Friday, February 24, 2012

Rahsia kejayaan...





Suatu masa dahulu ada seorang pemuda. Dia ingin hidup sebagai seorang yang berjaya. Dia terfikir-fikir bagaimana cara yang terbaik untuk meraih kejayaan dalam hidupnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanya tentang itu kepada seorang guru yang bertapa di kaki gunung berhampiran dengan tempat tinggalnya.


"Wahai guru, bolehkah tuan terangkan kepada saya rahsia untuk mencapai kejayaan dalam hidup" tanya pemuda itu.


Guru itu diam seketika seolah-olah memikirkan jawapan kepada soalan tersebut. Akhirnya beliau mengajak pemuda itu berjalan menuju ke sebuah kolam yang berhampiran. Guru tersebut meminta pemuda itu masuk ke dalam kolam. Pemuda itu tanpa banyak soal, segera mengikut arahan guru tersebut. Paras air kolam itu sampai ke dada pemuda tersebut.


Tanpa diduga, guru tersebut menekan kepala pemuda itu masuk ke dalam air. Pemuda tersebut meronta untuk mengangkat kepalanya. Dia tidak boleh bernafas di dalam air. 


Beberapa minit kemudian, guru tersebut melepaskan pemuda itu. 


"Wahai guru yang bijaksana, apa maknanya perbuatan tuan? Adakah tuan ingin melemaskan saya hanya kerana saya bertanya tentang rahsia untuk berjaya dalam kehidupan?"


Guru tersebut tidak menjawab pertanyaan pemuda itu sebaliknya beliau bertanya satu soalan.


"Ketika kepala kamu di dalam air tadi, apakah yang paling kamu inginkan?" tanya guru tersebut.


"Sudah tentulah saya inginkan oksigen untuk bernafas. Saya tidak mahu mati kelemasan di dalam air tersebut" jawab pemuda itu.


"Anakku, sekiranya kamu inginkan kejayaan sebagaimana kamu ingin dan perlukan oksigen untuk bernafas, maka kamu akan mengerti rahsia sebenar untuk mencapai kejayaan dalam hidup kamu" jawab guru itu seraya berlalu pergi meninggalkan pemuda tersebut.



Sekiranya kita mempunyai sebab-sebab yang kuat, insyaAllah tidak ada satu pun yang tidak dapat kita buat. Di mana ada  keinginan, di situ ada jalan. Kita akan berusaha sedaya upaya mencari jalan tersebut. Kejayaan tidak datang bergolek atau tiba-tiba tercampak di hadapan kita . Ia tidak akan datang hanya dengan berharap tanpa usaha. Kita harus ada strong reasons yang mendorong untuk kita berusaha . Strong reasons itu menjadi tenaga yang menggerak urat saraf dan kekuatan kita untuk berusaha bagi mencapai kejayaan yang kita idamkan. Misalnya seorang ibu tunggal yang mempunyai beberapa orang anak kecil. Keinginannya untuk melihat anak-anaknya mendapat makanan yang baik dan mendapat pendidikan yang sempurna menjadi sebab dan dorongan yang kuat untuk dia berusaha. Sedaya upaya dia mencari jalan dan sudah tentu dia akan berhadapan dengan bermacam ujian dan dugaan. Namun anak-anak itu menjadi sebab yang kuat untuk dia tidak mengaku kalah. 


Justeru, untuk mencapai kejayaan, kita perlu ada strong reasons. Strong reasons ini yang memberi kita tenaga untuk bergerak dan berusaha.



Monday, February 20, 2012

Kenapa lelaki berbohong...






"Aku hairan la..kenapa suami aku tipu. Kalau dia cakap betul pun, tak kan aku nak marah dia pi main badminton petang semalam"


"Apa dia cakap pada kau?" 


"Dia kata dia balik lewat sebab nak habiskan kerja di ofis. Tapi tadi aku jumpa Nina, dia kata suami aku dan suami dia main badminton lepas ofis petang semalam."


"Agaknya dia tak plan nak main badminton kot, tiba-tiba saja suami Nina mengajak dan dia tak sempat bagitau kau. Ala..tak payah la kau fikir sangat pasal tu.. Dia cuma pi main badminton aje..dengan suami Nina, ok la tu"


"Entah-entah ada perempuan lain kat situ..mana kita tahu.."


