihan tersendiri..jgn pandang org takde mata..yang penting tengok kekurangan diri sendiri dulu..

    ReplyDelete
  7. iya, kita ni jgn sombong dan bongkak, seeloknya saling merendah diri :)

    ReplyDelete
  8. Allah menciptakan sesuatu tanpa sia-sia. Karena itulah menjadi cermin bagi manusia untuk tidak terkecoh terhadap penampilan fisik yang elok saja.
    good posting Tirana
    salam hangat and big HuGGG

    ReplyDelete
  9. Tirana
    kita tidak boleh memandang rendah kpd seseorang itu ...
    tapi pandanglah pada hati yang baik...

    ReplyDelete
  10. macam citer gagak dengan burung merak ghitewww.. hmmm

    ReplyDelete
  11. Salam akak sayang..

    Wah,suka betul Damai baca entri2 akak….boleh dijadikan ‘bed-time story’ ^^

    Nak jadi macam bunga mawar…cantik tapi berduri….tapi tak naklah jadi macam mawar yang dalam cerita ni ^^

    ReplyDelete
  12. masing2 dgn kelebihan dan kekurangannya kan... g penting kita saling memberi dan menerima...

    ReplyDelete
  13. bak kata pepatah jgn padang pada luaran..pandang ler pada dalaman..

    ReplyDelete