"Alahai…janganlah kau susahkan hati sendiri…Tak payah la fikir yang negatif. Kalau kau nak senangkan  hati, tanya sendiri pada suami kau tu"


Itu kisah kawan saya. Kadang-kadang hairan juga, kenapa lelaki tidak berterus terang dengan isteri.? Kenapa mereka harus berbohong pada wanita yang mereka sayang walhal perkara itu bukannya perkara besar pun, setakat pergi bermain badminton dengan kawan saja. Beberapa hari lepas, saya terbaca satu artikel tentang 'Why Men Lie'. Yang tulis artikel tu lelaki. Dia buka rahsia kenapa lelaki suka berbohong dengan isteri..:-)). Penulis tu beri tiga sebab kenapa lelaki berbohong pada isteri walaupun pada perkara-perkara yang remeh:-


1. Sebab yang pertama ialah lelaki fikir pasangannya tidak mahu mendengar jika dia berkata benar.


"Abang, kalau saya pakai baju ni, nampak gemuk ke?" tanya si isteri.


Kalaulah suami berterus terang begini.."Awak ni pakai baju apa pun nampak gemuk", apa agaknya reaksi si isteri?


Dalam situasi begini, kadang-kadang suami serba salah. Berterus terang bimbang isteri merajuk, mulut muncung seminggu, silap-silap kena tidur atas sofa di ruang tamu. 


Apabila suami cuba mengambil hati isteri, dengan mengatakan yang sebaliknya pun, kadang-kadang isteri terasa dia diperli pula. Suami cuba rationalised situasi, yang mana lagi bawa kemudaratan samada bercakap benar atau sebaliknya. Akhirnya suami mengambil keputusan memilih untuk tidak berterus terang kerana suami merasakan itu yang mahu didengar oleh isterinya.


"Ala..sayang ni pakai baju apa pun nampak slim aje" 


"Betul ke bang?"


"Betul"  Walhal saiz si isteri kecil sikit daripada saiz mak hippo..;-))



2. Sebab kedua ialah lelaki fikir pasangannya tidak akan suka lagi atau benci kepadanya jika dia berterus terang.


"Abang dok fikir apa tu.. melayang jauh nampaknya fikiran abang tu?" tanya si isteri.


"Tak fikir apa-apa la sayang" Padahal fikirannya berserabut berfikir tentang kekasih zaman sekolah dulu yang dia terserempak di Coffee Bean petang tadi.


Dua sebab di atas cuma pada fikiran lelaki sahaja. Mereka berfikir begitu. Mungkin pasangan mereka tidak akan bertindak seperti yang mereka fikirkan..;-)


3. Sebab ketiga adalah sebab yang agak memeranjatkan saya selaku perempuan..;-). One of the biggest reasons men lie to women is because they are scared of women. Lelaki tidak takut para fizikal wanita biarpun sais pasangannya macam hippo tapi lelaki sebenarnya takut para EMOSI wanita. Kepada lelaki, emosi adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani. Andainya emosi mereka tercalar, agar sukar untuk pulih dan mengambil masa. Menurut Dr John Cottman (psychologist di University of Washington) wanita lebih bijak mengendali dan menangani emosi. 


Mengendali emosi bagi wanita, adalah seperti terjun ke kolam renang. Basahnya sudah tentu tapi kolam renang tidak luas dan dengan pantas boleh naik semula ke tebing. Bagi lelaki pula, mengendali emosi adalah seperti tercampak ke tengah lautan, tenggelam timbul sedangkan daratan tidak kelihatan dan dikelilingi pula oleh jerung-jerung yang ganas.


Jadi apa kena mengena emosi dengan berbohong? 


Berbohong untuk mengelakkan emosi dari terluka dan melukai. Bayangkan jika suami berterus terang dia mempunyai kekasih lain di luar sana. Si isteri tentu akan terkena renjatan emosi, mengamuk sehari suntuk, macam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Kebanyakan isteri akan bereaksi begitu tapi ada juga isteri yang cool. Itulah yang paling ditakuti oleh suami..emosi wanita yang sedang mengamuk ibarat jerung yang boleh menelannya atau kalau tak telan pun akan terluka sebab digigit. Luka emosi pada lelaki, sukar untuk diubati dan mengambil masa yang lama. Mungkin boleh saya katakan emosi lelaki lebih bersifat seperti bola kaca. Bola kaca jika jatuh ke tanah, berderai dan sukar untuk dicantumkan semula. Untuk mengelakkan semua itu dari berlaku, lelaki akan berbohong.



Jadi, apa yang perlu wanita lakukan? Lelaki takut berhadapan dengan emosi wanita dan emosi sendiri, justeru bagaimana untuk membuatkan lelaki berterus-terang dan tidak berbohong. Wanita harus belajar saikology lelaki. Lihat dan belajar bagaimana lelaki berinteraksi sesama teman lelakinya.


"Petang ni you free. Kita main badminton?" 


"Jom kita lepak kat Coffee Bean sekejap"


Dalam masa mereka bermain badminton dan lepak di Coffee Bean itulah, mereka akan meluahkan perasaan mereka kepada kawan, menceritakan masalah dan sebagainya. Justeru, wanita perlu buat perkara yang sama. Untuk meluahkan perasaan atau untuk membuatkan lelaki meluahkan perasaannya, cari satu perkara sampingan untuk dijadikan sebagai fokus seperti bermain badminton, berenang, makan-makan di tepi pantai dan sebagainya. Kemudian secara tak langsung dan tidak beremosi, bangkitkan perkara yang wanita inginkan kepastian atau perkara yang wanita ingin bincangkan. Woman cannot directly talk about feeling on man's face. Ketika wanita sedang beremosi, lebih baik jauhkan diri daripada lelaki.



Itulah yang disarankan oleh penulis artikel 'why men lie'. Saya cuma berkongsi saja apa yang saya baca dan faham.



Saturday, February 18, 2012

12 Jangan yang perlu dihindari...




‎12 "JANGAN" yang perlu dihindari:


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.


2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.


3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.


4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...


5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahaminya, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.


6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.


7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.


8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.


9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.


10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.


11. Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaanmu.


12. Jangan menunggu berkemampuan baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti berkemampuan!



" Law of the seeds - Apa yang kamu tanam itulah yg akan kamu tuai "


sumber: unknown (penulis asal kata-kata di atas, credit untuk anda)




Friday, February 17, 2012

Bukan untuk marah....




Seorang teman saya menjadi peminat bunga orkid. Halaman rumahnya dipenuhi dengan pelbagai jenis orkid. Dia sangat sayang sekali dengan pokok-pokok orkidnya. Setiap petang, pasti dia akan menjengah dan membelai orkid bagaikan membelai anak kesayangan.


"Aku sayang pokok-pokok orkid aku ni..merekalah penghibur aku setiap hari. Kau pun tahukan..dalam rumah ni hanya tinggal aku dan suami aku aje.. Anak-anak masing-masing dah pergi belajar jauh cuma sesekali aje balik masa cuti. Pokok-pokok orkid inilah yang menjadi tempat aku meluahkan rasa…" begitulah kata kawan saya.


Saya tidak hairan dengan ketaksuban kawan saya terhadap pokok-pokok orkid miliknya itu. Ramai lagi di luar sana yang mempunyai sesuatu yang menjadi kesukaan atau kegemaran. Ada yang suka kucing, ada yang suka ayam, ada yang suka burung dan saya sendiri suka buku. Baca atau tidak, itu cerita lain, tapi saya sangat suka tengok dan belek buku.


Berbalik kepada cerita kawan saya yang taksub dengan orkid. Pada satu masa, dia dan suaminya pergi bercuti ke luar negara, ke negara tempat anaknya belajar. 


"Macam mana aku nak tinggalkan pokok-pokok orkid aku ni? Apa akan jadi pada mereka kalau aku tak ada?"


"Kan ke kau ada tukang kebun?" tanya saya. 


"Takkan sama sentuhannya…macam juga anak, ibu sendiri jaga dengan dijaga oleh orang gaji, sama tak?"


"Ala..Pak Cik Mat tu pun aku tengok minat juga dengan pokok-pokok. Aku yakin dia boleh jaga pokok-pokok orkid kau ni dengan baik"


Sampai masanya, kawan saya dan suaminya itupun berangkat ke luar negara. Mereka bercadang untuk bercuti selama sebulan. Pada Pak Cik Mat sudah dipesan supaya menjaga pokok-pokok orkid itu dengan baik.


Malang tidak berbau. Macam mana dijaga dengan baik dan teliti serta berhati-hati pun, kalau dah sampai masanya, memang akan jadi juga. Suatu petang ketika Pak Cik Mat menyiram pokok-pokok orkid itu dia dengan tidak sengaja terlanggar salah satu pasu bunga orkid. Pecah berderai pasu itu. Pasu itu pulak unik bentuknya dan orkid yang di dalamnya juga unik. Itulah pasu dan bunga orkid yang paling disayangi oleh kawan saya. Pak Cik Mat susah hati. Mahu diganti dengan pasu yang serupa, orkid yang serupa, tidak pula dia tahu di mana ada dijual.


"Puan tahu tak di mana ada jual pasu dan orkid yang begini" tanya Pak Cik Mat kepada saya.


"Rasanya pasu itu, Puan Mas dapat hadiah dari kawannya yang tinggal di luar negara. Orkid tu pulak, saya tak tahu dia dapat dari mana tapi pokok orkid tu masih hidup kan? Pak Cik tanam semula dalam pasu lain" kata saya.


"Tapi Puan Mas sayang pasu itu..Tentu saya akan dimarahinya nanti" Pak Cik Mat kelihatan sayu.


"Pak Cik bukan sengaja memecahkan pasu itu. Berterus terang dan minta maaf dari Puan Mas"


Setelah sebulan bercuti di luar negara, kawan saya dan suaminya pun pulang. Terkejut juga dia melihat pasu dan orkid kesayangannya yang rosak itu. Sebelum kawan saya bertanya, Pak Cik Mat awal-awal lagi memohon maaf kerana tidak sengaja merosakkan pasu dan bunga orkid tersebut. Dia telah membuat persiapan mental dan fizikal untuk menghadapi kemarahan majikannya.


"Pak Cik Mat, saya tanam orkid kerana saya suka bunga orkid. Saya bukan tanam orkid untuk marahkan orang. Kalau saya tanam orkid bagi menjadi sebab untuk marahkan Pak Cik atau orang lain, lebih baik saya tak payah tanam. Pasu tu nanti kita beli yang lain dan pokok orkid tu, masih belum mati, ia boleh tumbuh tunas lain nanti"


"Terimakasih Puan, memang benar sekali kata Puan, menanam orkid bukan untuk marahkan orang"


Kawan saya ini, walaupun dia sayang pasu dan bunga orkid itu, dia masih mampu mengamalkan sikap TOLERANSI. Saya melihatnya sebagai seorang yang taksub kepada pokok orkid tapi ketaksubannya itu tidak mencapai tahap yang boleh meruntuhkan sikap TOLERANSInya. Sikap itu yang menghalang kemarahan daripada menguasai dirinya.


Dalam kehidupan, kita sering berhadapan dengan kekhuatiran, kehilangan sesuatu yang kita sayang atau terlampau fokus kepada sesuatu yang kita tidak miliki sehingga menjadikan keadaan emosi kita tidak stabil, meredap umpama api dalam sekam. Kesilapan yang sedikit sahaja mampu meledakkan perasaan marah itu.


Maka seandainya perasaan marah kita datang disebabkan sesuatu, duduk dan fikir sejenak -  kita bersahabat dengan seseorang bukan untuk marah, kita berkahwin dengan pasangan kita bukan untuk marah, kita melahirkan anak bukan untuk marah, kita menjadi boss atau pemimpin bukan untuk marah, kita jatuh sakit bukan untuk marah dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan merenung tujuan sebenar mengapa kita bersahabat, kita berkahwin dan sebagainya, maka perasaan marah itu dapat dicairkan sedikit sebanyak dan perasaan kita mampu menjadi tenteram dan mudah memaafkan.


Ketika perasaan marah kita membuak-buak dan ingin memaki hamun sahabat kita (atau sesiapa saja), ingatlah pertemuan kita di dunia ini bukan untuk marah…Smile!